Home Entertainment 4 Sebab J.Lo Tidak Nampak Tua – Pakar Dermatologi

4 Sebab J.Lo Tidak Nampak Tua – Pakar Dermatologi

0

Penyanyi dan pelakon sensasi Jennifer Lopez masih kelihatan anggun dan seolah-olah tidak dimamah usia walaupun usianya sudah mencecah 53 tahun. Selebriti ini sering tampil segar dan menawan di hadapan khalayak ramai dan selalu menjadi jamuan lensa kamera para wartawan dan juga paparazzi.

BEE360AE 1E33 4973 AB2F 1F0AE11F5507 4869C2D4 1C7C 4BD9 BA07 45A9B3ABE0BA

Ramai yang tertanya-tanya tentang kulit wajahnya yang sentiasa tampak muda dan berseri-seri. Baru-baru ini seorang pakar dermatologi iaitu Dr. Dray telah memuat naik satu hantaran video YouTube bertajuk ‘Why J.Lo Doesn’t Age’ (kenapa J.Lo Tidak Menua) dan dalam video berkenaan Dr.Dray cuba menerangkan kenapa artis wanita tersebut masih kelihatan kekal menawan pada usia 50an.

Pada tahun 2020 Jennifer Lopez menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia melakukan pembedahan plastik atau mengambil sebarang suntikan Botox. Artis serba boleh itu menyatakan bahawa dirinya tidak pernah berminat untuk membuat sebarang prosedur bagi menjadikan dirinya cantik. Jennifer Lopez menegaskan bahawa dia lebih mengutamakan cara semulajadi untuk kekal sihat dan jelita tanpa perlu sebarang pembedahan dan suntikan.

60983063 139A 4751 BE60 A03F51FC904D

Dr. Dray mengesahkan bahawa bagi kekal nampak muda dan menawan, sememangnya terdapat cara lain selain melakukan pembedahan secara kosmetik dan suntikan Botox. Dr. Dray merumuskan bahawa Jennifer Lopez telah mengutamakan dan mengamalkan 4 cara ini untuk kekal sihat, nampak muda, dan mempunyai kulit yang berseri-seri.

4 cara Jennifer Lopez kekal muda jelita ialah:

 

6FE9AAE1 031F 4C96 B8C7 3DF3A5CB50E9

1) Mengelakkan kulit wajah daripada terkena radiasi sinar UV

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kulit kita mendapat kedutan. Pakar kulit menyatakan bahawa antara faktor utama penyebab kulit cepat berkedut adalah pendedahan kepada radiasi sinar UV. Radiasi sinar UV adalah dari pancaran sinar matahari yang sering terkena kulit kita setiap hari. Menurut Dr. Dray, Jennifer Lopez sejak zaman remaja lagi sangat menitik-beratkan tentang penjagaan kulit wajah supaya tidak terdedah dengan radiasi sinar UV.

Semua orang mengetahui bahawa Jennifer Lopez sangat vokal tentang penggunaan krim pelindung matahari (sunscreen) sejak artis ini berusia 22 tahun lagi. Dia sering menekankan tentang pentingnya penggunaan krim tersebut dalam rutin penjagaan kulit terutamanya kulit wajah.

2) Diet sihat adalah sangat penting

Salah satu faktor lain yang menyumbang kepada kulit sihat adalah dengan menjaga cara pemakanan iaitu diet yang sihat. Makanan memainkan peranan penting untuk mendapatkan kulit yang segar dan berseri-seri. Makanlah makanan yang penuh dengan nutrisi lengkap supaya tubuh badan sentiasa cergas dan kulit sentiasa menawan!

7077A1FC 405D 4416 AB66 DA159BF9AA67

3) Kehidupan yang aktif akan membuatkan kulit sentiasa berseri

Faktor ketiga yang ditekankan oleh pakar dermatologi ini ialah latihan dan senaman. Dr. Dray menegaskan bahawa dengan aktif bersukan dan bersenam, Jennifer Lopez telah mendapatkan kulit yang lebih anjal dan menawan. Seperti yang kita ketahui, Jennifer Lopez mempunyai rutin senaman dan tarian yang sangat padat. Rupa-rupanya senaman bukan sahaja boleh membantu dalam menjaga bentuk badan, malahan turut menjadi faktor penyumbang untuk kulit yang cantik dan sihat.

4) Faktor genetik yang tidak boleh dipertikaikan

Dr. Dray menyatakan bahawa ada salah satu faktor lain yang memainkan peranan besar dalam kecantikan dan keremajaan kulit wajah Jennifer Lopez dan individu lain iaitu faktor genetik. Jenis kulit, ketebalan kulit, ekzema dan keadaan kulit yang terlihat pucat adalah termasuk dalam faktor genetik.

EA06356B DE28 41CA BBB0 17DE0589863B

Jadi kulit kita bagaimana pula? Bersediakah kita melakukan rutin sama seperti Jennifer Lopez untuk kekal kelihatan muda remaja dan berseri-seri? Tepuk dada, tanya selera!

Baca Lagi: Siri Realiti Survival Zombieverse Bakal Ditayangkan di Netflix

Baca Juga: Filem Terbaru Bae Doona Menceritakan Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Mati Bunuh Diri