‘Journal Sara-haeyo’ merupakan drama pertama daripada Viu Presents dan sedang ditayangkan di platform Viu.
Journal Sara-Haeyo mengisahkan tentang Sara iaitu seorang pelajar tahun akhir universiti yang juga merupakan seorang peminat setia Kpop dan Kdrama.
Dia memiliki journal di mana dia menulis tentang harapan dan impiannya untuk pergi ke Korea Selatan dan mencari ‘Oppa’nya sendiri. Peluang Sara datang apabila mereka diberikan projek untuk merancang lawatan universiti ke Korea.
Namun, Sara terpaksa menghadapi pelbagai cabaran termasuklah dibuli oleh satu akaun Twitter, @terpalingkorea.
Walaupun begitu, Sara tetap tidak berputus asa dan kekal positif. Apatah lagi dia selalu mendapat sokongan daripada abangnya Saif , rakan baiknya Raf dan Layla.
Jika anda masih belum menonton drama ini, apa kata anda baca 4 sebab kenapa anda harus menonton drama ‘Journal Sara-haeyo’ ini.
1) Barisan Pelakon Yang Hebat
Antara pelakon yang berlakon dalam drama 6 episod ini ialah Arena Wan, Aniq Suhair, Alisya Rashid, Alvin Chong,Andi Bernadee dan Adriana Adnan.
Arena Wan memegang watak utama iaitu Sara. Seorang yang sangat taksub dengan dunia Korea dan K-Pop. Impiannya adalah untuk mendapatkan oppa idamannya.
Rafael (Aniq Suhair) dan Layla (Alisya Rashid) merupakan rakan baik kepada Sara. Mereka berdua selalu menyokong impian Sara dan sentiasa berada di sisi Sara.
Siapa tak kenal Alvin Chong, Andi Bernadee dan Adriana Adnan kan? Kalau dah ada pelakon hebat dalam ni, confirm anda akan tertanya-tanya bagaimana hasil lakonan mereka bersama.
Kesemua pelakon bijak membawa watak dengan cara mereka yang tersendiri dan bersahaja. Sekaligus, menjadikan drama ini drama yang ringan untuk ditonton bersama keluarga dan rakan-rakan.
Baca lagi: Kim Dong Wook Akui Merasai Kesakitan Kliennya Dalam ‘Delightfully Deceitful’
Baca lagi: 5 K-Drama Medikal Yang Best Sama Seperti Drama “Doctor Cha”
2) Pengarah Orang Korea
Apa yang lebih menarik ialah, Jade Blimey merupakan pengarah dan penerbit bersama untuk drama ini. Untuk pengetahuan anda, Jade merupakan seorang wanita yang berasal dari Korea Selatan dan banyak membuat video di YouTube berkaitan dengan Malaysia.
Seorang lagi rakan sekerjanya bernama Dasol, juga merupakan seorang wanita Korea Selatan. Ramai peminat budaya Korea dan K-Pop telah pun mengenali mereka dengan nama akaun YouTube ‘Blimey.’
Anda tak pernah lagi dengar pengarah Korea arahkan drama Melayu kan? Jadi inilah masanya untuk anda melihat perbezaannya.
3. Jalan Cerita Yang Comel Dan Menarik
Untuk drama Melayu, pengarah orang Korea ini, berdasarkan sinopsis dan poster sahaja anda dah boleh bayangkan jalan cerita yang comel dan menarik.
Drama yang berkait rapat tentang seorang peminat setia K-Drama dan K-Pop yang mengimpikan berjumpa ‘Oppa’ di Korea. Rasanya ramai yang boleh ‘relate’ dengan cerita ni.
Selain jalan cerita yang menarik dan ringan, drama Journal Sarahaeyo ini juga terselit adegan-adegan comel yang akan buat anda tersenyum sendiri. Lagi best, ada beberapa lakonan semula untuk adegan ikonik dari Kdrama popular seperti Goblin dan Boys Over Flower.
4. Tempat Penggambaran Yang Cantik
Sebab yang ke-4 ialah, drama ini telah melakukan penggambarannya bukan sahaja di Malaysia, malah di Korea Selatan.
Jadi kalau anda pun seorang peminat Korea seperti Sara, pasti anda akan berasa teruja dengan kecantikan sinematografi di Malaysia dan juga di Korea. Boleh lah sama-sama kita meneroka kecantikan dua Negara ini.
Sekarang korang dah boleh masukkan drama ini ke dalam wish list korang dan ‘binge watch’ kesemua episod ‘Journal Sara-haeyo’ di sini.
Tonton trailer rasmi ‘Journal Sara-haeyo’ di bawah:
Korang boleh juga download aplikasi Viu di telefon korang untuk menonton filem dan drama terbaru di mana sahaja.
Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan setiap episod terbaru Viu tanpa gangguan iklan.