Home News 4 Tanda Anda Telah Di ‘Block’ Oleh Seseorang Dalam Aplikasi WhatsApp

4 Tanda Anda Telah Di ‘Block’ Oleh Seseorang Dalam Aplikasi WhatsApp

0

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa tiada sebarang respon dari orang yang dihubungi selepas menghantar mesej, panggilan video atau audio dibuat menerusi aplikasi WhatsApp.

Itu mungkin petanda bahawa mesej yang disampaikan anda itu tidak sampai pada orang yang cuba dihubungi kerana nombor WhatsApp anda telah disekat oleh individu tersebut. Secara dasarnya, pengguna WhatsApp tidak mengetahui sama ada nombor mereka itu telah disekat oleh seseorang individu.

WhatsApp akan menyatakan ia adalah privasi bagi pengguna tersebut.

“We have made this intentionally ambiguous in order to protect your privacy when you block someone. Thus, we cannot tell you if you are being blocked by someone else”-WhatsApp

Baca lagi: Betul Ke WhatsApp Boleh Menjana Pendapatan? Ini Jawapannya

Baca lagi: Pemandu Tular Brek Mengejut Digantung Lesen, Ramai Tak Berpuas Hati Dgn Hukuman

Screenshot 2023 08 23 145407
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

Pihak WhatsApp juga ada memberikan panduan kepada penggunanya bagi mengetahui sama ada nombor mereka mungkin disekat oleh pengguna lain.

1. Anda tidak lagi boleh melihat tanda ‘online’ atau melihat status ‘last seen’ kenalan anda itu dalam chat anda.

Screenshot 2023 08 23 143910

2. Tidak dapat melihat profail gambar terbaru pengguna WhatsApp tersebut.

Screenshot 2023 08 23 144052

3. Sebarang mesej yang dihantar kepada kenalan yang telah menyekat anda akan sentiasa menunjukkan satu tanda semak sahaja (mesej dihantar) dan tidak pernah memaparkan tanda semak kedua yang menunjukkan mesej telah diterima oleh individu tersebut.

Screenshot 2023 08 23 144303

4. Sebarang panggilan yang dibuat menerusi WhatsApp ke atas individu yang dihubungi itu tidak diterima oleh individu tersebut. Senang cerita, sebarang panggilan yang anda cuba lakukan tidak akan berjaya.

WhatsApp menyatakan bahawa sekiranya berlaku kesemua tanda di atas, itu bermakna individu yang cuba dihubungi anda itu berkemungkinan besar sudah menyekat nombor WhatsApp anda.

Walau bagaimanapun, WhatsApp memaklumkan masih terdapat kemungkinan lain boleh memungkinkan anda disekat oleh pengguna WhatsApp.

Sebagai contoh, kenalan anda mungkin telah menetapkan tetapan privasi mereka untuk menyembunyikan maklumat status terakhir dilihat atau dalam talian. Atau anda pula mungkin telah menetapkan tetapan privasi anda untuk tidak berkongsi status terakhir dilihat anda.

Jika anda tidak berkongsi status terakhir dilihat, anda tidak dapat melihat status terakhir dilihat kenalan lain.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang