Home Kdrama/Kmovie 4 Watak ini Bijak Merancang Strategi dalam Kdrama 2024

4 Watak ini Bijak Merancang Strategi dalam Kdrama 2024

0

Beberapa watak dalam Kdrama yang ditayangkan pada bulan Februari 2024 sangat cekap dalam menyusun strategi. Segala perancangan dilakukan untuk melawan dan menyelesaikan konflik-konflik yang muncul dalam kehidupan.

Jika mereka tidak bijak menangani segala ancaman, situasi buruk yang mengancam mereka mungkin akan merosakkan hidup mereka. Siapakah watak yang dibawakan mereka? Berikut ulasannya!

 

1. Seo Jae Won (My Happy Ending)

WatakSeo Jae Won (Jang Na Ra) dikenali sebagai seorang wanita yang bijak dan hebat. Semuanya terbukti dari kejayaannya dalam membangunkan dan mengembangkan Syarikat Dereve dengan kebolehan sendiri.
Kejayaannya pemicu perasaan iri hati Kwon Yoon Jin (So E Hyun) terhadapnya. Dia memerangkap Seo Jae Won, tambahan pula dengan penglibatan ayahnya yang membuatkan konflik semakin rumit.

Dia membuatkan Seo Jae Won menderita hingga menjalani rawatan intensif hospital mental. Selepas pulih, Seo Jae Won tidak menyerah begitu sahaja dengan kehidupannya yang telah hancur. Dia terus menyusun strategi untuk melawan keluarga Kwon. Tambahan pula, Seo Jae Won menyimpan bukti kuat yang dapat menumbangkan keluarga Kwon. Seo Jae Won nekad mahu mengembalikan kegemilangan hidupnya.

 

2. Kim Sa Ra (Queen of Divorce)

c7619513 9ab7 4265 acd6 eeb605d26776Kim Sa Ra (Lee Ji Ah) bijak dalam menangani kes para pelanggannya. Dia juga dikenali sebagai seorang peguam ternama. Sayangnya, hidup Kim Sa Ra musnah apabila diperangkap oleh suaminya sendiri. Dia dihumban ke penjara dan hilang segala-galanya.

Kini, Kim Sa Ra telah bangkit dengan bantuan Son Jang Mi (Kim Sun Young). Dia mula menyusun strategi untuk meruntuhkan imej keluarga bekas suaminya. Kim Sa Ra juga berniat merebut kembali hak jagaan ke atas anaknya.

Baca lagi: Jang Na Ra Memukau Dalam My Happy Ending, Bawa Watak Sebagai Wanita Teraniaya

3. Kang Ji Won (Marry My Husband)

0a61b8d9 6401 423c 9b74 dfe9fd3a553eKehidupan pertama Kang Ji Won (Park Min Young) sangat malang. Dia terpaksa melalui banyak penderitaan dan pelbagai konflik kerana manipulasi sahabatnya sendiri. Suaminya menambah penderitaan Kang Ji Won dengan berlaku curang dan melakukan keganasan. Akibatnya, nyawa Kang Ji Won melayang begitu sahaja.

Dia mendapat peluang kedua untuk hidup kembali di tahun 2013. Pada waktu itu, situasi Kang Ji Won belum seteruk kehidupan pertamanya dan dia masih boleh mengubah nasibnya.

Kang Ji Won dibantu oleh Yoo Ji Hyeok (Na In Woo) dan berusaha mengubah takdir buruk miliknya. Kang Ji Won dengan bijak mengatur strategi supaya nasib malangnya berpindah kepada sahabat yang jahat tersebut.

Baca juga: Kenali Geum Hannah, Watak Badass Sebagai Min Hye dalam “A Shop for Killers”

4. Jeong Jin Man (A Shop for Killers)

WatakStrategi yang ditunjukkan oleh Jeong Jin Man (Lee Dong Wook) memberikan banyak plot twist yang tidak dijangkakan dalam jalan cerita drama ini. Dia dikenali sebagai seorang tentera upahan yang hebat dan pintar. Kehebatannya membuatkan orang atasan mempercayai Jeong Jin Man untuk menjadi ketua operasi di lapangan.

Kini, dia yang telah bersara dari pekerjaan tersebut telah membangunkan shopping mall haram untuk menjual senjata. Jeong Jin Man juga menyiapkan peraturan-peraturan ketat supaya perniagaannya tetap berjalan dengan lancar.

Pihak Babylon yang merupakan bekas majikan Jeong Jin Man, rupa-rupanya masih mengintai kehidupan Jin Man kini. Walau memiliki banyak pasukan, Jeong Jin Man masih boleh mengalahkan kumpulan tersebut dengan strategi-strategi bijak yang diatur olehnya. Dia juga melibatkan anak saudaranya dan orang-orang kepercayaannya untuk melumpuhkan pihak lawan.

Keempat-empat watak tersebut memiliki persamaan dari segi kebijaksanaan dan kehebatan masing-masing. Tidak hairanlah, beberapa strategi yang ditampilkan membuatkan para penonton terpukau. Setuju?

Baca lagi: 5 Watak Hebat Wanita Berdikari dalam Kdrama Februari 2024
Baca juga: 7 Watak dalam Kdrama 2024 Berakhir Sebagai Banduan Penjara, Mengapa?