Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 4 Watak Pembunuh dalam The Frog, Sisi Berbeza Setiap Karakter

4 Watak Pembunuh dalam The Frog, Sisi Berbeza Setiap Karakter

0

Netflix menghidangkan drama Korea terbaru bergenre thriller iaitu The Frog. Berjumlah 8 episod sahaja, karya garapan pengarab Mo Wan Il ini telah ditayangkan pada 23 Ogos 2024 baru-baru ini.

The Frog mengisahkan tentang dua orang pemilik motel dan rumah inap yang didatangi tetamu asing dengan kelakuan aneh. Mereka menghadapi peristiwa tidak dijangka di rumah penginapan mereka tersebut.

Sesuai dengan genre, tentu sahaja drama thriller The Frog ini penuh dengan aksi pembunuhan. Dalam drama ini, terdapat empat watak yang melakukan pembunuhan. Siapakah mereka?

 

1. Ji Hyang Cheol

The frog

Ji Hyang Cheol (Hong Ki Joon) adalah pembunuh bersiri yang ditangkap pada tahun 2001. Jenayahnya dilakukan di Motel Lake View. Motel ini diuruskan oleh pasangan suami isteri yang bernama Koo Sang Jun (Yoon Kye Sang) dan Seo Eun Gyeong (Ryoo Hyoun Kyoung).

Ji Hyang Cheol membawa seorang wanita ke motel tersebut semasa Koo Sang Jun tertidur di meja penyambut tetamu. Kebetulan hari itu hujan turun dengan lebat. Keesokan paginya semasa Seo Eun Gyeong terjaga, Ji Hyang Cheol turun dengan pakaian penuh darah. Seo Eun Gyeong terus menghubungi polis.

Berdasarkan laporan dari polis, Ji Hyang Cheol telah membunuh lapan orang wanita pada awal 2000. Sadisnya, pembunuhan tersebut dilakukannya dengan cara memotong badan mangsa.

Mengenai motifnya pula, penonton beranggapan bahawa Ji Hyang Cheol adalah seorang psikopat. Jelas kelihatan sisi psikopat lelaki ini semasa dia melawat ibunya yang sakit, kegilaannya tidak dapat dibendung.

Baca juga: Drama Korea The Frog Berbaloi Untuk Ditonton Atau Tidak? Tonton Semua Episod di Netflix

2. Yoo Seong Ah

5ea073b9 c458 414f b733 2348e7952ad7

Yoo Seong Ah (Go Min Si) adalah seorang pelukis. Pertama kali pembunuhan dilakukan olehnya ialah semasa di rumah inap milik Jeon Yeong Ha (Kim Yun Seok). Pada awal kemunculan, dia bersama seorang anak kecil yang bernama Ha Si Hyeon (Jo Yeo Joon).

Ternyata, motif melakukan pembunuhan terhadap Ha Si Hyeon adalah kerana dia sakit hati. Dia menganggap suaminya mengahwininya hanya untuk mengasuh anak tersebut.

Mangsa kedua adalah Kim Seon Tae (Jo Eun Sol). Yoon Seong Ah membunuh Kim Seon Tae hingga badan pegawai polis tersebut putus. Dia geram dan sakit hati kerana lelaki itu mengambil barang bukti tentang jenayah kejamnya.

Yoon Seong Ah juga melakukan percubaan untuk membunuh orang-orang yang rapat dengan Jeon Yeong Ha iaitu Park Yong Chae (Lee Nam Hee) dan Jeon Ui Seon (Roh Yoon Seo). Dia juga membakar bangunan perniagaan milik Choi Kyung Nam (Lee Sung Wook).

Melihat kegilannya dalam bertindak, Yoon Seong Ah ini sebenarnya kurang kasih sayang dan hanya ingin mencari perhatian semata-mata.

Baca lagi: Thriller Psikologi “The Frog” Sudah Tayang 23 Ogos, Tampilkan Go Min Si Sebagai Wanita Psikopat Gila

3. Koo Gi Ho

4b6b5b9f 8062 419d 9403 bf35de49fc19 1

Koo Gi Ho (Chanyeol EXO) adalah anak kepada Koo Sang Jun dan Seo Eun Gyeong, pemilik Motel Lake View. Oleh sebab insiden yang menimpa motel mereka, keluarga mereka dihina oleh masyarakat dan perniagaan mereka juga muflis.

Hingga menginjak usia dews, Koo Gi Ho masih merasa sakit hati dan membenci Ji Hyang Cheol. Disebabkan pembunuh tersebut, ibunya mati bunuh diri dan hidup ayahnya musnah.

Untuk menyembuhkan rasa luka di hati, Koo Gi Ho merancang untuk membunuh Ji Hyang Cheol. Persiapan yang dilakukannya berjalan sempurna. Ji Hyang Cheol akhirnya mati ditembak oleh Koo Gi Ho.

 

4. Ha Jae Sik

9cc380b6 16cd 4e6d b2e5 ee1ed6b214d2

Ha Jae Sik (Jang Seung Jo) adalah suami Yoo Seong Ah. Dia baru sahaja bebas dari penjara atas tuduhan melakukan keganasan dalam rumah tangga. Dia terus mencari Yoo Seong Ah untuk mencari anaknya, Ha Si Hyeon.

Ha Jae Sik berang apabila mengetahui anaknya dibunuh oleh Yoo Seong Ah. Dia terus memburu wanita tersebut. Dia tiba di rumah inap yang diuruskan oleh Jeon Yeong Ha. Akhirnya, Ha Jae Sik berjaya menembak kepala Yoo Seong Ah. Disebabkan kejadian tersebut, Ha Jae Sik sekali lagi meringkuk dalam penjara.

Keempat-empat watak pembunuh di atas mempunyai motif yang berbeza. Ada yang melakukannya kerana satu kebiasaan. Namun, ada juga yang melakukan pembunuhan kerana sudah tidak sanggup menahan sakit hati bertahun.

The Frog bukan hanya menyajikan kes-kes pembunuhan tetapi juga mengajak penonton untuk merasakan emosi dari pihak mangsa dan keluarga mereka.

The Frog boleh anda saksikan di Netflix sejak 23 Ogos 2024 di Netflix. Jangan lupa menonton!

Baca lagi: 7 Perkara Menarik Tentang Watak Park Shin Hye dalam The Judge From Hell, Tayang 21 September Nanti

Baca juga:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here