Penyondol atau perampas suami orang sering kali muncul dalam dalam kdrama yang menampilkan pelbagai genre. Kewujudan watak-watak perempuan perampas sebagai salah satu contoh konflik dan masalah rumah tangga yang ada di dunia sebenar. Atas dasar iri hati, mereka merebut hati suami wanita lain.
Lebih teruk lagi, perempuan-perempuan perampas dalam kdrama ini biasanya sengaja merancang balasan penganiayaan terhadap watak-watak isteri yang sah. Namun, ada juga perempuan perampas yang habis manis sepah dibuang, hanya digunakan sahaja.
Berikut ini adalah 4 watak perempuan perampas yang berjaya membuatkan hati penonton mendidih dalam kdrama yang ditayangkan pada Januari 2024.
1. Lee Ah Jin dalam Maestra: Strings of Truth
Lee Ah Jin (Lee Si Won) adalah orang ketiga yang menghancurkan rumah tangga Cha Se Eum (Lee Young Ae) dan Kim Phil (Kim Young Jae) dalam Kdrama Maestra: Strings of Truth. Cha Se Eum mengembangkan kerjaya di Amerika Syarikat hingga muncul sebagai antara konduktor orkestra terbaik dunia.
Tetapi sayangnya, disebalik kejayaan tersebut, suaminya merasa kesepian di Korea Selatan. Akhirnya, Kim Phil curang dengan salah satu ahli orkestra The Hangang Philharmonic, Lee Ah Jin.
Hasil hubungan tersebut, Lee Ah Jin hamil anak Kim Phil. Lee Ah Jin meminta Kim Phil bertanggung jawab. Sayangnya, lelaki tersebut tidak mahu bertanggung jawab. Usaha Lee Ah Jin sia-sia. Di episod terakhir, dia meminta maaf kepada Cha Se Eum dan memutuskan untuk pergi ke Kanada, tempat tinggal ibu bapanya. Sementara itu, Kim Phil menderita gangguan mental akibat disuntik cecair scotilla min.
Baca lagi: Bintang Utama Maestra: Strings of Truth Derma RM200,000 Kepada Palestine, Lee Young Ae Sedih Melihat Penderitaan Kanak-Kanak
2. Akiko dalam Gyeongseong Creature
Dalam kdrama Gyeongseong Creature, Akiko atau Myeong Ja (Ji Woo) adalah wanita simpanan Ishikawa (Kim Do Hyun). Ishikawa yang tidak mencintai isterinya, Yukiko Maeda (Claudia Kim), dalam diam rebah dalam dakapan Akiko. Akhirnya, kedua-dua mereka menjalin hubungan terlarang.
Akiko mengandungkan anak Ishikawa. Isu tersebut sampai di telinga Yukiko Maeda. Akhirnya, Akiko menjadi tahanan Hospital Ongseong atas arahan Yukiko Maeda.
Dalam rangka usaha menyelamatkan diri, tanpa sedar Akiko minum air mengandungi parasit. Dia berubah menjadi raksasa. Mengetahui perkara tersebut, Ishikawa menyuruh anak buahnya untuk menembak Akiko. Sayangnya, Ishikawa diserang Akiko dan dia meninggal dunia.
Baca juga: Amukan Najin Belum Berakhir, Gyeongseong Creature Bakal Kembali Untuk Musim 2 Pada 2024 Ini
3. Kwon Yoo Jin dalam My Happy Ending
Kwon Yoo Jin (So Yi Hyun) adalah sahabat Seo Jae Won (Jang Na Ra) sejak dari zaman sekolah dalam kdrama My Happy Ending. Mereka bertemu kembali selepas beberapa tahun dan bekerja sama dengan Dereve, syarikat Seo Jae Won. Lama kelamaan, dia merasa cemburu dengan semua pencapaian sahabatnya itu.
Dia melihat Seo Jae Won adalah wanita yang terlalu bertuah dari segi kerjaya dan juga kehidupan berumah tangga. Kwon Yoo Jin selalu dibanding-bandingkan dengan Seo Jae Won oleh ayahnya. Dia dianggap menjadi anak yang tidak boleh menjadi kebanggaan keluarga.
Akibat sikap ayahnya, Kwon Yoo Jin ingin menghancurkan kehidupan Seo Jae Won. Dia rela merebut hati suami dan anak sahabat baiknya. Kecurangan memang terjadi, namun suami Seo Jae Won memutuskan hubungan terlarang itu kerana akhirnya dia mengetahui keburukan sebenar Kwon Yoo Jin.
Baca lagi: Kenali So Yi Hyun, Bersinar Sebagai Perempuan Perampas dalam My Happy Ending
4. Jung Soo Min dalam Marry My Husband
Dalam kdrama Marry My Husband, Jung Soo Min (Song Ha Yoon) adalah sahabat baik Kang Ji Won (Park Min Young). Kerana mereka terlalu rapat, dia menganggap Kang Ji Won sebagai sahabat sejiwanya. Dia ingin memiliki apa-apa sahaja yang dimiliki oleh Kang Ji Won.
Kang Ji Won yang baru pulang dari hospital, tiba-tiba melihat sahabatnya sedang tidur bersama suaminya, Park Min Hwan (Lee Yi Kyung). Kang Ji Won marah kepadanya. Namun, Song Ha Yoon merasa tidak bersalah kerana Park Min Hwan menyukainya.
Kejahatan mereka dalam merebut suami orang membuatkan penonton ‘naik hantu’ setiap kali menonton kejahatan mereka. Walau bagaimanapun, pengakhiran kisah mereka sudah pasti sangat menyakitkan. Mereka pasti akan menerima balasan atas kejahatan mereka. Kejahatan yang memakan diri sendiri!
Baca juga: Bagaimanakah Versi Webtoon Marry My Husband berakhir? Samakah Dengan Versi Dramanya Nanti?
Baca lagi: 7 Permaisuri Paling Kejam dalam Kdrama Sageuk, Jahat dan Berhati Iblis
Baca juga: Menggamit Memori, Filem dan Drama Mendiang Lee Sun Kyun Yang Boleh Ditonton di Viu