Home Kdrama/Kmovie Penuh Aksi, Tonton 6 Filem dan Siri Korea Ini di Netflix

Penuh Aksi, Tonton 6 Filem dan Siri Korea Ini di Netflix

0

Siapa sahaja yang tidak menyukai filem atau siri Korea dengan babak aksi yang membuatkan jantung berdegup kencang? Tambahan pula jika filem dan siri Korea ini boleh kita nikmati dengan mudah di Netflix.

Buat anda para peminat genre aksi, anda perlu menonton 6 cadangan filem dan siri Korea original Netflix ini. Pasti anda akan puas dengan babak-babak perkelahian, kejar-mengejar, dan kesan visual yang memukau mata!

 

1. Kill Boksoon (2023)

900de89b b434 4107 b372 0ad5af5fc65f

Pembunuh upahan kontrak yang berkemahiran tinggi iaitu Gil Bok-soon (Jeon Do-yeon) terkenal dengan kejayaan 100% dalam menjalankan tugas dan digelar sebagai Kill Boksoon. Bok-soon, seorang ibu tunggal yang menjalani kehidupan berbeza untuk menjauhkan anak perempuannya dari dunia jenayahnya yang gelap. Walau bagaimanapun, Bok-soon mendapati dia berada dalam permainan berbahaya dan licik penuh darah  untuk bertahan hidup apabila kontraknya sebagai pembunuh upahan perlu diperbaharui.

 

2. Bloodhounds (2023)

77822179 dd96 46db aa56 c84d8f1a7b48

Dalam siri Korea ini, penonton akan disajikan adegan pertarungan hingga aksi berdarah Park Sung Woong. Drama siri yang ditayangkan pada 9 Jun 2023 ini menandakan kembalinya Park Sung Woong menjadi villain. Dia menghidupkan watak Kim Myung Gil, seorang lintah darat yang menipu dengan memberi pinjaman bunga kecil kononnya. Rancangan jahatnya terhalang oleh kemunculan Woo Do Hwan dan Lee Sang Yi.

 

3. My Name (2021)

0fa436c6 dacc 4b73 bcc2 bdb489f7fec7

Siri Korea ini pasti membuatkan anda puas. My Name menceritakan tentang balas dendam yang dilakukan oleh seorang gadis yang bernama Yoon Ji Woo (Han So Hee). Semasa hari lahirnya yang ke-17, dia melihat ayahnya ditembak dan dibunuh oleh seorang lelakinmisteri. Yoon Ji Woo menangis kerana dia tidak boleh menolong ayahnya. Dia nekad untuk mencari orang yang membunuh ayahnya.

Semasa dia mencari pembunuh misteri tersebut, dia bertemu dengan Choi Moo Jin (Park Hee Soon), ketua mafia tempat ayahnya bekerja. Choi Moo Jin bersedia membantu Yoon Ji Woo untuk dalam balas dendam. Dia melatih Yoon Ji Woo supaya gadis itu mampu bertarung dan mempertahankan diri. Apabila gadis itu sudah bersedia, Yoon Ji Woo ditugaskan untuk menyusup masuk ke unit pencegahan dadah sebuah jabatan polis dan bekerja sebagai detektif di sana. Dalam proses ini, dia mula melihat dengan jelas siapakah pembunuh sebenar ayahnya. Sebuah kisah balas dendam dan pengkhianatan yang sangat mengejutkan!

 

4. Officer Black Belt (2024)

23e06433 54f5 4101 8b43 5acd3d7ca6b8

membawa genre aksi komedi, Kim Woo Bin tampil sebagai Lee Jeong Do, lelaki yang meminati game online yang memiliki kepakaran dalam banyak seni bela diri seperti taekwondo, judo dan aikido. Kehidupan Jeong Do kemudian berubah dan dia menghadapi banyak cabaran apabila dia diminta untuk menjadi pegawai pengawasan bekas banduan. Kisahnya yang menarik, menegangkan dan juga menghiburkan membuatkan filem ini berjaya menduduki takhta Top 10 Netflix di pelbagai negara.

 

5. Ballerina (2023)

1a118d2d 27ba 40dc b578 a7d7c9eb208f

Filem original Netflix seterusnya adalah Ballerina yang ditayangkan pada 6 Oktober 2023. Ballerina mengisahkan tentang Ok Ju (Jun Jong Seo), bekas pengawal keselamatan yang balas dendam kematian sahabatnya, Min Hee (Park Yoo Rim). Min Hee adalah seorang ballerina. Menampilkan aksi hebat seorang gadis yang ingin membalas dendam, anda pasti terpukau semasa menonton babak-babak pertarungan yang menggerunkan.

 

6. Badland Hunters (2024)

Filem

Filem Badland Hunters menggunakan latar tiga tahun selepas gempa bumi menghancurkan Seoul. Keadaan jadi kacau bilau kerana hanya yang kuat sahaja boleh bertahan. Namun, di antara orang-orang jahat yang mengambil kesempatan, ada seorang pemburu bernama Nam San (Ma Dong Seok) yang membantu ramai orang.

Suatu hari, Han Su Na (Roh Jeong Eui) yang sudah dianggap seperti keluarganya berada dalam bahaya kerana doktor Yang Gi Su (Lee Hee Jun). Dia adalah seorang doktor yang sudah menyimpang dari tanggung jawab profesyen seorang doktor. Nam San bersama Choi Ji Wan (Lee Jun Young) dan Lee Eun Ho (Ahn Ji Hye) akan bersatu untuk menyelamatkan Han Su Na dan menghentikan Yang Gi Su.

Dari kisah balas dendam yang menegangkan hingga ke pengembaraan di dunia jenayah yang penuh kegelapan, pasti ada yang sesuai dengan selera anda. Jadi, siapkan popcorn dan minuman kegemaran anda dan nikmati tontonan menarik ini!

Baca lagi: Suka Kisah “Dark Comedy”, Lucu dan Membuat Anda Berfikir? Binge Watch 11 Drama Korea ini
Baca juga: Park Ji Hoon Bakal Muncul dalam Filem Sageuk Terbaru “The Man Who Lives with The King”, Tayang 2025

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here