5 artis korea ini bertemu jodoh melalui blind date! Siapakah mereka? Jom kita lihat
“Blind date’ kerap dianggap sebagai salah satu cara terbaik untuk mencari jodoh. Keberkesanan blind date telah dibuktikan oleh beberapa orang artis Korea Selatan yang berjaya mendapat pasangan hidup melalui kaedah blind date.
Bukan itu sahaja, mereka sudah sampai ke jinjang pelamin dan mengecapi hidup sebagai suami isteri. Jom sama-sama kita lihat senarai artis yang berjaya mendapat jodoh melalui blind date:
1. Lee Jung Hyun
Melalui sebuah wawancara dengan MyDaily pada tahun 2019, Lee Jung Hyun mendedahkan bahawa dia bertemu suaminya melalui sebuah pertemuan yang diaturkan (blind date). Dia pernah berputus asa untuk berkahwin kerana sangat sukar untuknya berjumpa dengan lelaki yang tepat seiring dengan bertambahnya usianya.
Namun, kehidupan rumah tangga rakan artis iaitu Kwon Sang Woo dan Lee Jong Hyuk yang dipenuhi dengan kebahagiaan membuatnya rasa cemburu. Dia bertemu suaminya melalui blind date. Dalam janji temu itu, dia menyedari pasangannya tersebut begitu baik dan jujur.
Suaminya juga merupakan peminat setianya yang mengumpul semua albumnya. Lee Jung Hyun terbuka hati untuk berkahwin dengannya. Mereka saling jatuh cinta sewaktu sewaktu Lee Jung Hyun terlibat dengan penggambaran Love, Again (2018). Mereka berkahwin sewaktu penggambaran sudah hampir ke penghujung dan hampir siap.
2. Park Myung Soo
Park Myung Soo mengaku jatuh cinta pandang pertama dengan isterinya di sebuah program KBS CoolFM pada tahun 2016. Ketika melihat gambar isterinya buat pertama kali, dia terus yakin untuk menyuntingnya sebagai isteri. Dia terus mencari tahu dan melayari blog isterinya itu sebelum bertemu secara langsung di sebuah blind date yang direncanakan!
3. Gaeko Dynamic Duo
Dalam program Human Condition pada tahun 2014, Gaeko menyatakan bahawa dia bertemu dengan isterinya, Kim Soo Mi, melalui sebuah blind date. Setelah merasa selesa antara satu sama lain, mereka meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius dengan menjalin hubungan istimewa. Mereka menjalin hubungan yang dipenuhi dengan cinta.
Gaeko jatuh cinta pada isterinya yang dianggap memiliki senyuman menawan dan begitu feminin di janji temu pertama mereka. Setelah bercinta, mereka akhirnya berkahwin. Gaeko melamar isterinya dengan menyediakan lukisan dan 50 lilin yang menghadirkan suasana romantik. Dia juga menyanyikan “Heaven” milik Jamie Foxx pada detik yang berharga itu.
4. Lee Yeon Hee
Melalui program My Little Old Boy pada tahun 2021, Lee Yeon-hee berkongsi bahawa dia bertemu pasangannya melalui sebuah janji temu. Pelakon wanita ini merasa sudah ditakdirkan untuk menjalin hubungan dengan pasangannya dalam pertemuan pertama mereka.
Lee Yeon Hee akhirnya berkahwin dengan jejaka tersebut. Dia sebenarnya baru pertama kali mencuba kaedah blind date untuk mendapatkan jodoh, siapa sangka dia terus jatuh hati dan menemui jodohnya dalam janji temu itu. Dia berkahwin dengan suaminya pada bulan Jun 2020.
5. Lee Hyori dan Lee Sang Soon
Kisah cinta Lee Hyori dan Lee Sang Soon didedahkan sewaktu program Star Star Talk Show pada tahun 2017. Pasangan artis ini bertemu melalui sebuah janji temu yang diatur oleh penyanyi yang bernama Jung Jae Hyung pada tahun 2009. Sayangnya, mereka tidak tertarik antara satu sama lain setelah pertemuan itu. Lee Hyori menganggap Lee Sang Soon yang serba sederhana tidak sesuai untuknya.
Lee Sang Soon juga tidak merasakan tertarik dengan Lee Hyori. Mereka mula menjalin hubungan cinta 2 tahun kemudian, setelah Lee Sang Soon bertanya tentang tempat untuk mengambil anjing kepada Lee Hyori. Mereka kini menjadi pasangan suami isteri yang terkenal sangat romantik.
Kalau dah jodoh, tidak ke mana bukan?
Baca Lagi: 5 Kdrama Paling Popular Sepanjang Mei 2023
Baca Juga: Jom Kenali Kim Joo Hun (Dr. Romantic 3) Yang Serba Boleh