Berjaya menampilkan lakonan, lontaran suara, dan pastinya bakat yang memukau, siapa sangka bahawa beberapa orang artis yang berasal dari Korea Selatan ini yang rupa-rupanya pernah menghidap penyakit kanser dan mereka merupakan kanser “survivor”.
Hasil perjuangan dan ketabahan mereka melawan penyakit kanser ini, beberapa orang daripada selebriti ini telah sembuh dan diumumkan sebagai bebas kanser.
Lebih mengagumkan lagi, mereka dapat kembali tampil di industri hiburan Korea untuk melanjutkan kerjaya mereka. Siapakah mereka?
Dipetik daripada portal KBIZoom, berikut merupakan senarai lima orang artis Korea yang berjaya pulih daripada penyakit kanser dan kini telah kembali berkarier!
1. Uhm Jung Hwa
Bintang drama siri Doctor Cha, Uhm Jung Hwa pernah mengalami dugaan hidup kerana penyakit kanser yang dihidapinya. Pelakon yang juga merupakan penyanyi ternama ini pernah didiagnos menghidap kanser tiroid pada tahun 2010.
Pada waktu itu, Uhm Jung Hwa menjalani sesi rawatan dan masa pemulihan yang memakan waktu berbulan-bulan. Walaupun pernah mengalami kecacatan pita suara selama dia sakit, kini Uhm Jung Hwa telah pulih dan dapat kembali menyapa para peminat melalui karya-karya terbarunya.
2. Kim Woo Bin
Pada tahun 2017, para peminat drama Korea dikejutkan dengan berita pelakon lelaki kesukaan ramai iaitu Kim Woo-bin yang didiagnos sedang menderita kanser Nasopharyngeal. Keadaan kesihatannya ini membuatkan dia untuk memilih berehat dari segala aktivitinya sebagai artis.
Selama masa dalam rawatan, Kim Woo Bin perlu menjalani kimoterapi sehingga terapi radiasi. Hasil perjuangannya melawan rasa sakit, kini Kim Woo Bin telah rasmi kembali ke dunia seni lakon dengan projek terbaru siri drama Netflix yang bertajuk Black Knight.
3. Hong Jin Kyung
Seterusnya adalah artis serba boleh Korea Selatan yang juga sebelum ini pernah didiagnos menghidap penyakit yang sama. Hong Jin Kyung yang dikenali sebagai seorang model, pengacara, pelawak, penyanyi, pelakon, dan juga ahli perniagaan ini berjuang melawan penyakit kanser ovari pada tahun 2014.
Selang 2 tahun setelah dirinya menjalani rawatan perubatan, Hong Jin Kyung secara rasmi mengumumkan dia telah sembuh dan bebas dari penyakit kanser. Kini artis ini telah sepenuhnya terbabit secara aktif dalam industri hiburan Korea Selatan.
4. Park So Dam
Berkongsi keperitannya selama menghidap penyakit mematikan ini, Park So Dam juga mencuri perhatian dan meraih banyak simpati dari orang ramai. Pelakon filem Parasite ini menghidap kanser tiroid papilari pada tahun 2021. Sangat sukar dan tidak selesa buatnya kerana suaranya tidak boleh dikeluarkan dan dia juga sukar untuk bergerak.
Walaupun begitu Park So Dam tidak menyerah kalah dan berusaha untuk bangkit. Kini pelakon muda ini sedang menjalani penggambaran drama siri terbaru bersama Seo In Guk yang bertajuk Death’s Game.
5. Jeong Mi Ae
Penyanyi trot Korea yang bernama Jeong Mi Ae yang secara mengejut memutuskan untuk berehat dari aktivitinya pada tahun 2021. Sedangkan pada waktu itu dia sedang mencuri perhatian ramai kerana berjaya terpilih sebagai runner-up sebuah program bernama Tomorrow’s Mistrot.
Akhirnya terbongkar bahawa dia menghidap kanser perut tahap 3 yang membuatnya kehilangan suku daripada suaranya. Tidak putus asa, setelah dinyatakan pulih dia pun kembali melancarkan muzik terbarunya pada awal tahun lalu.
Perjuangan para artis yang tersenarai di atas dalam melawan sakit mereka benar-benar patut dijadikan contoh. Walaupun sedang mengalami kesusahan mereka memilih untuk tidak menyerah dan terus berusaha untuk bangkit. Amalkan gaya hidup sihat dan sama-samalah kita menjaga kesihatan selagi terdaya ya!
Baca Lagi: Lee Seung Gi Padam Semua Hantaran Instagramnya
Bacs Juga: Park So Dam Mendedahkan Tentang Penyakit Kansernya