5 artis Korea ini gagal sebagai bintang idol, tetapi berjaya sebagai pelakon. Siapakah mereka?
Perjalanan kerjaya seseorang artis Korea sebagai pelakon selalu menjadi perbincangan yang menarik bagi setiap peminat setia, termasuklah perkembangan kerjaya beberapa orang artis Korea yang kami senaraikan di bawah ini yang ternyata memulakan impian mereka dengan berlatih sebagai trainee bintang idol sebelum berkecimpung dalam dunia lakonan.
Walaupun akhirnya melepaskan impian untuk menjadi bintang idol, namun para pelakon yang tersenarai di bawah ini meraih kejayaan besar dengan kerjaya sebagai pelakon. Siapakah artis Korea tersebut?
Jom sama-sama kita lihat senarai berikut ini:
1. Lee Jong-suk
Artis Korea yang juga pelakon yang membintangi Big Mouth (2022) ini memang diketahui pernah menjalani kehidupan sebagai trainee SM Entertainment selama 3 bulan. Dia akhirnya menyerah kalah untuk menjadi bintang idol dan meneruskan karier sebagai pelakon dengan berlakon dalam drama siri Prosecutor Princess (2010).
2. Kim Min Kyu
Bintang The Heavenly Idol (2023) ini ternyata pernah mempunyai impian untuk menjadi seorang bintang idol. Dia pernah memukau orang ramai dengan suara merdu dan indahnya melalui program I Can See Your Voice dan pernah menjadi trainee idol KPop selama 1 bulan bersama ahli kumpulan SEVENTEEN sebelum akhirnya beralih menjadi pelakon.
3. Ahn Hyo Seop
Sudah bukan rahsia lagi bahawa Ahn Hyo Seop pernah menjalani kehidupan trainee di bawah agensi JYP Entertainment. Bintang Dr. Romantic 3 (2023) ini hampir membuat debut bersama GOT7, namun gagal kerana tingginya dan dianggap kurang daripada segi gaya ketrampilan. Kini, dia semakin laris berlakon dalam pelbagai drama siri dan filem popular.
4. Kim Min Jae
Selama 4 tahun Kim Min Jae menjadi trainee di bawah agensi CJ E&M. Dia pernah menunjukkan bakatnya menyanyi lagu rap di acara survival, Show Me The Money 4, pada tahun 2015. Walaupun perlu melepaskan keinginannya untuk menjadi bintang idol, Kim Min Jae berjaya membuktikan kualiti lakonannya dan bakat besar sebagai seorang pelakon.
5. Kim Min Seok
Kim Min Seok memulakan impiannya dengan menyertai program survival Super Star K3. Gagal menjadi bintang idol, Kim Min Seok mencuba cabang lain dengan membintangi Flower Band (2012). Namanya juga semakin popular di kalangan para peminat selepas meletup dan laris sebagai seorang pelakon.
Untuk menjadi bintang idol di Korea Selatan, setiap trainee wajib mengikuti sebuah kursus yang disediakan oleh pihak agensi. Jangka masa kursus tersebut memakan masa yang sangat lama. Namun, terpulang kepada pihak agensi untuk menetapkan tempoh kursus berkenaan.
Ini kerana tempoh masa yang paling singkat adalah 3 bulan dan yang paling lama dalam sejarah K-POP memakan masa 8 sehingga 10 tahun. Dalam tempoh tersebut, setiap trainee perlu menjalani pelbagai cabaran dan persiapan diri untuk menjadi bintang idol. Antaranya ialah berlatih menyanyi, berlakon, komunikasi, menari, imej, transformasi, penerbitan dan banyak lagi.
Pastinya sukar untuk melepaskan diri menjadi seorang bintang idol, ramai juga trainee yang pulang hampa dan ada di antara mereka meneruskan kerjaya dalam bidang lain dalam dunia seni, sama seperti lima orang pelakon yang kami senaraikan di atas. Semoga terus sukses!
Baca Lagi: 9 Kdrama Lakonan Kim Sung Oh, Wajib Tonton
Baca Juga: 10 Akaun Instagram Selebriti Paling Ramai Diikuti Di Dunia