Jangan disangka wajah yang cantik, mata bundar, hidung mancung, pipi bak pauh dilayang itu semuanya asli dan memang asalnya begitu.
Kadang-kadang rasa tertipu apabila wajah yang dipuja-puja rupanya sudah dibaiki dan ditambah baik dengan melakukan pembedahan plastik.
Korea Selatan juga sama seperti negara Thailand dimana negara mereka menawarkan banyak perkhidmatan pembedahan plastik. Walaupun masih ada masyarakat di Korea Selatan yang tidak dapat menerima pembedahan plastik sebagai cara hidup, kini ramai golongan yang terdiri dari lelaki dan wanita berani ke depan untuk melakukan pembedahan plastik bagi menambah keyakinan diri dan membuatkan diri berketrampilan lebih menarik.
Antara jenis pembedahan plastik yang digilai dan disukai masyarakat Korea Selatan adalah pembedahan untuk membuat ‘double eyelid’ iaitu mengubah kelopak mata supaya mata kelihatan lebih besar, pembedahan kelopak mata ini digemari kerana prosedurnya yang murah dan tidak mengambil masa yang lama.
Pembedahan lain yang popular dikalangan pencinta kecantikan di Korea Selatan ialah pembedahan pembetulan hidung supaya hidung kelihatan lebih mancung dan runcing.
Walaupun klinik-klinik kosmetik dan surgeri di Korea Selatan tampak giat membangun dan memperkenalkan pembedahan plastik, namun masih ramai golongan masyarakat yang tidak berani melakukan perubahan drastik pada bentuk wajah dan tubuh badan mereka.
Sebut saja soal kecantikan dan Korea Selatan, kita tidak dapat lepas dari memikirkan artis-artis mereka yang cantik-cantik dan serba kacak. Baik lelaki mahupun perempuan, ternyata selebriti dari negara ginseng tersebut juga ada yang melakukan pembedahan plastik untuk mengubah wajah mereka supaya kelihatan lebih menawan dan sedap dipandang mata.
Berikut merupakan beberapa orang artis Korea Selatan yang telah melakukan pembedahan plastik:
1) Park Min-young
Park Min-young adalah antara selebriti yang paling bertuah kerana setiap pembedahan plastik yang dijalaninya berjaya membuatkan dirinya tampak cantik dan menarik. Dia adalah antara artis yang berjaya mendapat wajah cantik dan pembedahan-pembedahan plastiknya dianggap sukses. Wajahnya kelihatan sangat polos dan natural, mungkin tiada sesiapa akan tahu bahawa dia melakukan pembedahan plastik, tetapi pelakon ini memilih untuk bercakap benar dan mengaku bahawa dia melakukan beberapa siri pembedahan plastik untuk mengubah kelopak mata, hidung dan juga beberapa bahagian lain pada wajahnya.
2) Kyuhyun Super Junior
Anggota termuda kumpulan Super Junior ini tanpa segan silu mengakui bahawa dia telah melakukan pembedahan plastik untuk mengubah wajahnya. Ramai orang terpukau dengan hasil pembedahan plastik ke atas Kyuhyun kerana wajahnya kelihatan sangat semulajadi tidak seperti pernah dibedah secara kosmetik untuk mengubah apa-apa diwajahnya. Dalam satu wawancara, penyanyi tersebut mengaku bahawa dia telah membuat pembedahan kelopak mata (double eyelid) dan dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan tersebut atas kehendak dan kerelaan hatinya sendiri.
3) Kim Hyun-joong
Pelakon Kim Hyun-joong yang terkenal dengan siri Boys Before Flowers ini mengaku bahawa dia juga telah melakukan pembedahan plastik. Dalam sebuah wawancara, pelakon terkenal itu mendedahkan bahawa dia telah melakukan pembedahan plastik terhadap hidungnya. Dia mendakwa bahawa dia terpaksa melakukan pembedahan tersebut kerana hidungnya telah patah akibat dipukul dengan seketul batu.
4) Lee Si-young
Artis Korea ini sangat aktif di laman sosial TikTok, Lee Si-young juga tidak pernah merahsiakan bahawa dirinya telah melakukan prosedur pembedahan plastik.
Dalam sebuah temu ramah, dia tanpa berselindung menyatakan bahawa dia telah melakukan prosedur pembedahan plastik. Dia menyatakan bahawa telah melakukan pembedahan plastik untuk membaiki mata dan juga hidungnya.
5) Min Hyo-rin
Min Hyo-rin mengaku telah melakukan pembedahan kelopak mata (double eyelid) supaya kelihatan lebih menawan dan menarik. Sewaktu penampilannya di ‘One Night TV Entertainment’ pada tahun 2012, pelakon itu ditanya apakah benar tentang khabar angin pembedahan hidungnya. Dia berkeras bahwa semua khabar angin itu adalah palsu dan fitnah belaka. Namun, dia tidak menyangkal bahawa dia telah melakukan pembedahan kelopak mata untuk menjaga penampilannya agar kelihatan lebih menawan.
Baca Lagi: Peminat Dari Negara Mana Menyumbang Paling Banyak View YouTube Untuk Bintang K-Pop?
Baca Juga: Diet Cara Artis Korea, Sanggup Ke Tidak?