Dewasa ini ramai anak-anak muda dari seluruh dunia tertarik dengan muzik, lakonan dan budaya serta fesyen dari Korea Selatan. Bukan itu sahaja, perwatakan artis-artis yang rupawan dan segak turut menarik perhatian para peminat secara meluas.
Ramai diantara kita yang tertarik dengan paras rupa para artis Korea, artis lelaki menjadi kegilaan wanita dan gadis seluruh dunia. Namun siapakah diantara mereka yang paling banyak disebut “tampan” di peringkat global?
Berikut adalah 5 artis korea paling kacak yang termasuk dalam senarai “Top 25 Most Handsome Korean Actors Of All Time” versi Koreaboo!
1) Ji Chang-wook
Ji Chang-wook merupakan aktor dan penyanyi berasal dari Korea Selatan dari daerah Anyang. Dia tampil dalam “Healer” (2014), “Suspicious Partner” (2017), “The Bros” (2017), “The K2” (2016), sampai “The Empress Ki” (2013).
Sebelumnya, aktor ini memulakan karier menerusi dunia teater muzikal, dan terus terjun ke dunia drama TV. Ji Chang-wook juga adalah seorang model untuk jenama ternama seperti Calvin Klein, AMH, Lotte Duty Free, OB Beer, dan banyak lagi.
Dia terkenal dengan penampilan yang natural dan bersahaja. Artis serba boleh ini telah memenangi pelbagai anugerah seperti “Best actor” dan “Best dressed actor” di Korea juga di luar negara.
Tidak berhenti sekadar sebagai seorang aktor, Ji Chang-wook telah mengeluarkan beberapa single dan menyanyikan OST untuk beberapa drama yang dibintanginya.
2) Hyun Bin
Lahir sebagai Kim Tae-pyung di Seoul pada 25 September 1982, Hyun Bin merupakan aktor terkenal yang berasal dari Korea Selatan yang banyak muncul dalam drama dan juga filem-filem Korea seperti “Crash Landing On You” ()2019, “Secret Garden” (2010), “Memories of the Alhambra” (2018), “Confidential Assignment” (2017), “Rampant” (2018), dan “My Lovely Sam-Soon” (2005).
Hyun Bin ialah salah satu aktor dengan bayaran tertinggi di Korea Selatan, dia juga dikenali sebagai bintang hallyu. Hallyu merujuk kepada penyebaran budaya dari Korea Selatan ke seluruh dunia.
Sebagai aktor, dia sudah memenangi berbagai-bagai anugerah untuk bakatnya dan menjadi model untuk jenama Omega, Bench, dan juga jenama-jenama Korea serta antarabangsa lainnya.
3) Seo In-guk
Salah satu pelakon K-drama yang sangat disayangi di Korea Selatan ialah Seo In-guk, dan fakta ini tidaklah mengejutkan. Selain sangat tampan, dia juga ternyata sangat berbakat apabila berjaya membawa pelbagai watak dalam setiap lakonannya.
Bakatnya terbukti luar biasa apabila berjaya membawa watak sebagai bangsawan era Joseon, pelajar, sampailah ke watak pembunuh yang psiko. Bukan hanya pelakon yang luar biasa, Seo In-guk juga merupakan seorang penyanyi sebelum terjun ke dunia lakonan. Pada tahun 2009, dia memenangi musim pertama pertandingan pencarian bakat “Superstar K”.
4) Lee Seung-gi
Jejaka yang dilahirkan pada 13 Januari 1987 ini sangat digemari ramai khususnya melalui lakonnya dalam “Vagabond” (2019) dan “Mouse (2021). Lee Seung-gi yang tingginya mencapai 182 cm ini memang telah berlakon dalam banyak drama TV dan filem termasuklah “A Korean Odyssey” (2017-2018), film “The Princess and the Matchmaker” (2018), “Love Forecast” (2015), dan “You’re Surrounded” (2014).
5) Lee Min-ho
Siapa yang tidak mengenali Lee Min-ho? Nama palakon ini sudah melambung tinggi ke serata dunia. Penyanyi, aktor, dan juga model Korea Selatan ini lahir pada 22 Jun 1987 di Seoul, dan memulakan karier lakonanya ketika dia masih sangat muda, dia pernah melakonkan watak kecil sewaktu dia masih di bangku sekolah.
Lee Min-ho paling terkenal menerusi lakonannya dalam “Boys Over Flowers” (2009), ”The King: Eternal Monarch” (2020), “City Hunter” (2011), “Personal Taste” (2010), “Legend of the Blue Sea” (2016), serta “The Heirs” (2013).
Lee Min-ho juga merupakan seorang model untuk jenama-jenama dari Korea dan juga antarabangsa seperti BENCH, Louis Vuitton, Etude House, dan banyak lagi. Dia juga menjadi duta produk untuk King Sejong Institute Foundation, Visit Korea, Olimpiade Musim Dingin Pyeongchang 2018, dan lain-lain lagi.
Setakat yang diketahui, pelakon ini tidak pernah melakukan pembedahan plastik. Dia juga dianggap sebagai salah satu aktor Korea tertampan tanpa sebarang pembedahan kosmetik.
Baca Lagi: Artis Genius Korea Yang Melanjutkan Pelajaran Di Luar Negara
Baca Juga: Kemurungan Dan Tekanan Emosi Sebab Utama Artis Korea Ini Mengakhiri Nyawa Sendiri