Home Entertainment 5 Artis Wanita Korea Yang Dituduh Menggunakan Dadah

5 Artis Wanita Korea Yang Dituduh Menggunakan Dadah

0

Dadah adalah musuh utama negara, ramai yang terjebak dengan dadah dan merosakkan diri sendiri.

Rose BLACKPINK dituduh menggunakan dadah baru-baru ini, tahukah anda, selain Rose BLACKPINK, ramai lagi artis lain pernah terpalit dengan isu dadah. Jom sama-sama kita lihat siapakah artis-artis terbabit:

1. Rosé BLACKPINK

b9df62e4 7a01 4542 8245 fcf92bda6a15

Gosip mengenai penyalahgunaan dadah dan Rosé BLACKPINK bermula dari sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Riccardo Tisci. Dalam hantaran Instagram tersebut, Rosé BLACKPINK dan beberapa selebriti lain kelihatan sedang meraikan sesuatu. Mata netizen sungguh tajam, di atas meja makan dalam gambar hantaran Instagram tersebut, terdapat barang yang kelihatan seperti paraphernalia, paraphernalia merupakan alat yang biasa digunakan untuk mengambil barang terlarang.

2. Han Seo Hee

933472d1 ea65 414b b46d f099d58e8ccfHan Seo Hee adalah bekas trainee idol yang popular kerana sering terbabit dengan kontroversi. Salah satu skandal yang melibatkannya adalah penyalahgunaan dadah, dia dikaitkan dengan dadah berulang kali.

Pada tahun 2016, Han Seo Hee terbukti menghisap ganja sehingga dijatuhkan hukuman 4 tahun percubaan dan 120 jam rehabilitasi bahan terlarang. Tidak pernah serik, pada masa percubaannya, iaitu pada tahun 2020, dia ditangkap lagi kerana menggunakan metamfetamin.

Paling terbaru, pada tahun 2022, Han Seo Hee dihadapkan ke mahkamah kerana kes yang ketiga. Dia didakwa atas penggunaan philopon iaitu salah satu jenis metamfetamin bersama seorang rakannya pada 2021. Dia dijatuhi hukuman penjara selama 6 bulan, 40 jam rehabilitasi, serta denda.

3. Gain Brown Eyed Girls

9bf43f52 0bfa 4b39 9116 da0935a04835Pada tahun 2021, tersebar meluas khabar angin bahawa seorang anggota girl group perlu membayar denda kerana menyalahgunakan bahan terlaranf. Netizen Korea turut gempar dan mula berteka-teki dan membuat anggapan mengenai siapakah gerangan selebriti tersebut. Tak lama selepas itu, ternyata anggota girl group yang dimaksudkan adalah Gain dari Brown Eyed Girls.

Menurut pihak polis, dia terbukti menggunakan propofol dan bahan terlarang lainnya di rumahnya sendiri. Gain dikenakan denda sebanyak 1 juta won. Gain mengaku bahawa dia mendapatkan bahan terlarang tersebut dari doktor bedah plastik dan menyangka bahan tersebut adalah untuk pemulihan. Namun, ternyata dia juga pernah menggunakan propofol pada sekitar tahun 2019.

4. Park Si Yeon, Lee Seung Yeon, Jang Mi In Ae, dan Hyun Young

f627a080 bb46 489b 8c57 18edd4a4890c

Pada tahun 2013, dunia hiburan Korea Selatan pernah dihebohkan dengan berita empat pelakon wanita ternama yang ditangkap kerana menggunakan bahan terlarang.

Mereka adalah Park Si Yeon, Lee Seung Yeon, Jang Mi In Ae, dan Hyun Young. Mereka berempat terbukti menggunakan propofol, iaitu sejenis ubat terlarang yang dikhabarkan menyebabkan kematian Michael Jackson.

Menurut laporan Soompi, Park Si Yeon didakwa menggunakannya sebanyak 185 kali, Lee Seung Yeon sebanyak 111 kali, Jang Mi In Ae 95 kali, dan Hyun Young sebanyak 42 kali. Mereka terbukti bersalah karena telah menyalahgunakan ubat tersebut untuk kepentingan diri sendiri. Kerjaya mereka jatuh merudum dalam sekelip mata.

5. Park Bom bekas anggota 2NE1

0b47541c eda6 4a55 a2a1 29b7eac1a61cKarier Park Bom pernah jatuh tersungkur akibat skandal dadah yang mencacatkan namanya pada tahun 2014. Menurut berita yang tersebar, dia mengambil lebih kurang 82 kapsul amfetamin yang dikirimkan dari Amerika Syarikat.

Kes ini dihentikan tanpa sebarang dakwaan. Alasannya adalah kerana Park Bom mengatakan bahawa dia tidak tahu bahawa kapsul itu adalah haram di negara Korea Selatan. Dia telah menggunakannya sebagai ubat sewaktu tinggal di AS. Walaupun begitu, kes ini memang sangat heboh hingga membuatkan Park Bom memutuskan untuk mendiamkan diri dan tidak muncul dalam sebarang acara untuk sementara waktu.

Kemudian pada tahun 2017, dalam live streaming, Park Bom berbicara mengenai penyalahgunaan ubat terlarang tersebut. Dia menyatakan bahawa semua yang dituliskan oleh media pada waktu itu adalah tidak benar. Dia menambah lagi bahawa dia sebenarnya menderita penyakit attention deficit disorder (ADD) sejak kecil.

Oleh kerana tiada cara rawatan yang spesifik untuk menanganinya, doktor di AS memberikannya preskripsi Adderall, iaitu sejenis ubat yang mengandungi amfetamin.
Menurut pengakuannya, Adderall sangat biasa digunakan di Amerika. Bahkan amfetamin juga sebenarnya boleh digunakan di negara tersebut, ternyata semua ubatan tersebur tergolong sebagai bahan terlarang di Korea Selatan.

Dari penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa tidak semua skandal penyalahgunaan bahan terlarang itu benar. Terdapat artis wanita yang dituduh tanpa bukti yang tepat, termasuk kes terbaru yang melibatkan Rosé BLACKPINK.