Idol Lee Dong Hae anggota Super Junior membuka langkah baru dalam kerjaya, dia akan menjadi pelakon utama dalam drama Man & Woman pada bulan Disember ini.
Drama tersebut akan menceritakan tentang hubungannya dengan kekasihnya. Hubungan yang panjang dan bahagia yang tiba-tiba menjadi dingin.
Selain Lee Dong Hae, beberapa orang bintang idol Kpop lain juga turut memeriahkan drama yang akan dilancarkan pada bulan Disember ini. Antara mereka adalah ASTRO dan Kim Woo Seok X1. Jom sama-sama kita lihat senarai di bawah ini:
1. Kim Woo Seok, Night Has Come
Drama ini akan menceritakan kisah pelajar sekolah yang menyertai lawatan sekolah tetapi mereka dipaksa untuk melakukan permainan yang membawa maut. Dalam permainan itu semua orang perlu berjuang untuk bertahan hidup. Melepaskan diri dari permainan tersebut dengan cara melalui beberapa rintangan yang mencabar dan berbahaya.
Idol Kim Woo Seok membawa watak sebagai ketua kelas iaitu Kim Joon Hee yang bertanggung jawab dan lebih mementingkan kawan-kawannya. Dia perlu bertahan untuk selamat dan meneruskan permainan. Dia bekerjasama dengan Lee Jae In iaitu pelajar yang memahami permainan taktikal dan Cho Ye Bin seorang pelajar yang pintar. Night Has Come telah ditayangkan pada 4 Disember baru-baru ini.
2. Lee Dong Hae, Man & Woman
Mengikuti kisah sepasang kekasih yang sudah bersama selama 7 tahun. Mereka menghabiskan masa dewasa berdua dengan sangat bahagia. Tetapi suatu hari kedua-dua mereka berubah hati dan bersikap dingin antara satu sama lain.
Idol Lee Dong Hae membawa watak sebagai Jung Hyun Sung kekasih kepada pereka perhiasan Han Sung Ok (Lee Se Ol). Jung Hyun dan Han Sung Ok mempunyai kisah menyedihkan. Man & Woman akan ditayangkan 26 Disember nanti!
3. Sanha, Suunjapbang
Suunjapbang merupakan drama saeguk berlatarkan dinasti Joseon, menceritakan kisah tentang anak bangsawan bernama Kim Yu (Idol Sanha). Dia merupakan pemuda yang mempunyai hobi menulis buku resepi. Suatu hari dia ditemukan dengan seorang tukang masak berbakat Gye Am (Kang Min) dari keluarga yang kurang mampu.
Kim Yu dan Gye Am kemudian bekerjasama untuk mencipta sebuah buku resepi. Dalam perjalanannya, dia selalu disokong oleh saudatanya iaitu Kim Yeon (Baek Sun Hyun), mereka menemui resepi sambil menyelami ilmu gastronomi, untuk mencari makna sebenar dalam hidup. Suunjapbang telah ditayangkan pada 2 Disember 2023.
4. Nana, My Man is Cupid
Menceritakan kisah seorang pari-pari iaitu Cheon Sang Hyeok (Jang Do Yeon), yang jatuh cinta dengan seorang manusia. Dia adalah pari-pari yang telah hidup 500 tahun dan mengalami 27 metamorfosis. Pada proses metamorfosis ke-28 dia bertemu seorang wanita bernama Oh Baek Ryun dan jatuh cinta.
Nana membawa watak sebagai Oh Baek Ryun. Seorang doktor haiwan yang mempunyai paras rupa yang cantik. Kecantikannya membuatkan lelaki mudah jatuh cinta dengannya. Tetapi, dia adalah seorang wanita pembawa nasib malang.
Setiap lelaki yang rapat dengannya akan mengalami nasib malang hingga membawa kematian. Ini semua membuatkannya tidak menjalin hubungan lagi dan berharap ada lelaki yang boleh mengubah nasib buruknya. Drama ini ditayangkan pada 1 Disember di Prime Video.
5. Kang Mina, Welcome to Samdalri
Welcome to Samdalri menggambarkan kehidupan seorang peramal cuaca Jo Young Pil (Ji Chang Wook) yang bergaul dengan masyarakat di pulau Jeju. Suatu hari ada kejadian menggemparkan di kampung tersebut, di mana wanita yang lama menghilang kembali secara sembunyi-sembunyi. Dia merupakan Jo Sam Dal iaitu saudara kepada Jo Hae Dal.
Idol Kang Mina membawa watak sebagai Jo Hae Dal. Dia merupakan anak bongsu dari tiga bersaudara dengan 2 kakaknya. Dalam drama ini, Mina akan menunjukkan pesona polosnya sebagai anggota paling muda yang membawa keceriaan untuk keluarga Jo Sam Dal. Welcome to Samdalri tayang di JTBC pada 2 Disember lalu.
Baca juga: 8 Artis KPop Ini Pernah Bawa Watak Bintang Idol dalam Kdrama, Terbaru Bae Suzy
Drama yang dibintangi oleh lima bintang idol di atas ini memang sangat menarik untuk ditonton. Buat anda yang ingin tahu tentang jalan cerita drama-drama ini dan lakonan para bintang Kpop ini, jangan lupa untuk menonton semua drama yang tersenarai!