Sebut sahaja nama Lee Byung Hun, para peminat drama siri Korea Selatan pasti teringat dengan pelakon yang membintangi drama siri Mr. Sunshine (2016) dan Our Blues (2022) bukan? Dalam artikel ini kita sebenarnya bukan mahu berbicara tentang Lee Byung Hun pelakon terkenal itu, tetapi kita mahu memperkenalkan seorang pengarah hebat yang berasal dari Korea Selatan yang mempunyai nama serupa dengannya.
Pengarah Lee Byung Hun sudah cukup lama berkarya dalam industri perfilman Korea. Pengarah ini lebih kerap terlibat dengan filem-filem bertemakan komedi dengan latar belakang yang bermacam-macam. Filem terbarunya bakal segera dilancarkan pada April ini, jom kita lihat senarai filem-filem lain yang pernah digarap oleh pengarah yang memang terkenal mampu mengeluarkan idea-idea lucu bagi menggeletek hati para penonton filem komedi arahannya!
Baca Lagi: 6 Watak Menarik Dilakonkan Oleh Lee Je Hoon
1. Cheer Up Mr. Lee (2013)
Cheer Up Mr. Lee (2013) merupakan filem yang berdurasi 94 minit yang diarahkan oleh Lee Byung Hun. Mengisahkan tentang sebuah stesen TV yang mencuba untuk membuat filem dokumentari tentang Byung Hun (Hong Wan Pyo) yang ingin menjadi pengarah filem dokumentari.
2. Twenty (2015)
Twenty (2015) membawa jalan cerita tentang tiga orang jejaka yang sudah bersahabat sejak zaman sekolah lagi. Mereka adalah Chi Ho (Kim Woo Bin), Dong Woo (Lee Junho), dan Gyung Jae (Kang Ha Neul). Sesuai dengan tajuknya, filem ini berkisar pada kisah mereka sewaktu berusia 20an.
Chi Ho yang berasal dari keluarga yang berada mempunyai masalah dengan kisah cintanya. Sementara itu Dong Woo hidup dengan bekerja separuh masa di banyak tempat karena keadaan kewangan keluarganya yang sangat teruk.
Gyung Jae menjadi mahasiswa baru di sebuah universiti dan mula menyukai seniornya, Jin Joo (Min Hyo Rin). Masalah cinta dan cita-cita akan menjadi fokus utama sambil diselangi dengan babak-babak komedi yang mencuit hati.
3. What a Man Wants (2018)
What a Man Wants (2018) adalah sebuah filem yang berkisar tentang kisah seorang lelaki yang bernama Seok Geun (Lee Sung Min) di Pulau Jeju. Dia bekerja sebagai seorang pemandu teksi. Walaupun sudah mengahwini Dam Deok (Jang Young Nam), Seok Geun tetap bersikap curang.
Adik Seok Geun bernama Mi Young (Song Ji Hyo) juga telah berkahwin dengan Bong Soo (Shin Ha Kyun). Bong Soo tidak dapat memahami kecenderungan iparnya yang suka berlaku curang. Hingga suatu hari Je Ni (Lee El) muncul di hadapannya.
4. Extreme Job (2019)
Extreme Job (2019) berjaya dinobatkan sebagai filem kedua terlaris sepanjang sejarah perfileman Korea Selatan. Dibintangi oleh Ryu Seung Ryong, Lee Honey, Jin Sun Kyu, Lee Dong Hwi, dan Gong Myung yang membawa watak sebagai detektif, kisah komedi mereka berjaya menarik lebih dari 16 juta penonton di pawagam.
Kisah mengenai lima orang detektif yang mencuba untuk menangkap sebuah organisasi jenayah. Bagi tujuan siasatan, mereka perlu menyamar dan penyamaran mereka berjaya membuatkan para penonton tertawa dan terhibur.
5. Dream (2023)
Dream (2023) akan menonjolkan kolaborasi antara Park Seo Joon dan IU. Filem ini bermula dengan krisis karier yang dialami oleh seorang pemain bola sepak iaitu Yoon Hong Dae (Park Seo Joon). Yoon Hong Dae kemudian diarahkan untuk menjadi jurulatih bagi sebuah pasukan yang terdiri daripada orang-orang yang baru pertama kali bermain bola sepak.
Filem Dream adalah karya terbaru garapan pengarah Lee Byung Hun yang akan ditayangkan secara rasmi pada 26 April nanti.
Baca Juga: 5 Filem Korea Bakal Tayang April Ini