Home Anime 5 buah sekolah paling berhantu dan menyeramkan dalam anime

5 buah sekolah paling berhantu dan menyeramkan dalam anime

0

Sekolah berhantu dan menyeramkan memang salah satu tema yang sangat menarik dan selalu dibahaskan baik dari mulut ke mulut atau di adaptasi menjadi filem atau media hiburan lainya.

Kisah sekolah paling berhantu memang ada daya tarikan tersendiri. Dulu sewaktu anda masih di bangku sekolah pasti juga pernah dengar kisah seram mengenai sekolah anda bukan?

Ternyata sekolah berhantu juga sering digunakan dalam siri anime dan dapat kisahnya digarap dengan cukup baik untuk memeriahkan jalan cerita.

Berikut ini adalah 5 buah sekolah paling berhantu dan menyeramkan dalam anime, jom sama-sama kita lihat:

1. Amanogawa Elementary School (Ghost Stories)

Sekolah paling berhantuSekolah ini pasti tidak asing bagi anda generasi 90-an. Anime Ghost Stories atau dikenali juga dengan tajuk Ghost at School adalah salah satu anime yang pernah menemani masa kecil kita semua dan ia juga merupakan sekolah paling berhantu antara banyak-banyak anime yang ada.

Menceritakan tentang sekumpulan pelajar yang perlu menenangkan berbagai-bagai roh yang berkeliaran. Sekolah dalam siri tersebut Amanogawa Elementary School merupakan salah satu sekolah paling berhantu apalagi di bangunan lamanya yang bahkan sering ada penampakan di siang hari.

Yang sudah menonton siri ini adakah anda masih ingat dengan hantu Amanojaku?

2. Karasumori Academy (Kekkaishi)

9f5e91ea 2253 4398 ad30 9a0a49422baeKekkaishi adalah anime yang menceritakan tentang para pemburu makhluk ghaib yang berkawal di malam hari untuk melindungi kota. Karakter utama dalam anime ini adalah pelajar sekolah yang bernama Yoshimori dan Tokine yang merupakan pelajar kelas 1 sekolahnya. Mereka berdua ini bersekolah di Karasumori Academy yang merupakan sekolah satu yang menggabungkan menengah atas dan bawah. Sekolah itu adalah latar dimana makhluk ghaib sering muncul.

Kono Karasumori Academy dibina di atas tanah yang menyimpan banyak tenaga spiritual yang disukai oleh makhluk ghaib. Sebab itulah mengapa banyak makhluk menakutkan yang muncul di sekolah ini untuk mengganggu para pelajarnya. Walaupun sudah dilindungi oleh Yoshimori dan Tokine namun para makhluk ghaib masih berlegar-legar sekolah ini. Juga merupakan salah satu sekolah paling berhantu yang harus ditonton oleh peminat anime seram!

3. Heavenly Host Elementary School (Corpse Party)

a86135f7 1e65 464d bb24 4651d96548c6 1Sekolah yang menjadi latar anime seram sadis Corpse Party, Heavenly Host Elementary School adalah sebuah sekolah paling berhantu dan ghaib yang menyeret para pelajarnya yang cuba bermain permainan tradisional Sachiko Ever After. Sekolah ini dulunya adalah sekolah kegemaran yang menjadi rebutan para pelajar baru namun ditutup dan dirobohkan setelah tragedi pembunuhan yang melibatkan staff sekolah.

Para pelajar yang tersedut masuk sekolah ini akan dihantui oleh berbagai-bagai jenis syaitan dan juga akan diburu dan dibunuh oleh roh pembunuh yang berkeliaran. Sekolah ini juga mempunyai kekuatan magik untuk meracuni fikiran para mangsanya. Sesiapa sahaja yang lama terperangkap akan kehilangan akal dan menjadi gila, bahkan turut menjadi psikopat dan memburu kawan-kawannya.

4. Yomiyama North Middle School (Another)

617fa67f 8419 4257 b30a f106997a9a81Melihat gambar atas ini sahaja, kita boleh tahu bahawa sekolah paling berhantu dalam anime Another ini lebih subtle dalam menunjukkan sisi seramnya namun masih sangat ngeri dan membuatkan penonton merasakan aura mistik. Yomiyama North pada awalnya adalah sekolah biasa namun setelah tragedi bunuh dari seorang murid contoh pada tahun 1972, sekolah ini sudah tidak sama lagi. Bahkan mendapat jolokan sebagai “Closer to Death”.

Sekolah ini disebut mempunyai sumpahan terutamanya kelas 9-3 yang menyebabkan banyak kematian terjadi di sekolah ini setiap tahun. Karakter utama dalam anime ini adalah Misaki yang mempunyai kekuatan untuk melihat “warna kematian” untuk menjangkakan siapakah yang akan menjadi korban sumpahan berikutnya. Misaki dibantu oleh Koichi akhirnya cuba untuk menghentikan sumpahan di sekolah Yomiyama ini.

5. Tokyo Jujutsu High

9d4c840d 6d81 4042 87ee 5942b09941ebJujutsu Kaisen merupakan salah satu anime shonen bertemakan supernatural yang sangat popular sekarang ini. Anime garapan studio MAPPA ini menampilkan kehidupan para Jujutsu Sorcerer, satu panggilan untuk para manusia dengan kemampuan khas yang boleh melihat dan memusnahkan roh dan raksasa berkeliaran atau dalam animenya disebut Curse Spirit.

Mereka yang memiliki kelebihan dan berpotensi untuk menggunakan tenaga spiritual direkrut untuk bersekolah di sekolah khas sorcerer bernama Tokyo Jujutsu High dimana mereka akan belajar sekaligus berlatih menjadi sorcerer (ahli sihir). Jujutsu High juga menyimpan banyak curse spirit ada yang sudah dijadikan penunggu dan pembantu dan ada juga yang menjadi mangsa buli buat para pelajar disana.

Daripada semua 5 sekolah paling berhantu yang tersenarai di atas, sekolah manakah paling menyeramkan bagi anda? Adakah anda mempunyai pengalaman mistik di sekolah dahulu? Pasti menyeramkan! Kongsikan dengan kami dibawah ya!

Baca lagi: 10 Filem Anime, Kutipan Tertinggi Sepanjang Zaman
Baca juga: 10 Filem Adaptasi Novel Terbaik Sepanjang Zaman