Home News 5 Cara Elak Kena Tipu Dengan Skim Cepat Kaya

5 Cara Elak Kena Tipu Dengan Skim Cepat Kaya

0

Sepanjang hidup anda, pasti banyak anda dengar kisah orang ditipu ribuan ringgit oleh scammer sehingga menangis dan jatuh sakit kerana telah bergadai segala harta. Ada yang sanggup jual harta untuk masuk skim tersebut namun akhirnya semua hilang entah ke mana.

duit hilang

Zaman sekarang kita sudah bijak kerana tidak lagi mudah tertipu dengan skim-skim sebegitu, namun anda kena ingat. Jika kita semakin pandai, scammer pun makin pandai. Banyak idea-idea baru yang digunakan untuk memperdayakan kita terutamanya golongan tua.

Berikutan merupakan cara-cara untuk mengelakkan kita kena tipu dengan skim cepat kaya.

skim cepat kaya

Antaranya, pastikan anda membuat research(kajian) terlebih dahulu sebelum melaburkan wang. Buat kajian tentang skim tersebut serta nama pemilik syarikat tersebut. Jika dia ada kad perniagaan, cuba telefon nombor tersebut atau anda pergi sendiri ke pejabat urusan bagi memastikan kesahihan. Jangan mudah-mudah percaya cakap rakan yang berkata skim tersebut boleh dipercayai. Entah-entah rakan anda itu pun subahat kepada skim tersebut..

Baca juga : Pengantin Request Bergambar Di Bukit Bintang, Sekali Reaksi Pelancong Pula Raih Perhatian Ramai

Baca juga : Hanya Berkenalan disini, Jejaka Malaysia Ini Temu Jodoh Orang Jepun

Selain itu, Janji bulan bintang. Anda kena ingat, tiada jalan mudah untuk kaya. Jika mereka menawarkan anda untuk berikan pulangan yang besar dalam masa singkat janganlah percaya. Contohnya, “Kalau akak bagi RM5000 harini minggu depan dah jadi RM8000, mudah-mudah je untuk RM3000..” – Tolonglah jangan percaya ayat manis macamtu. Kalau lah betul apa yang dia cakap, dah ramai orang Malaysia yang kaya raya. Tak perlu kerja penat-penat.

lebur

Seterusnya, anda boleh terus telefon Bank Negara Malaysia untuk dapatkan pengesahan. Anda boleh layari laman web mereka untuk dapatkan senarai sindiket atau syarikat yang terlibat dengan pengubahan wang haram

banknegara

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram