Home Drama/Filem Jepun 5 Drama dan Filem seram Thriller Jepun Ini Bawa Kisah Misteri yang...

5 Drama dan Filem seram Thriller Jepun Ini Bawa Kisah Misteri yang Mengerikan

0

Dunia filem selalu berjaya membuatkan penonton kekal setia dengan menghasilkan filem-filem berkesan dan pesanan yang positif, dari berbagai-bagai jenis filem yang dihasilkan, genre seram adalah sangat digemari.

Jalan cerita yang kadang kala klise itu jugalah yang membuatkan para penonton menonton dan terus berfikir bagaimanakah jalan cerita seterusnya dalam sesebuah filem dan drama. Tidak hairanlah jika filem seram juga memiliki rating yang tinggi di setiap negara termasuk di Jepun.

Banyak drama dan filem seram thriller Jepun yang dihasilkan oleh pengarah yang senior dan faham tentang sejarah, oleh itu muncul drama dan filem seram thriller Jepun yang berkesan dengan elemen mistik dan sadis.

Berikut dibawah ini adalah lima drama dan filem seram thriller Jepun bertemakan misteri yang menarik untuk anda tonton!

 

1. Crows Blood

Drama siri jepun yang dibintangi oleh ahli kumpulan 48 group ini boleh tahan menyeramkan, perkara-perkara sadis ditampilkan dalam episod pertama. Terdiri dari 6 episod dengan ruang waktu 30 minit, drama seram Jepun ini menyajikan sebuah cerita di luar jangkaan anda, bermula dari pelajar baru yang aneh dan mula menyebarkan virus.

 

2. Densen uta

Filem seram thriller Jepun Densen Uta yang bererti ‘lagu bunuh diri’ ini juga perlu anda tonton, bermula dengan seorang pelajar di sebuah sekolah khas perempuan.

Dia berjalan di sekitar lorong dan dia mendengar melodi misteri yang berasal dari auditorium. Di sana dia bertemu kawan sekelasnya lalu terkejut ketika mendengar lagu itu kemudian berniat bunuh diri selepas lagu tersebut berakhir.

Beberapa hari kemudian, seorang demi seorang pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu membunuh diri mereka sendiri. Dibintangi oleh ahli AKB48 sekaligus menjadikan filem ini laris dan mendapat pujian dari para peminat kerana filem tersebut terasa sangat hidup!

 

3. Ghost Theater

Sara ialah seorang pelakon muda yang mendapat peranan kecil dalam drama panggung (teater) yang diarahkan oleh Gota Nishikino. Sara dikagumi oleh pelakon terkemuka Aoi dan Kaori,, yang berlatih keras setiap hari. Tetapi kemudian, seorang anggota kakitangan wanita dijumpai mati di teater.

Filem seram thriller jepun

Semasa polis sedang menyiasat keadaan, Aoi jatuh dari balkoni dan tidak sedarkan diri. Kerana kecederaan yang teruk, dia tidak dapat melakonkan watak utama, Gota memberikan watak itu kepada Sara. Sara tidak mengetahui bahawa dia kini berada dalam bahaya!

 

4. Teketeke

Filem seram thriller Jepun yang ditayangkan pada tahun 2009 ini mengangkat kisah dari legenda Jepun juga! Teke-teke adalah hantu wanita separuh badan yang merangkak dengan kedua tangannya. Dia mati dengan tubuh yang terpotong menjadi dua kerana dilanggar kereta api.

IMG 1337

Rohnya berkeliaran dan menghantui sesiapa pun yang dia mahukan. Bahkan lebih menyeramkan adalah sosok hantu teke-teke dalam filem ini juga akan memotong tubuh mangsanya menjadi dua sepertinya juga.

 

5. Sadako vs Kayako

Sadako vs Kayako, filem seram thriller Jepun ini ditayangkan pada tahun 2016. Tontonan ini menampilkan pelbagai perkara yang berbeza. Dua hantu legenda Jepun bersatu dalam satu filem, Sadako dari filem The Ring dan Kayako dari The Grudge.

Mengisahkan tentang Natsumi yang menjadi target dua hantu ini. Dia juga mendapat dua sumpahan. Pertama, dia melihat video terlarang dan kedua, dia masuk ke rumah puaka milik Kayako dan Toshio.

5 drama dan filem seram thriller Jepun yang tersenarai di atas memang cukup menegangkan, memiliki jalan cerita epik yang boleh membuatkan anda terpaku.

Jika anda ingin menonton salah sebuah senarai tontonan di atas, jangan tonton sendirian ya, lagi-lagi jika anda “hati tikus”!

Baca lagi: 5 Filem Seram Thriller dengan Elemen Supernatural yang Boleh Ditonton di Netflix

Baca juga: 10 Filem Seram Thriller Bawa Tema Kawan Imaginasi, Ketakutan yang Menghantui