Dalam industri hiburan, Jepun memang begitu identikal dengan filem seram, anime dan juga manga.
Bukan hanya itu, para pengkarya seni dari negara Sakura itu juga turut menerbitkan drama Jepun yang boleh dinikmati oleh semua orang.
Drama Jepun atau juga disebut dengan dorama biasanya menyajikan jalan cerita yang unik dan menarik. Dari semua genre, thriller merupakan salah satu genre yang paling digemari ramai.
Berikut dibawah ini adalah lima pilihan drama Jepun genre thriller misteri yang pasti akan memacu adrenalin anda. Mari sama-sama kita lihat.
1. Erased (2017)
Diadaptasi dari sebuah manga popular karya Kei Sanbe, jalan cerita siri drama Jepun bertajuk Erased ini fokus pada seorang lelaki yang bernama Satoru Fujinuma (Furukawa Yuki). Dia memiliki kebolehan istimewa iaitu dapat melakukan perjalanan ke masa lalu demi mencegah perkara buruk terjadi.
Oleh sebab kemampuan uniknya itu, Satoru memutuskan untuk kembali ke masa lalu demi mencari pembunuh mendiang ibunya. Dia percaya bahawa kematian ibunya berkaitan dengan kes penculikan kanak-kanak yang terjadi 18 tahun lalu.
2. Unnatural (2018)
Drama Jepun Unnatural menceritakan tentang seorang pakar patologi bernama Mikoto Misumi (Satomi Ishihara) yang percaya bahawa pasti ada kebenaran di setiap kematian. Perkara inilah yang menyebabkan dia tekad untuk mengungkap kebenaran di sebalik kes kematian yang dianggap aneh dan sukar untuk diselesaikan.
Diarahkan oleh oleh Ayuko Tsukahara dan Yoshiaki Murao, siri drama ini mengemaskan genre thriller misteri dalam balutan dunia perubatan dengan sangat berjaya. Tidak hairanlah jika Unnatural yang memiliki 10 episod itu berjaya menggondol banyak anugerah di International Drama Festival tahun 2018.
3. The Journalist (2022)
Seorang wanita bernama Anna Matsuda (Ryoko Yonekura) merupakan wartawan yang dikenali sangat jujur dan memiliki dedikasi tinggi dalam bekerja. Dia tidak takut untuk membongkar skandal kes rasuah dalam kerajaan.
Bagi Anna, kebenaran dan keadilan perlu ditegakkan tanpa memilih bulu. Walau begitu, tentu bukannya mudah untuk mencapai apa yang diinginkannya, mereka yang terlibat tidak akan berdiam diti begitu sahaja apabila mereka diusik.
4. Alice in Borderland (2020)
Jika anda adalah peminat Squid Game, maka dorama ini perlu anda tonton. Siri ini menceritakan tentang seorang lelaki bernama Arisu Ryohei (Kento Yamazaki) yang terperangkap dalam dunia paralel. Di dalam dunia paralel tersebut, Arisu bersama beberapa orang lain perlu bermain permainan yang membawa maut. Jika mereka gagal dalam permainan, maka nyawa mereka yang menjadi taruhan.
5. DCU: Deep Crime Unit (2022)
Sebuah pasukan yang dikenali sebagai Deep Crime Unit (DCU) dibentuk khas oleh Japan Coast Guard. Diketuai oleh Niina Masayoshi (Abe Hiroshi), kumpulan ini bertugas untuk mencari bukti serta mayat yang merupakan mangsa pembunuhan yang disembunyikan dalam air.
Selain itu, kumpulan ini juga bekerja sama dengan pihak polis untuk menyiasat kes jenayah yang belum diselesaikan. Dibintangi oleh para bintang berbakat besar seperti Abe Hiroshi, Ryusei Yokohama, Shuri dan juga Ikusaburo Yamazaki.
Drama-drama thriller ini memang menarik dan memiliki keunikan tersendiri. Semua drama Jepun di atas boleh dijadikan tontonan bagi anda para peminat drama Jepun.