Drama-drama Jepun terkenal dengan cerita yang sarat dengan nilai-nilai kehidupan. Membuatkan para penonton sering memikirkan semula tentang erti hidup selepas menonton drama-drama Jepun.
Menariknya lagi, terdapat drama Jepun yang diangkat kisah benar yang sangat menarik untuk ditonton. Selain menghiburkan, drama-drama Jepun tersebut juga sangat memberi inspirasi.
Bagi anda yang tertarik untuk menonton, berikut ini adalah cadangan drama Jepun yang diangkat dari kisah benar.
1. Byouin no Naoshikata (2020)
Cerita drama ini berdasarkan kisah Hospital Aizawa di Bandar Matsumoto. Akibat
pengurusan yang teruk dan hutang piutang, hospital itu berada di ambang kehancuran dan bakal muflis. Kemudian, muncul Dr. Shuhei Arihara yang berusaha menyelamatkan hospital itu.
Dr. Shuhei meninggalkan kerjayanya di Tokyo. Dia dibantu oleh Ryosuke Kurashima
iaitu Wakil Ketua Bank Shinkai dan Divisyen Pinjaman. Lalu, adakah mereka berjaya
menyelamatkan Hospital Aizawa?
2. Kurokouchi (2013)
Drama yang menarik ini berjudul Kurokouchi. Drama Jepun ini menceritakan tentang
detektif Keita Kurokouchi yang menyiasat bersama detektif baru dan agak naif. Keita memeras ugut ahli politik untuk mendapat wang serta mendapatkan maklumat. Dengan cara itu, Keita berjaya menyelesaikan banyak kes.
Bermula dari kecurigaan yang besar, detektif baru itu bekerja sama dengan Keita. Mereka menjadi pasukan yang hebat hingga berjaya mengungkapkan kes-kes yang sukar.
3. A Litre of Tears (2005)
Sebelum menonton, siapkan tisu yang banyak kerana cerita ini sangat meruntun perasaan. A Litre of Tears menggambarkan kisah Ikeuchi Aya yang menghidap penyakit kronik. Penyakit itu tidak ada ubatnya, sehingga keadaan pesakit akan semakin memburuk hari demi hari.
Penyakit berbahaya itu meragut sebahagian besar kemampuan dan kebolehan Aya. Dia tidak boleh bercakap, berjalan, menulis, dan juga menelan. Dalam keadaannya yang semakin parah, Aya terus hidup serta berusaha melalui hari demi hari yang terasa sangat berharga.
4. Kokoro no Kizu Wo Iyasu to Iu Koto (2020)
Kokoro no Kizu Wo Iyasu to Iu Koto merupakan salah sebuah drama Jepun yang
paling memberi inspirasi. Kokoro no Kizu Wo Iyasu to Iu Koto secara umum menceritakan tentang kisah hidup seorang pakar psikiatri yang bernama An Kazutaka. Hidupnya makin membahagiakan apabila berkahwin dan memiliki anak.
Hingga suatu hari, gempa bumi terjadi di Jepun. Dia dan keluarganya turut terkesan
dengan bencana itu. Semasa melihat keadaan sekitar, An Kazutaka berusaha
membantu mangsa gempa bumi sebagai seorang pakar psikiatri.
5. Tenno no Ryoriban (2015)
Drama Jepun ini tentang Akiyama yang mengalami perubahan hidup selepas memakan katsu yang enak. Akiyama adalah lelaki muda yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Suatu hari, dia makan katsu dan mula terinspirasi untuk menjadi tukang masak.
Uniknya, dia nekad mahu menjadi tukang masak masakan Perancis. Bukan sekadar keinginan, Akiyama ternyata serius dengan impiannya itu. Dia melakukan perjalanan dari Tokyo hingga ke Paris untuk belajar kulinari.
Demikian 5 drama Jepun yang diangkat dari kisah benar yang sangat memberi inspirasi. Jangan lupa untuk menonton ya!