Home Drama/Filem Jepun 5 Drama Jepun Tentang Kisah Seram dan Gangguan yang Dialami Pelajar Sekolah

5 Drama Jepun Tentang Kisah Seram dan Gangguan yang Dialami Pelajar Sekolah

0

Adakah anda peminat cerita seram Jepun? Jika anda meminati filem dan drama seram Jepun, anda perlu menonton drama-drama Jepun ini yang sangat mencengkam perasaan dan boleh membuatkan bulu roma anda merinding.

Menariknya, latar tempat bagi cerita juga pelbagai, dari hospital hinggalah ke sekolah. Berikut ini adalah beberapa buah pilihan drama Jepun genre seram berlatarkan sekolah yang boleh menemani malam hari anda.

 

1. Death Note (2016)

Drama jepunDrama Jepun Death Note menceritakan tentang seorang pelajar terbaik di seluruh Jepun yang bernama Light Yagami yang merasakan bahawa kehidupan ini membosankan dan penuh dengan orang jahat. Suatu hari, dia menemui buku catatan yang bertulis “Death Note”.

Dikatakan bahawa buku ini dapat membuatkan orang lain meninggal dunia dengan menulis nama mereka. Ketika Light mula membunuh lebih ramai orang, seorang detektif terkenal yang menyebut dirinya sebagai L mula mengambil alih kes Light dan berusaha untuk menghentikan kejahatannya. Adakah L akan berjaya menghentikan Light?

 

2. Death Cash (2016)

36bfe45b 9857 4ab5 8a8a b80d68d363aeDrama Jepun Death Cash mengisahkan tentang Minami Yuka yang merupakan seorang pelajar biasa namun memiliki kebolehan tersembunyi iaitu dapat melihat kematian orang lain. Hingga suatu hari, kawan Yuka tiba-tiba meninggal dunia dan terdapat wang kertas 10 000 yen berserakan di sekitar mayat kawannya.

Sejak itu, semakin ramai orang di sekeliling Yuka yang meninggal dunia secara misteri. Salah seorang detektif yang menangani kes ini iaitu Detektif Takeshi Wakamoto (Shigeyuki Totsugi) bekerja sama dengan Yuka untuk mengejar kematian misteri bersama-sama. Bagaimanakah cara mereka memecahkan misteri tentang kematian orang-orang di sekeliling Yuka?

 

3. Crow’s Blood (2016)

b896ae6e 3e4d 4ebe 8e6f 5783bcbce695Crow’s Blood mengisahkan tentang pelajar sekolah menengah yang bernama Isozaki Kaoru (Watanabe Mayu) yang menjadi curiga terhadap pelajar yang baru berpindah iaitu Togawa Maki (Miyawaki Sakura) selepas berlaku banyak kejadian aneh terjadi di sekolahnya.

Kaoru bekerja sama dengan Sawada Takeshi, editor muda sebuah majalah yang fokus pada kisah supernatural untuk mengungkap kebenaran tentang Maki serta ayah Maki iaitu Dr. Seto Akihito. Mampukah Kaoru mengungkap kebenaran di sebalik semua kejadian di sekolahnya?

 

4. Re: Mind (2017)

1adb5e35 2c5d 4a47 99c5 18d5d33840afRe:Mind mengisahkan tentang sebelas orang pelajar perempuan sekolah menengah yang tiba-tiba terbangun di ruangan misteri di sekitar meja makan dengan kaki yang diikat di bawah lantai. Hingga akhirnya mereka menyedari bahawa semua yang berada di ruangan tersebut berasal dari kelas yang sama dan diculik pada hari yang sama.

Dengan menggunakan pelbagai petunjuk di sekitar ruangan tersebut, mereka perlu mengingati cara mereka menyakiti satu sama lain jika ingin melarikan diri. Adakah usaha mereka untuk melarikan diri dari ruangan misteri tersebut akan berjaya?

Baca lagi: 3 Drama Jepun Genre Thriller Ditayangkan pada Julai 2024, Adaptasi Sky Castle Salah Satunya

5. Higurashi no Naku Koro Ni (2016)

ef5706c9 5be1 4bd3 99f6 83e4f2c1d971Drama ini bermula dari perpindahan Keiichi ke sebuah kampung pegunungan terpencil pada awal musim panas. Di awal perpindahannya, dia berkawan rapat dengan sekumpulan gadis dan mula menikmati kehidupannya di kampung.

Namun, dia baru mengetahui bahawa pada setiap musim panas, di kampung tersebut terjadi pembunuhan berturut-turut. Lambat kelamaan, dia mula mencurigai Rena, Mion, dan beberapa orang lain yang mungkin terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Kejadian-kejadian aneh mula menghampiri Keiichi. Tiba-tiba sahaja sebilah jarum jahit ditemui di dalqm makanannya, dia dikejar oleh lelaki misteri, dan terlibat dalam kemalangan yang boleh membunuhnya. Adakah Keiichi akan selamat dari kejadian yang membawa maut ini?

baca lagi: 5 Drama dan Filem seram Thriller Jepun Ini Bawa Kisah Misteri yang Mengerikan
baca juga: 12 Drama Jepun yang Membahagiakan, Angkat Tema Restoran yang Penuh Kisah Kehidupan