Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Angkat Kisah Body Shaming, Padat Pengajaran

5 Drama Korea Angkat Kisah Body Shaming, Padat Pengajaran

0

Drama Korea menghidangkan pelbagai cerita yang menarik dan menghiburkan. Drama Korea tentang kisah body shaming berjaya memaparkan masalah serius yang dikemaskan dalam balutan komedi, romantisme, dan tentunya membawa pesanan moral yang dapat diambil oleh setiap penonton.

Body shaming sangat identikal dengan kisah ejekan mengenai berat badan, bentuk badan, dan lebih meluas pada wajah yang biasanya mengenai kecantikan dan ketampanan. Kisah dalam drama Korea mengenai body shaming sangat menyayat hati bagi sesiapa sahaja yang menonton kerana perasaab geram terhadap orang-orang yang mengejek-ejek penampilan luar seseorang.

Berikut dibawah adalah beberapa buah drama Korea yang mengangkat kisah tentang body shaming.

 

1. Perfume (2019)

Drama koreaPerfurme menceritakan tentang Min Jae-hee (Ha Jae-suk) yang mempunyai pengalaman hampir bunuh diri dan menghabiskan nyawa suaminya yang bernama Kim Tae-joon kerana merasa tidak dihargai. Suaminya secara terang-terangan curang di depan Jae-hee dan sering kali menghina bentuk badan isterinya sendiri. Sedangkan Jae-hee melepaskan masa mudanya yang gemilang dan bersinar begitu sahaja selepas berkahwin dengan suaminya Kim Tae-joon.

Pengorbanannya adalah pilihan yang sia-sia. Niat Jae-hee yang serong terhenti apabila dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang memberinya minyak wangi yang dapat mengubahnya menjadi muda dan menawan, dia boleh menggapai impiannya untuk mendapatkan tubuh yang ideal dan disayangi ramai orang.

 

2. She Was Pretty (2015)

dc6ab73c 182e 4096 920d 06e2aca3e4f3Drama Korea She Was Pretty mengisahkan tentang Ji Sung-joon (Park Seo-joon) seorang pengarah di sebuah majalah fesyen terkenal. Sebelum menjadi orang popular, ketika masih kecil dia memiliki tubuh yang gemuk dan wajah yang kurang menarik sehingga sering menjadi bahan ejekan oleh kawan-kawannya.

Oleh sebab itu Sung-joon tidak mempunyai kawan, namun ada seorang gadis cantik yang bernama Kim Hye-jin (Hwang Jung-eum) yang sudi berkawan dengannya. Dia merupakan kawan baik yang selalu menghiburkan Sung-joon ketika dia merasa trauma kembali.

 

3. Oh My Venus (2015)

7b611c55 690f 414f 932e ba9ea207791dDrama Korea Oh My Venus ini mengangkat kisah Kim Young-ho ( So Ji-sub) seorang trainer bintang Hollywood terkenal yang lahir dari keluarga kaya tetapi mengalami kecederaan sejak kecil yang membuatnya kadang kala merasa sakit pada tubuhnya.

Dia bertemu dengan Kang Joo-eun (Shin Min-ah) yang merupakan seorang peguam yang mempunyai masalah berat badan yang membuatkan penampilannya tidak menarik. Kekasihnya curang dengan gadis yang lebih cantik dan mempunyai tubuh yang ideal. Kedua-duanya bertemu dan menyusun rancangan untuk membalas dendam terhadap lelaki tersebut.

 

4. The Miracle (2016)

b0b3ea26 37fd 49cf bf06 2d19a9de2bc5

The Miracle menceritakan tentang sepasang anak kembar yang berbeza nasib. Si-yeon sering menjadi bahan ejekan orang ramai keraba penampilannya yang sering dibandingkan dengan Shin-ah yang membesar dengan keadaan fizikal yang dikagumi oleh ramai orang.

Akibatnya, Shi-yeon memilih untuk menyendiri di rumah supaya tidak dihina oleh orang sekeliling. Hingga suatu hari dia bertemu dengan penilik nasib misteri yang memberinya kad terup. Pertemuan tersebut mengubah nasib anak kembar ini.

 

5. My ID is Gangnam Beauty (2017)

a93f1106 fcb1 4198 9a65 25d51f565e09My ID is Gangnam Beauty ini menceritakan tentang Kang Mi-rae (Im Soo-hyang) yang sangat pemalu kerana penampilannya yang buruk. Dia selalu diejek oleh kawan-kawannya semasa bangku sekolah. Perkara tersebut membuatnya ingin melakukan pembedahan plastik dan meminta izin ibunya untuk mengubah penampilannya sebelum melangkah ke universiti. Kang Mi-rae berubah menjadi cantik namun tetap dengan perwatakannya yang pemalu.

Memasuki tahun pertama, dia menjadi gadis paling cantik dan hebat di kampusnya. Akibat masa lalu yang sering dibuli, dia memandang orang lain berdasarkan penampilan luaran mereka. Mi-rae mendapat banyak perhatian, namun kadang kala tetap diejek kerana telah melakukan pembedahan plastik.

Mengejek dan membuli kerana rupa paras dan bentuk badan orang lain yang tidak seberapa adalah perbuatan terkutuk. Perbuatan body shaming ini boleh menyebabkan kesihatan mental mangsa buli terjejas. Jangan sesekali kita terjerumus dengan perbuatan keji seperti ini. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: 5 Drama Korea Tentang Cinta yang Bertepuk Sebelah Tangan
Baca juga: 4 Drama Korea Tentang Bapa Saudara dan Anak Saudara, Terbaru A Shop For Killers