Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea dari ENA Terbaik dengan Rating Paling Tinggi, Ada yang...

5 Drama Korea dari ENA Terbaik dengan Rating Paling Tinggi, Ada yang Berjaya Meraih Anugerah Baeksang

0

Saluran ENA merupakan salah sebuah saluran TV kabel Korea yang memang popular. Beberapa drama yang terkenal seperti Extraordinary Attorney Woo, Summer Strike, Unlock My Boss, Moon in the Day, dan juga yang terbaru Crash telah ditayangkan di saluran ENA.

Berjumlah 12 episod, Crash baru sahaja tamat dengan rating 6.6 peratus untuk episod terakhirnya. Drama Korea dari ENA yang dibintangi oleh Lee Min Ki ini merupakan drama dengan rating tertinggi kedua di saluran ENA.

Bersama Crash, beberapa buah drama Korea dibawah ini merupakan drama Korea dari ENA dengan rating tertinggi yang ditayangkan di saluran ENA. Mari sama-sama kita lihat.

 

1. Extraordinary Attorney Woo (2022)

b16056a3 827c 47e5 a641 0e59f99e9001Extraordinary Attorney Woo berjaya menampilkan kisah yang menarik dengan watak-watak yang sukar dilupakan. Drama Korea dari ENA ini meraih rating 17.5 peratus dan merupakan drama Korea saluran ENA dengan rating tertinggi. Hasil kejayaan dan popularitu drama ini, drama ini berjaya meraih banyak anugerah. Antaranya, Park Eun Bin memenangi Daesang di Baeksang Arts Awards 2023.

Woo Young Woo (Park Eun Bin) lahir sebagai anak yang menghidap autisme. Walau begitu, ayahnya menyedari bahawa sejak kecil Young Woo gemar membaca terutamanya buku undang-undang dan pandai menghafal. Oleh sebab itu, Young Woo dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Seoul dalam jurusan undang-undang dan kini dia bekerja di salah sebuah firma guaman terbesar di Korea. Young Woo juga memiliki otak yang sangat cerdas dalam menyelesaikan kes yang diterima.

 

2. Crash (2024)

6c21f399 5adf 4a64 9ec0 3c4834489e2d 1Terbaru adalah drama Korea dari ENA, Crash menampilkan pelbagai kes yang terjadi di jalan raya. Sebahagian besar kes kelihatan seperti kemalangan biasa, tetapi tetap tampil dengan plot twist yang menarik. Drama ini semakin mengujakan dengan kehadiran watak yang memiliki kisah masing-masing. Drama Korea dari ENA Crash ini berjaya meraih rating 6.6 peratus dan menjadi drama rating tertinggi kedua di saluran ENA.

Crash (2024) merupakan drama yang berjaya menarik perhatian ramai yang dibintangi oleh Lee Min Ki, Kwak Sun Young, dan juga Heo Sung Tae. Drama ini mengisahkan tentang sekumpulan detektif yang bertugas dalam TCI (Traffic Crime Investigation). Kes-kes jenayah trafik yang terjadi merupakan tanggungjawab mereka untuk disiasat.

3. Not Others (2023)

Drama korea dari ENANot Others tampil dengan jalan cerita yang sederhana, tetapi terasa dekat dengan kehidupan seharian. Kisah duo ibu-anak yang menjadi tarikan tersendiri. Kisah drama ini semakin menarik dengan kehadiran kes jenayah yang perlu diselesaikan. Drama Korea dari ENA ini berjaya meraih rating 5.5 peratus untuk episod terakhirnya.

Not Others adalah drama siri yang dibintangi oleh Choi Sooyoung, yang ditayangkan pada 17 Julai 2023. Drama siri yang diadaptasi dari web komik berjudul Namnam karya Jung Young Rong ini menceritakan tentang Eun Mi (Jeon Hye Jin) yang perlu menjadi ibu tunggal sewaktu dia masih menjadi pelajar sekolah menengah. Dia akhirnya membesarkan anak perempuannya yang diberi nama Jin Hee (Choi Sooyoung) seorang diri.

 

4. The Kidnapping Day (2023)

Drama korea ENAThe Kidnapping Day berakhir dengan rating 5.2 peratus. Selain itu, Yu Na dengan lakonannya yang memukau berjaya menggondol Best New Actress di Baeksang Arts Awards 2024. The Kidnapping Day diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama.

Drama Korea dari ENA ini ditayangkan sebanyak 12 episod pada tarikh 13 September hingga 25 Oktober 2023. Drama ini dapat ditonton melalui platform Prime Video. The Kidnapping Day dibintangi oleh Yoon Kye Sang, Park Sung Hoon, Yu Na, Kim Shin Rok, Kim Sang Ho, Seo Jae Hee, dan Kang Young Seok.

The Kidnapping Day menceritakan tentang seorang ayah yang terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak kerana masalah kewangan. Tanpa disangka-sangka, kanak-kanak yang diculiknya memiliki kecerdasan otak di atas paras normal. Mereka akhirnya menjadi semakin rapat dan saling melindungi antara satu sama lain.

 

5. Longing for You (2023)

Drama koreaBukan hanya konfliknya yang rumit, Longing for You semakin menarik dengan kehadiran watak-watak yang mempunyai motif tersendiri. Drama Korea dari ENA ini berakhir dengan rating 4.1 peratus.

Drama ini mengisahkan tentang kes pembunuhan misteri yang melibatkan adik seorang detektif yang sebelum ini telah dipersalahkan dengan tuduhan palsu. Namun, selepas dibebaskan, adiknya menjadi mangsa.

Abangnya, detektif Jin Seong, berusaha mencari kebenaran disebalik kes tersebut, namun dia menemui kebenaran yang tidak terjangka berkaitan dengan keluarganya sendiri. Dengan pelbagai permainan kotor dan konspirasi, rahsia terungkai satu persatu, sementara suasana tegang dan ketakutan semakin memuncak.

Kelima-lima drama Korea di atas merupakan drama dengan rating tertinggi yang ditayangkan di saluran ENA. Semua cerita berpusat pada masalah undang-undang dan tampil dengan konflik yang unik dan juga kompleks.

Baca lagi: 5 Drama Korea Tampilkan Kisah Pengawal Peribadi dengan Misi Balas Dendam! Gabungan Genre Aksi dan Romantik
Baca juga: 5 Drama Korea Bulan Jun 2024 dengan Rating Tinggi, Connection Mendahului

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here