Drama Korea tentang kisah cinta umumnya berakhir bahagia. Dengan watak utama wanita dan lelaki akhirnya saling bersama. Sayangnya tidak semua drama Korea menyajikan kisah yang membahagiakan.
Beberapa buah drama Korea juga memiliki jalan cerita dengan kisah akhir yang tragis dan menyedihkan, seperti perpisahan akibat kematian.
Berikut dibawah ini adalah 5 pilihan drama Korea dengan kisah cinta yang berakhir tragis.
1. Empress Ki
Drama Korea ini memiliki 51 episod. Kisah tentang seorang wanita bernama Ki Seung Nyang (Ha Ji-won), yang merupakan rakyat Goryeo namun berusaha menjadi permaisuri kerajaan Yuan. Untuk mencapai impiannya dia menjadi gundik dan berkahwin dengan Raja Yuan, Ta Wan atau Toghon Temur (Ji Chang Wook).
Sebenarnya Seung Nyang mencintai Wang Yoo (Joo Jin-Mo) raja Goryeo yang dijatuhkan kerana sebuah fitnah. Wang Yoo yang juga mencintai Seung Nyang tetapi terpaksa merelakan Seung Nyang menjadi gundik Ta Wan kerana dia mengetahui niat Seung Nyang adalah untuk balas dendam pada kerajaan Yuan yang telah berbuat jahat pada rakyat Goryeo.
2. Remember
Drama Korea ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Jin Woo (Yoo Seung Ho) yang memiliki penyakit hyperthymesia. Ini membuatnya memiliki daya ingatan yang kuat dan daya ingatannya hampir sempurna. Jin Woo kemudian menjadi peguam kerana ingin menyelamatkan ayahnya dari tuduhan membunuh.
Suatu hari dia bertemu dengan seorang wanita bernama Lee In Ah (Park Min Young) yang juga membantunya menyelesaikan kes. Persamaan mereka membuatkan mereka saling jatuh cinta. Sayangnya, selepas menyelesaikan kes ayahnya, Jin Woo hilang ingatan akibat penyakit alzheimer.
Pengakhiran kisah ini sangat menyedihkan kerana Jin Woo tidak lagi mengenali Lee In Ah.
3. Uncontrollably Fon
Drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2016 ini dibintangi oleh pelakon tampan Kim Woo Bin dan artis cantik Bae Suzy. Menceritakan tentang No Eul (Bae Suzy) dan Shin Joon Young (Kim Woo Bin) yang berkawan sejak kecil namun terpisah. Apabila dewasa, kedua-dua mereka bertemu kembali.
Joo Young telah menjadi seorang penyanyi dan pelakon terkenal di Korea. Dia bijak, tampan, dan menarik. Sementara No Eul bekerja sebagai wartawan. Pertemuan tersebut membuatkan kedua-dua mereka saling jatuh cinta.
Sayangnya akhir kisah ini sangat menyedihkan. Di tengah-tengah kebahagiaan hubungan mereka, Joon Young disahkan akan hidup tidak lama lagi akibat penyakit kanser yang dihidqpinya. Mereka akhirnya dipisahkan oleh maut.
4. The Last Empress
The Last Empress merupakan drama yang berlatarkan istana Korea masa kini. Drama ini menceritakan tentang Oh Sunny (Jang Na-ra), artis muzikal yang kurang berjaya. Dia sangat meminati Putera Mahkota Lee Hyuk (Shin Sung Rok). Tiba-tiba sebuah insiden membuatkan Oh Sunny berkahwin dengan Lee Hyuk. Oh Sunny sangat bahagia.
Sayangnya, selepas menjadi sebahagian dari keluarga diraja, Sunny tahu bahawa banyak perkara tidak kena berlaku dalam istana. Perebutan kuasa hingga saling berbunuhan seolah-olah perkara biasa sahaja. Sunny juga tidak mengetahui bahawa dia selama ini ditipu oleh Lee Hyuk. Dia sakit hati dan ingin balas dendam. Untuk bertahan hidup di istana, Sunny dibantu oleh Na Wang Shik (Choi Jin Hyuk), pengawal istana yang juga ingin balas dendam pada Lee Hyuk kerana putera mahkota itu telah membunuh ibu Na Wang Shik.
Walau pada akhirnya Lee Hyuk benar-benar mencintai Oh Sunny, namun Lee Hyuk mati secara tragis di tangan ibunya sendiri kerana perasaannya tersebut. Sementara itu Na Wang Shik yang sejak awal menjaga Oh Sunny, juga mati dengan tragis dalam sebuah letupan bom demi melindungi Oh Sunny.
5. Something Happened in Bali
Kisah bermula sewaktu Jeong Jae-min (Jo In-sung) mengikuti secara rahsia tunangannya bercuti ke Bali bersama seorang lelaki bernama Kang In-wook (So Ji Sub). Jae-min kemudian balas dendam dengan mendekati seorang guide iaitu Lee Soo-jeong (Ha ji-won). Namun Jae-min jatuh cinta dengan Soo-jeong. Sayangnya, latar keluarga yang berbeza membuatkan Soo-jeong tidak dapat bersama Jae-min. Tambahan pula Jae-min memiliki perwatakan yang buruk.
Sementara itu, Soo-jeong yang kerap mengalami kesukaran selalu mendapat bantuan dari In-wook yang akhirnya membuatkan mereka sering bersama. Banyak kejadian membuatkan mereka bertemu dan saling berhubung. Semakin kerap Soo-jeong bersama In-wook, Soo-jeong semakin faham bahawa sebenarnya hatinya adalah milik Jae-min. Tapi, Jae-min yang terlalu cemburu buta membuatkan keadaan hancur lebur. Dibakar api cemburu, dia membunuh In-wook dan Soo-jeong di Bali.
Drama yang ditayangkan pada tahun 2004 ini cukup fenomenal. Drama ini juga membuatkan nama Jo In-sung dan So Ji Sub semakin meletup waktu itu!
Jangan lupa menonton ya jika anda suka kisah-kisah seperti ini!