Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea dengan Kisah Ringan dan Kurang Konflik, Tontonan Santai

5 Drama Korea dengan Kisah Ringan dan Kurang Konflik, Tontonan Santai

0

Drama Korea merupakan salah satu hiburan apabila terasa bosan. Bukan sekadar hiburan biasa, penting untuk memilih tema dan jalan cerita yang menarik.

Genre romantik, komedi, dan slice of life merupakan pilihan tepat untuk ditonton ketika sedang bersantai. Jalan cerita yang ringan dan kurang konflik tidak akan membuatkan anda tertekan dan pening kepala.

Berikut dibawah ini adalah 5 buah drama Korea yang boleh ditonton ketika sedang bersantai:

 

1. Her Private Life

Drama koreaHer Private Life adalah drama komedi romantik dari tvN yang ditayangkan pada tahun 2019. Siri ini meraih populariti tinggi kerana jalan ceritanya yang menarik.

Dibintangi oleh Park Min Young, drama Korea ini mengisahkan tentang Sung Deok Mi yang merupakan seorang penjaga di galeri seni. Dia juga merupakan seorang fansite dan peminat nombor 1 anggota kumpulan idola Kpop yang bernama Shi An (Jung Jaewon).

Suatu hari, Ryan (Kim Jae Wook) mula bekerja sebagai pengarah baru di galeri seni tempat Sung Deok Mi bekerja. CEO tampan itu tanpa sengaja mengetahui rahsia Deok Mi sebagai fansite. Kedua-duanya saling bekerja sama ketika Sung Deok Mi terjerat khabar angin sedang bercinta dengan Shi An dan membuatnya diserbu oleh para peminat yang melakukan protes.

 

2. Oh My Venus

a8a75cfc 2d6a 4e50 b26d 22d3c06ceb9fOh My Venus adalah drama komedi romantik yang juga mengusung tema tentang kecergasan dan kesihatan. Drama Korea ini ditayangkan oleh KBS2 pada tahun 2015. Kisah bermula apabila Kim Young Ho (So Ji Sub) didatangi oleh seorang wanita bernama Kang Joo Eun (Shin Min Ah) yang memintanya menjadi jurulatih kecergasan. Dia meminta bantuan agar tubuhnya boleh kembali seperti dulu.

Sebelum mengalami berat badan berlebihan, Joo Eun merupakan wanita cantik yang digelar sebagai ‘Venus (Dewi Kecantikan) Daegu’. Setelah menjadi gemuk, dia ditinggalkan kekasihnya, Im Woo Shik (Jung Gyu Woon), yang curang dengan sahabat Joo Eun iaitu Oh Soo Jin (Yoo In young).

Baca juga: 4 Drama Korea Romantik tentang Ibu Tunggal yang Menemui Cinta Kembali

3. Something About 1 Percent

ad18eb9d e79b 45da 974e 8233e616ee3e

Something About 1 Percent atau yang juga dikenali dengan tajuk 1% of Something adalah drama komedi romantik yang ditayangkan pada 2016.

Disiarkan sebanyak 16 episod, drama Korea ini mengusung tema tentang jodoh. Lee Jae In (Ha Seok Jin) adalah anak keluarga konglomerat yang diwajibkan berkahwin untuk mewarisi kekayaan datuknya. Dia kemudian diminta mengahwini Kim Da Hyun (Jeon So Min), seorang guru sekolah yang pernah menolong datuk Jae In ketika pengsa. Datuknya kemudian mengatur jodoh mereka.

 

4. My Secret Romance

4c4e8659 8de0 41f6 a442 641a3e7cf9deMy Secret Romance adalah drama Korea komedi romantik dari OCN yang ditayangkan pada tahun 2017. Siri ini menceritakan tentang hubungan cinta satu malam antara seorang lelaki kaya yang bernama Cha Jin Wook (Sung Hoon) dan Lee Yoo Mi (Song Ji Eun) yang sedang mencari pekerjaan.

Mereka bertemu kembali semasa Yoo Mi diterima bekerja di sebuah syarikat. Tanpa disangka, dia bekerja di bawah Cha Jin Wook.
Bekerja sebagai pakar gizi, Lee Yoo Mi dituntut untuk menjaga dan memasak makanan untuk Jin Wook yang kerap bersikap menyakitkan hati.

 

5. Romance is a Bonus Book

da8ed6de 57e2 42d4 b5a9 f7464970a52fRomance Is a Bonus Book adalah drama komedi romantik dari tvN yang disiarkan pada tahun 2019. Drama Korea ini dibintangi oleh Lee Jong Suk. Lee Jong Suk membawa watak sebagai Cha Eun Ho (Lee Jong Suk), penulis berjaya yang menjadi ketua redaksi termuda di sebuah syarikat penerbitan.

Dia bersahabat dengan Kang Dan Yi (Lee Na Young) yang mempunyai pelbagai masalah hidup. Kang Dan Yi telah bercerai dan menjadi ibu tunggal yang berusaha menanggung keluarganya dengan bekerja.

Suatu hari, Kang Dan Yi yang kehilangan tempat tinggal diam-diam mendiami rumah Eun Ho dengan berpura-pura menjadi pembantu rumah. Penyamarannya terbongkar ketika dia mencari kerja di syarikat Eun Ho.

Jangan lupa untuk menonton ya! Sangat sesuai untuk ditonton ketika sedang berehat dan bagus untuk menenangkan otak yang kepenatan seharian.

Baca lagi: 5 Pilihan Drama Aksi Korea di Netflix, Antara Yang Terbaik, Mendebarkan dan Mencemaskan
Baca juga: 5 Drama Korea Romantik Ini Tiada Babak Ciuman, Paling Sweet