Beberapa buah drama Korea yang menyajikan jalan cerita yang menarik serta mendebarkan telah berjaya diterbitkan pada tahun 2024.
Senarai drama Korea genre seram dibawah ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penonton. Tidak terkecuali, drama-drama seram Korea yang pastinya selalu berjaya memberikan rasa seram dan meremang bulu roma.
Adakah anda menikmati setiap drama Korea genre seram yang ditayangkan pada tahun 2024 ini, atau banyak yang terlepas daripada perhatian anda?
Berikut adalah senarai drama Korea genre seram menarik bagi tahun 2024:
1. The Bequeathed
Drama The Bequeathed dibintangi oleh Kim Hyun Joo dan Park Hee Soon. Ia mengisahkan tentang Yoon Seo Ha yang secara tiba-tiba mewarisi sebidang tanah perkuburan keluarga selepas kematian seorang bapa saudaranya yang tidak pernah dikenalinya.
Dengan membawa tema berkaitan konflik keluarga dan kepercayaan mistik, drama ini berjaya menyajikan pelbagai babak mendebarkan yang sukar dilupakan.
2. Grand Shining Hotel
Drama Grand Shining Hotel menceritakan tentang Song Woo Bin, seorang ketua syarikat penerbitan yang secara tidak sengaja terperangkap di dalam dunia fiksyen sebuah novel seram.
Dalam dunia novel itu, dia bersama beberapa watak lain menjadi sasaran. Sepanjang perjalanan, Song Woo Bin perlu menghadapi rahsia-rahsia mengejutkan yang tersembunyi di setiap helaian cerita.
3. Tarot
Drama Tarot terdiri daripada 7 episod, di mana setiap episod membawa kisah yang berbeza. Namun, terdapat satu benang merah yang menghubungkan pelbagai kejadian mistik yang dialami oleh watak-wataknya.
Beberapa peristiwa aneh berlaku dalam kehidupan seharian mereka, semuanya berpusat pada kad tarot. Watak-watak utama menerima kad tarot tertentu yang akhirnya mempengaruhi takdir mereka dengan cara yang menakutkan.
4. Light Shop
Light Shop merupakan sebuah drama yang ditayangkan pada Disember 2024 dan baru sahaja menutup tirainya, drama Korea ini telah menarik perhatian ramai kerana diadaptasi daripada webtoon karya Kang Full.
Drama ini mengisahkan sekumpulan individu asing yang masing-masing bergelut dengan trauma masa lalu. Secara misteri, mereka tertarik ke sebuah kedai lampu di hujung lorong.
Kedai itu menjadi tempat pertemuan antara kehidupan dan kematian, diurus oleh Jung Won Yeong yang bertugas sebagai perantara untuk membantu pelanggan menghadapi ketakutan paling mendalam.
5. Shaman: Whispers from the Dead
Shaman: Whispers from the Dead ialah sebuah siri dokumentari yang mengupas dunia perdukunan Korea. Dibintangi oleh Yoo Ji Tae dan Ok Ja Yeon, siri ini mendedahkan fenomena supranatural serta melihat bagaimana para dukun membantu para pelanggan mereka.
Terdiri daripada 8 episod, setiap episod menampilkan pelbagai jenis sumpahan jahat dan ritual yang digunakan untuk mengatasinya.
Adakah anda menikmati drama-drama Korea genre seram yang ditayangkan pada tahun 2024 ini?