Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 5 Drama Korea Genre Seram Pelbagai Kisah di Viu dari Misteri Thriller...

5 Drama Korea Genre Seram Pelbagai Kisah di Viu dari Misteri Thriller hinggalah Seram Romantik

0

Drama bersiri Korea lazimnya sinonim dengan menyajikan kisah cinta berunsur romantik. Namun kini, genre cerita drama Negara Ginseng semakin dipelbagaikan dengan menambahkan unsur fantasi dan perkara seram ghaib supaya ia menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.

Genre seram ini biasanya mempersembahkan cerita yang sukar difahami, dan selalunya termasuk makhluk menakutkan, roh, makhluk abadi dan kematian misteri.

Jadi, bagi anda yang bosan dengan drama percintaan yang sama, berikut adalah cadangan untuk drama Korea bergenre seram dengan pelbagai kisah dari misteri thriller hinggalah seram romantik yang anda boleh tonton di Viu!

 

 

HAPPINESS (2021)

Drama

HAPPINESS adalah salah satu daripada banyak drama Korea yang mengisahkan tentang serangan zombi. Dikatakan bahawa wabak zombi sedang merebak secara misteri di seluruh tanah besar Korea.

Ramai orang dijangkiti oleh gigitan zombi. Bagaimanapun, masih belum diketahui secara pasti dari mana datangnya wabak itu, jadi ia akhirnya merebak melalui gigitan. Disebabkan wabak zombi, keadaan sangat huru-hara.

Sementara itu, sebelum wabak zombi berlaku, seorang pegawai polis wanita bernama Sae Bom memutuskan untuk berpindah ke apartmen baharu. Dia membeli apartmen itu menggunakan subsidi yang diterimanya selepas berpura-pura berkahwin dengan bekas rakan sekolahnya yang kini juga seorang pegawai polis, Jung Yi Hyun.

Malangnya, tidak lama sebelum mereka berpindah dan memulakan kehidupan baru sebagai “pasangan”, wabak zombi berlaku. Wabak zombi merebak dengan begitu pantas, sampai ke kawasan pangsapuri yang baru diduduki oleh Sae Bom dan Yi Hyun.

Bagaimanakah kedua mereka menangani masalah ini? Jom ketahuinya dan tonton disini!

Baca lagi: Siri Antologi Seram Taiwan “Urban Horror’, Penuh Ngeri dan Misteri

THE GHOST DETECTIVE (2018)

IMG 4563

The Ghost Detective mengisahkan seorang detektif yang cuba membongkar kes pembunuhan bersiri bernama Lee Da Il (Choi Daniel), dan seorang wanita yang boleh melihat kewujudan hantu bernama Jung Yeo Wool (Park Eun Bin). Kedua-dua mereka diheret ke dalam kes rumit apabila bertemu dengan seorang wanita misteri bernama Sun Woo Hye (Lee Ji Ah).

Dalam drama ini, Jung Yeo Wool menemani Lee Da Il untuk mengetahui kebenaran di sebalik kematian abangnya. Le Da-il dan Jung Yeo-wool msncari petunjuk satu demi satu tentang apa yang sebenarnya berlaku. Terdapat satu entiti jahat yang bertanggungjawab di sebalik jenayah itu, yang membunuh ramai orang yang tidak bersalah.

Tonton disini

 

ZOMBIE DETECTIVE (2020)

IMG 4566

Zombie Detective mengisahkan seorang lelaki (Choi Jin Hyuk) yang telah menjadi zombi. Dia bersembunyi di dalam hutan selama dua tahun. Dalam persembunyian, lelaki ini mengkaji tingkah laku manusia dengan memerhatikan pergerakan penduduk kampung.

Dia melatih dirinya sehingga dia boleh berjalan dan bercakap seperti manusia. Apabila dia berasa yakin dengan keupayaannya untuk menyesuaikan diri sebagai manusia, dia berpindah ke bandar menggunakan identiti Kim Moo Young.

Di bandar, Moo Young dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berjaya menjadi seorang detektif. Semasa mengendalikan pelbagai kes, Moo Young terus cuba mendedahkan identitinya sebelum dia menjadi zombi.

Moo Young mempunyai rakan kongsi dalam kerja, seorang wanita bernama Gong Seon Ji (Park Ju Hyun). Seorang bekas penulis program wartawan penyiasatan yang mempunyai semangat optimistik, gigih dan rasa keadilan yang kuat.

Disebabkan insiden yang berlaku kepada saksi dalam kes yang dikendalikannya, Seon Jin meninggalkan pekerjaannya sebelum ini dan menjadi pembantu kepada detektif Moo Young. Mereka kemudian bekerjasama untuk menyelesaikan jenayah.

Strim disini

Baca juga: Sudahkah Anda Tonton NAFSU? Drama Seram Thriller Misteri Terbaru dari Viu Original

OH MY GHOST (2015)

IMG 4565

Oh My Ghost ialah sebuah  drama bersiri Korea  bergenre komedi romantik dengan sentuhan seram fantasi yang dibintangi oleh Park Bo Young dan Jo Jung Suk sebagai watak utama. Oh My Ghost mengisahkan seorang pembantu chef yang dirasuk hantu comel untuk mendekati bosnya.

Kisahnya bermula dengan Na Bong Sun (Park Bo Young) yang bekerja di sebuah restoran terkenal sebagai pembantu chef. Restoran terkenal tempat Bong Sun bekerja itu dimiliki oleh Kang Sun Woo (Cho Jung Seok).

Bong Sun seorang yang introvert dan mempunyai kelebihan sejak kecil iaitu deria keenam yang sebenarnya cukup mengganggu kehidupan sehariannya. Bong Sun sering tidak mendapat rehat yang cukup kerana dapat melihat makhluk ghaib yang menyukarkan dia untuk tidur pada waktu malam.

Sementara itu, Sun Woo juga bekerja sebagai chef mahir di restorannya. Wajahnya memang kacak sehingga tidak hairanlah ramai wanita yang selalu mendekatinya.

Kerana Bong Sun sering tidak cukup tidur kerana hantu, suatu hari dia ditegur oleh Sun Woo kerana tertidur ketika bekerja. Kejadian tertidur di tempat kerja bukan hanya sekali tetapi berulang kali. Ini membuatkan Bong Sun berasa tertekan kerana tidak dapat memberitahu apa yang telah berlaku kepadanya.

Kemudian suatu hari, hantu penggoda comel merasuki tubuh Bong Sun iaitu Shin Soon Ae (Kim Seul Gi). Akibat penguasaan Soon Ae, personaliti Bong Sun menjadi berbeza daripada biasa. Kali ini dia tampil yakin, ceria, dan tegas.

Sun Woo yang terkejut dengan perubahan Bong Sun sebenarnya kagum dengan perubahan sikap yang dialami Bong Sun. Ini membuatkan Sun Woo mula menyimpan perasaan teehadap Bong Sun.

Anda boleh tonton siri ini disini!


LOVELY HORRIBLY (2018)

IMG 4564

Lovely Horribly mengisahkan Philip (Park Si Hoo) dan Eul Soon (Song Ji Hyo) yang dilahirkan pada hari yang sama dan pada masa yang sama. Malangnya, persamaan ini sebenarnya membawa malapetaka kepada nasib mereka berdua. Jika salah seorang daripada mereka gembira, yang lain tidak gembira. Apabila seorang bernasib baik, yang lain mendapat nasib malang.

Semasa mereka kecil, Philip dan Eul Soon bertemu dalam sejenis ritual nasib malang. Di sana, Philip mengambil rantai bertuah Eul Soon. Akibatnya, selama 34 tahun, Philip sentiasa bertuah dalam hidupnya dan telah menjadi bintang terkenal. Sementara itu, Eul Soon sentiasa mengalami nasib malang, kerjayanya sebagai penulis skrip drama tidak pernah membawa kejayaan.

Sehari sebelum usia mereka mencecah 34 tahun, Philip dan Eul Soon dipertemukan semula oleh takdir untuk bekerjasama dalam pembikinan sebuah drama. Dari sini banyak kejadian aneh berlaku. Lebih-lebih lagi berkenaan senario yang ditulis oleh Eul Soon. Setiap perkara dan kejadian yang Eul Soon tulis dalam senario bertajuk “Kisah Cinta Hantu” sebenarnya akan berlaku di dunia nyata dan dialami oleh Philip.

Nak tahu bagaimana kisah selanjutnya? Haruslah tonton di Viu! Drama Korea akan dapat strim sehingga 12 Ogos 2024 sahaja, jadi pastikan anda tonton sebelum ia dikeluarkan dari Viu!

Semua drama Korea diatas pasti memberikan pengalaman menonton yang menyeramkan tetapi juga menghiburkan. Jadi, pastikan anda tonton dan strim hanya di Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai siri dari pelbagai negara Asia tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: “Good Partner” Ditulis oleh Peguam Perceraian Sebenar, Menggabungkan Pakatan Hebat Jang Na Ra dan Nam Ji Hyun
Baca juga: The Auditors Membawa Genre Thriller Misteri, Bahas Isu Jenayah dan Rasuah