Drama Korea Connection (2024) mengisahkan tentang cabaran dan dugaan detektif Jang Jae Kyung (Ji Sung) dalam menyelesaikan kes-kes di Divisyen Pencegahan Dadah. Kali ini, kes dadah yang ditanganinya berkaitan dengan misteri kematian kawan lamanya.
Situasi berubah menjadi semakin sukar selepas Jae Kyung diculik oleh orang yang tidak dikenali. Lebih teruk lagi, tubuhnya tiba-tiba menjadi terpaksa bergantung dengan dadah selepas penculikan tersebut.
Ternyata, situasi tersebut tidak jauh berbeza dengan kisah watak-watak dalam lima drama Korea di bawah ini. Mereka juga pernah diperangkap menjadi penjenayah hingga terpaksa berjuang membersihkan nama mereka kembali.
Jika anda meminati jenis drama begini, mari sama-sama kita lihat lima cadangan drama Korea jenayah misteri yang hampir serupa dengan Connection seperti berikut ini.
1. Defendant (2017)
Drama Korea ini juga dibintangi oleh Ji Sung sebagai pelakon utama yang bernama Park Jung Woo. Dia adalah seorang pendakwa raya kelas atasan dalam Pejabat Pendakwa Raya Daerah Pusat Seoul. Selain berjaya dalam kerjaya, Jung Woo juga memiliki kehidupan yang bahagia bersama isteri dan anaknya.
Malangnya, Jung Woo terbangun dengan keadaan yang berbeza dengan dirinya pada suatu pagi. Nama baiknya hancur apabila tiba-tiba didakwa sebagai pembunuh isterinya. Lebih teruk lagi, Jung Woo tidak mengingati bagaimanakah kejadian tersebut terjadi hingga berjaya membuatkan penonton berteka-teki. Tidak ada jalan lagi, dia terpaksa memperjuangkan keadilan dengan caranya sendiri walau melalui banyak rintangan.
2. One Ordinary Day (2021)
Kim Hyun Soo (Kim Soo Hyun) merupakan seorang pelajar biasa. Malangnya, dia dituduh melakukan pembunuhan yang kejam dalam semalaman sahaja. Hyun Soo yang sedang dibawah pengaruh alkohol tidak dapat mengingati dengan jelas kejadian tersebut. Dia terbangun dan mendapati teman wanita yang minum bersamanya telah mati dengan tragis di sampingnya. Wanita tersebut meninggal dunia dengan banyak kesan luka tikaman yang brutal.
Di samping itu, terdapat Shin Joong Han (Cha Seung Won) sebagai peguam kelas tiga. Dia berusaha membantu Hyun Soo walau tidak semudah yang dibayangkan. Tambahan pula, sistem undang-undang seperti menutup kebenaran kes yang sedang dihadapi oleh pelajar tersebut.
3. Delightfully Deceitful (2023)
Drama Korea ini dibintangi oleh Chun Woo Hee sebagai Lee Ro Um. Gadis tersebut diingati sebagai kanak-kanak dengan ingatan yang genius semasa kecil. Kehebatan Lee Ro Um mencuri perhatian Yayasan Jeokmok yang memberi biasiswa untuk kanak-kanak berbakat yang luar biasa.
Malangnya, pelajar-pelajar berbakat yang direkrut diajarkan cara melakukan jenayah seperti menggodam, menipu, dan juga menaik taraf senjata api. Lee Ro Um dan kawan-kawannya merancang untuk melarikan diri dari sana. Tidak berjaya bebas, ibu bapa Lee Ro Um dibunuh oleh orang-orang suruhan yayasan tersebut.
Dia juga dijadikan suspek dan pesalah kes pembunuhan ibu bapanya sendiri. Bertahun-tahun kemudian, Lee Ro Um bebas dari kurungan selepas menjalani hukuman. Dia mengumpulkan kembali kawan-kawan lamanya untuk balas dendam kepada Jeokmol. Memudahkan kerjanya, ada seorang peguam yang bersedia menyertai rancangan Lee Ro Um.
4. Wonderful World (2024)
Eun Soo Hyun (Kim Nam Joo) merupakan seorang profesor psikologi dan penulis buku terkenal. Dia kehilangan anaknya akibat kemalangan semasa suaminya menyiasat jenayah yang dilakukan oleh salah seorang calon presiden. Mengejutkan apabila pesalah yang membunuh anaknya tersebut tidak mendapat hukuman tetapi dibebaskan.
Soo Hyun yang sakit hati dan berusaha untuk membalas dendam. Dia akhirnya menjadi pembunuh hingga menerima hukuman penjara selama bertahun-tahun. Soo Hyun menjalani hidupnya dengan jiwa yang kosong. Tambahan pula, masalah-masalah yang lebih kompleks muncul silih berganti dalam kehidupannya.
5. Nothing Uncovered (2024)
Seo Jung Won (Kim Ha Neul) seorang wartawan yang hebat mengungkap kes-kes besar para ahki politik. Situasi ini menyebabkan banyak pihak yang berdendam kepadanya. Seterusnya, kehidupan Jung Won bertambah sukar apabila kecurangan suaminya terungkap.
Lebih teruk lagi, wanita simpanan suaminya ditemui mati dibunuh. Situasi membingungkan ini memerangkap Jung Woo sebagai suspek utama. Dia berkerja sama dengan seorang detektif untuk mengungkap kebenaran kes tersebut.
Kelima-lima drama Korea tersebut memiliki penceritaan yang hampir sama dengan drama Connection. Walau demikian, setiap drama Korea ini mempunyai pesona tersendiri yang membuatkan para penonton terpukau. Jangan lupa untuk masukkan ke dalam senarai tontonan anda ya!