Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Ini Beri Pengajaran Supaya Jangan Mudah Mempercayai Orang yang...

5 Drama Korea Ini Beri Pengajaran Supaya Jangan Mudah Mempercayai Orang yang Baru Dikenali

0

Kes penipuan pada zaman sekarang makin rancak berleluasa. Banyak perkara boleh menjadi penyebab orang boleh tertipu dengan mudahnya.

Ada yang percaya dengan keuntungan yang besar, dan ada juga yang tertipu kerana penampilan fizikal seseorang. Sebenarnya, kita boleh lebih berwaspada dengan perkara-perkara sebegini.

Anda boleh melihat contoh lima drama Korea berikut ini. Drama Korea ini banyak mempertontonkan kepada kita tentang aksi-aksi penipuan yang dilakukan, sehingga kita mendapat gambaran cara untuk mencegah terpedaya dengan penipuan.

Berikut dibawah ini adalah 5 cadangan drama Korea yang boleh membuatkan kita berwaspada dengan kebaikan orang yang baru dikenali.

 

1. Mother (2018)

IMG 0651Drama Korea ini menceritakan tentang seorang wanita yang merupakan seorang guru yang bernama Kang Su Jin (Lee Bo Young). Dia mengambil seorang murid yang diseksa oleh ibu bapanya sendiri di rumah sebagai anak angkatnya. Namun, banyak halangan dan rintangan bagi Kang Su Jin dalam melindungi muridnya itu. Dia pernah ditipu oleh seorang wanita yang kelihatan baik pada awalnya tapi mempunyai niat jahat yang tersembunyi.

Baca juga: Agak Underrated, 9 Drama Korea Tentang Psikopat yang Penuh Misteri, Kisah Jenayah Ngeri

2. Squad 38 (2016)

IMG 0652

Baek Sung Il (Ma Dong Seok) adalah seorang pegawai cukai yang mencari golongan chaebol yang mengelak untuk membayar cukai. Dia merekrut seorang bekas penipu hebat yang bernama Yang Jeong Do (Seo In Guk). Yang Jeong Do membantu Baek Sung Il dalam meneruskan aksinya dalam menipu golongan chaebol tersebut. Yang Jeong Do sering berpura-pura untuk menjadi pelanggan dan menipu serta memeras wang dari golongan chaebol tersebut.

 

3. Private Lives (2020)

IMG 0653

Dua watak utama iaitu Cha Joo Eun (Seohyun) dan Lee Jung Hwan (Go Kyung Pyo) merupakan penipu yang hebat. Target mereka adalah golongan chaebol dan mereka menyimpan banyak rahsia yang akan menganiaya ramai orang. Melalui drama Korea ini kita juga mendapat pengajaran untuk tidak mudah mempercayai orang yang baru dikenali. Di sebalik kebaikan yang ditawarkan oleh orang baru ini, ternyata menyimpan maksud dan tujuan lain.

 

4. Cafe Minamdang (2022)

Drama koreaSeorang bekas detektif kini menjadi seorang dukun dan penipu. Dia bernama Nam Han Joon (Seo In Guk). Pekerjaan sebagai dukun menarik para pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatannya. Dia menipu dengan bermanis mulut dan meyakinkan para pelanggannya untuk mempercayainya.

 

5. Legend of the Blue Sea (2016)

5d387112 6606 4569 a435 6746f4b4d297

Pekerjaan untuk watak utama dalam drama ini adalah seorang penipu yang mencari karya seni dan barang-barang antik dengan harga tinggi. Watak utama adalah Heo Joon Jae (Lee Min Ho). Dia menggunakan penampilan fizikalnya yang menawan untuk menarik perhatian para mangsa-mangsanya. Kerana kepakarannya dalam menipu, dia sangat sukar untuk ditangkap oleh pihak berkuasa.

Ingat, zaman sekarang memang banyak penipuan berlaku. Jangan kita mudah terpedaya dengan janji manis orang asing dan orang yang baru dikenali. Tiada sesiapa yang akan memberikan kita kesenangan secara percuma, jangan lupa untuk menonton drama-drama Korea di atas, moga bermanfaat untuk kita semua ya!

Baca lagi: 5 Drama Korea Ini Bawa Tema Sama Seperti Drama Popular Connection, Kisah Misteri Jenayah Menarik
Baca juga: 10 Drama Korea Jenayah Thriller Tentang Jenayah Dunia Dadah yang Penuh Misteri