Terbaru Hierarki telah menjadi salah satu drama Korea yang popular, dan masih berada di antara tempat teratas dalam kategori rancangan TV di Netflix sejak ia dikeluarkan pada 7 Jun.
Namun, di sebalik kejayaannya, siri ini mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk media asing. Para pengkritik mengatakan siri ini gagal mengembangkan watak dan plot secara mendalam.
Hierarki juga dianggap tidak dapat menggambarkan intipati sebenar drama Korea kerana tiada perkembangan watak dan plot yang mencukupi.
Media asing juga menonjolkan kekecewaan penonton terhadap Hierarki. Sebahagian daripada mereka bersetuju bahawa pihak produksi telah mengeksploitasi potensi pelakonnya dengan jalan cerita yang kurang bagus.
Kritikan tajam bukan sahaja melanda Hierarki. Beberapa siri drama Korea lain sebelum ini turut mengundang kontroversi, namun ia tetap laris di pasaran dan berjaya muncul sebagai siri hits!
Berikut dibawah ini adalah beberapa drama Korea yang menuai kritikan:
Queen of Tears
Biarpun berjaya mendapat rating dua angka, Queen of Tears tidak terlepas daripada kritikan pedas penonton. Tidak sedikit netizen beranggapan jalan cerita drama Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won membosankan dan klise.
Baca juga: 7 Drama Korea 2024 Ini Bawa Genre Undang-Undang, Tonjol Kisah Jenayah yang Licik
King The Land
King The Land pada mulanya berlari dengan selamat, tetapi mula mengundang kritikan sebaik sahaja watak Putera Samir muncul. Tingkah lakunya yang tergila-gila dengan arak dan wanita sudah cukup menimbulkan kemarahan orang ramai.
Squid Game
Populariti Squid Game tidak boleh dipertikaikan. Namun, siri ini ternyata menimbulkan kontroversi kerana dianggap mempunyai persamaan dengan filem Jepun berjudul As the Gods Will yang disiarkan pada 2014 lalu.
Drama ini turut mendapat kritikan kerana dianggap mengandungi perbuatan misoginis. Misoginis adalah bentuk diskriminasi terhadap gender perempuan yang melibatkan kebencian. Seorang misoginis akan memandang perempuan sebagai pihak yang memang pantas ditindas, disudutkan, dan dieksploitasi. Seksisme dan misogini sama-sama menomorduakan perempuaan dibandingkan dengan laki-laki. Ini dapat dilihat dalam watak Han Min Yeo, seorang janda yang menggunakan tubuhnya supaya dia dapat dilindungi oleh Jang Deok Su.
Baca lagi: Suka Drama Korea Dreaming of a Freaking Fairytale? Cuba Tonton 7 Drama Ini
It’s Okay to Not Be Okay
Bukan sekadar cemuhan di media sosial, drama Korea It’s Okay to Not Be Okay malah menerima sekatan daripada Suruhanjaya Piawaian Komunikasi Korea (KCSC) selepas menerima lebih 50 aduan. Ini kerana ia mengandungi beberapa adegan kontroversi yang membawa kepada gangguan seksual, salah satunya muncul dalam episod 3
Selain itu, terdapat juga banyak adegan yang termasuk dalam kategori gangguan lisan yang eksplisit.
Nah, ini adalah beberapa drama Korea yang mendapat kritikan tetapi masih menjadi hits. Bagaimana pula pendapat anda? Dan adakah anda sudah menontonnya?