Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea ini Diinspirasikan dari Kisah Lagenda Rakyat, Menarik Sungguh

5 Drama Korea ini Diinspirasikan dari Kisah Lagenda Rakyat, Menarik Sungguh

0

Cerita legenda dalam masyarakat Korea sudah menjadi perkara yang selalu diceritakan dan diadaptasi ke pelbagai medium.

Cerita-cerita tersebut dapat ditemui dalam beberapa siri webtoon dan juga filem atau drama Korea. Cerita legenda diadaptasi ke pelbagai latar cerita, contohnya latar pada zaman Joseon dan juga latar zaman moden.

Berikut ini adalah 5 drama Korea yang berasal dari cerita legenda rakyat Korea, memuatkan banyak kisah sejarah.

1. My Roommate Is a Gumiho (2021)

Drama korea

My Roommate is Gumiho merupakan drama Korea yang berasal dari cerita legenda dan diadaptasi dari cerita webtoon dengan tajuk yang sama. Drama Koreavini cuba menampilkan legenda tersebut dalam versi moden yang menceritakan kisah romantik Shin Woo-Yeo, musang berekor sembilan yang sudah hidup selama 999 tahun dan ingin menjadi manusia.

Shin Woo-Yeo kemudian bertemu dengan Lee Dam, seorang pelajar yang tidak sengaja menelan manik-manik Woo-Yeo dalam sebuah kemalangan. Kejadian itu kemudian menjadi masalah dan mereka perlu tinggal bersama dalam satu rumah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sejak mereka tinggal bersama, kisah cinta antara dua makhluk ini mula berkembang.

Baca juga: 10 Drama Korea Tentang Orang Kaya yang Berlakon susah, Chaebol dan Raja Konon Tiada Harta

2. Tale of the Nine Tailed (2020)

2c6335f8 ce4f 443e 988a e83ebc2df4d3

Tale of the Nine Tailed merupakan drama Korea yang berasal dari cerita legenda tentang seekor musang berekor sembilan “gumiho” yang telah menetap di bandar. Sementara itu, seorang wanita yang merupakan produser televisyen sedang mengejarnya. Gumiho tersebut pernah menjadi penjaga dan dewa Gunung Baekdu. Lee Yeon (Lee Dong-wook) adalah seekor musang ekor sembilan yang sangat legenda.

 

3. Hotel del Luna (2019)

53fd90a0 d2c4 4f7d b2ff b9b73ecac1d9

Hotel Del Luna merupakan drama Korea yang berasal dari cerita legenda Jang Man-wol (IU) dan Goo Chan-sung (Yeo Jin-goo). Drama ini mengisahkan sebuah hotel yang memberi perkhidmatan kepada orang mati. Jang Man-Wol adalah CEO hotel yang telah ditakdirkan untuk menjalankan perniagaan tersebut kerana dosa yang dilakukannya.

 

4. Guardian: The Lonely and Great God (2016)

035eb403 ff13 4ba9 9719 e55c7c5aded1

Guardian: The Lonely and Great God atau Goblin merupakan drama Korea yang berasal dari cerita legenda tentang Goblin yang dikenali sebagai seorang jeneral. Dia dihukum kerana telah membunuh seorang tentera dan disumpah dengan kehidupan abadi. Satu-satunya manusia yang dapat mematahkan sumpahan tersebut adalah seorang wanita muda yang muncul 900 tahun kemudian yang ditakdirkan untuk menjadi “pengantin” goblin.

 

5. Arang and The Magistrate (2012)

8d92e5db 91a2 4b94 b66f 8e35cdb9f581

Arang and the Magistrate merupakan drama Korea yang berasal dari cerita legenda dan diangkat dari cerita rakyat tentang Arang. Dalam drama ini, Shin Min-a membawa watak sebagai Arang yang meninggal dunia secara misteri dan kembali sebagai hantu untuk mendedahkan perkara yang terjadi sewaktu dia meninggal dunia.

Sewaktu menjadi hantu, Arang berusaha mencari siapa pembunuh sebenarnya yang mesti bertanggung jawab atas kematiannya. Arang and the Magistrate juga menampilkan sebuah mitologi klasik yang bercampur dengan cerita rakyat. Walaupun disebut sebagai drama seram, nuansa kolosal drama ini lebih terasa.

Idea mengangkat kisah lagenda rakyat ke dalam versi drama bersiri adalah sangat menarik dan juga mendapat sambutan ramai. Anda sudah menonton drama yang mana? Banyak kisah lagenda Korea yang dapat kita pelajari bukan?

Baca lagi: 5 Pelakon Muka Baru Muncul Dalam Kdrama Februari 2024, Mencuri Perhatian
Baca juga: 13 Drama Korea Bawa Suasana Kampung, Pemandangan Indah dan Damai