Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea ini Fokus tentang Kisah Penyembuhan Hati dan Cara Move...

5 Drama Korea ini Fokus tentang Kisah Penyembuhan Hati dan Cara Move On, Berat Tapi Mampu Dilakukan

0

Luka hati yang dialami oleh setiap orang adalah berbeza-beza, ada yang terluka kerana trauma di masa kecil, kejadian seperti kehilangan orang yang kita sayangi juga boleh menyebabkan luka di hati. Sehingga ramai orang menyangka bahawa luka hati itu susah untuk sembuh dan kekal selamanya.
Tapi percayalah bahawa penderitaan itu bakal sembuh jika kita ada keinginan untuk sembuh dan tidak takut untuk menghadapi luka hati tersebut. Apabila sudah pulih, pasti sangat mudah untuk kita move on.

Lima drama Korea di bawah ini mempunyai plot cerita yang menampilkan kandungan tentang pemulihan luka hati, mari sama-sama kita lihat.

 

1. I’m Not a Robot

Drama koreaDrama Korea ini menceritakan tentang bagaimana karakter utama iaitu Kim Min Kyu (Yoo Seung Ho) memiliki trauma pada masa lalunya semasa masih kecil sehingga berakhir mendapat penyakit aneh apabila bersentuhan dengan manusia.

Namun, perkara tersebut beransur-ansur hilang apabila dia bertemu dengan orang yang dicintai bernama Jo Ji Ah (Chae Soo Bin). Melalui drama Korea ini, kita dapat lihat bagaimana proses pemulihan hati yang dialami oleh Kim Min Kyu dan dibantu dengan kehadiran Jo Ji Ah dengan perlahan-lahan.

 

2. Fight for My Way

28a57b05 9d85 42b9 9c49 7de6f50b0198Park Seo Joon dan Kim Ji Won merupakan pelakon utama dalam Fight For My Way yang membawa watak yang bernama Ko Dong Man dan Choi Ae Ra yang sudah lama tinggal di kejiranan yang sama dan sudah bersahabat sejak lama. Mereka berdua sama-sama berusaha untuk mengejar impian masing-masing yang sebelum ini pernah terkubur kerana hidup mereka bukanlah mudah.

Dalam mengejar impian, salah satu watak utama iaitu Ko Dong Man mengalami kesukaran kerana dia terbukti belum boleh move on dengan bekas kekasihnya yang jelas-jelas sudah meninggalkannya tanpa hati perasaan. Namun, Choi Ae Ra tidak berdiam diri, dia membantu Ko Dong Man untuk move on dan kembali mencorak hidupnya di masa depan.

Baca lagi: Suka Lovely Runner? Tonton 10 Kdrama ini

3. Suspicious Partner

7f5fb010 b2f2 434e b737 b3005e37f690 1

Luka lama akibat pernah dicurangi oleh bekas kekasih bersarang dalam diri Noh Ji Wook (Ji Chang Wook) yang merupakan seorang peguam. Dia bertemu dengan Eun Bong Hee (Nam Ji Hyun), kehadirannya menambah warna baru dan perlahan-lahan membuatkan Noh Ji Wook pulih dari luka hatinya tersebut.

 

4.The K2

8c16fe0b a06c 4232 bdfa 503689d564f7Ji Chang Wook berlakon sebagai seorang bekas anggota tentera yang bernama Kim Je Ha yang memiliki dendam kerana kekasihnya meninggal dunia tepat di hadapannya secara kejam.

Oleh sebab itu, dia menyimpan dendam kesumat terhadap pembunuh yang terus dicari. Namun, siapa sangka dia bertemu dengan Go An Na (Im Yoon Ah). Interaksi yang terjadi di antara mereka membuatkan dendam Kim Je Ha perlahan-lahan luruh dan membuatkan dirinya menjadi lebih penyayang dan lembut terhadap Go An Na.

Baca juga: Masihkah Anda Ingat? 13 Watak Villain Wanita yang Paling Dibenci dalam Drama Korea

5. Hometown Cha-Cha-Cha

971c7f63 2504 487a 8245 b591d53de005Pemulihan luka hati yang telah lama dialami oleh karakter utama iaitu Hong Du Shik (Kim Seon Ho) yang mengalami trauma mendalam di masa lalu berkaitan dengan kehilangan orang yang sangat disayanginya. Selama ini, Hong Du Shik selalu menyimpan lukanya seorang diri dan enggan membuka hati kepada sesiapa pun termasuk orang-orang terdekat dengannya.

Dia bertemu dengan seorang doktor gigi yang berasal Seoul bernama Yoon Hye Jin dan seiring berjalannya waktu, mereka berdua saling jatuh cinta. Kehadiran Yoon Hye Jin seakan-akan menjadi pemulih semangat dan membantu menyembuhkan luka yang dialami oleh Hong Du Shik selama ini kerana ketulusan hatinya dalam mendengar luahan dan selalu hadir di saat Hong Du Shik memerlukannya.

Demikian sahaja lima buah drama Korea buat anda yang sukakan cerita tentang move on dan penyembuhan luka hati. Selagi kita berusaha dan cuba untuk pulih dari luka dan trauma, pasti akhirnya kita akan berjaya untuk move on. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 6 Drama Korea Tampilkan Villain sebagai Watak Utama, Kebanyakannya Kisah Psikopat
Baca juga: 9 Drama Korea Menarik dengan Episod Pendek, Boleh Tonton dalam Masa Sehari