Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 5 Drama Korea Ini Mengisahkan Tentang Cinta Pertama yang Tidak Dapat Dilupakan,...

5 Drama Korea Ini Mengisahkan Tentang Cinta Pertama yang Tidak Dapat Dilupakan, Cinta Mati

0
Drama korea

Sudah lama dinantikan, drama Korea Serendipity’s Embrace akan ditayangkan pada 22 Julai 2024 nanti.

Drama Korea yang dibintangi oleh Kim So Hyun dan Chae Jong Hyeop ini mengisahkan tentang perjumpaan semula kawan sekolah yang juga merupakan cinta pertama masing-masing. Tampil dengan 8 episod, drama ini boleh ditonton pada setiap hari Isnin dan Selasa.

Bukan hanya Serendipity’s Embrace, beberapa buah drama Korea lain yang ditayangkan pada tahun ini juga membawakan kisah cinta pertama. Mari sama-sama kita lihat.

 

1. Serendipity’s Embrace

d8c574c7 7052 4357 9891 700acb151a57Serendipity’s Embrace mengisahkan tentang kehidupan Lee Hong Ju (Kim So Hyun) yang bekerja sebagai produser animasi. Dia takut jatuh cinta kerana pernah mengalami putus cinta yang menyakitkan. Suatu hari, dia bertemu dengan cinta pertamanya, Kang Hu Young (Chae Jong Hyeop).

Kang Hu Young merupakan pemuda bijak dan tampan. Dia ialah seorang perancang kewangan yang berjaya dan tinggal di Amerika Syarikat. Walau begitu, dia memutuskan untuk kembali ke Korea Selatan dan secara kebetulan bertemu dengab Lee Hong Ju, cinta pertamanya.

Kisah cinta Lee Hong Ju-Kang Hu Young semakin menarik dengan kehadiran dua watak lain. Kim Hye Ji (Kim Da Som), sahabat Lee Hong Ju yang bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris dan Bang Joon Ho (Yun Ji On), penulis novel popular yang berjiwa bebas.

 

2. Bad Memory Eraser

478e5696 42be 4bee b900 79887eecb469Bad Memory Eraser akan ditayangkan pada 2 Ogos 2024 di MBN. Drama ini dibintangi oleh Kim Jae Joong, Jin Se Yeon, Lee Jong Won, dan Yang Hye Ji.

Lee Goon (Kim Jae Joong) merupakan seorang pemain tenis yang hebat. Akibat kecederaan yang dialaminya, dia hilang keyakinan diri dan hidupnya berubah secara drastik. Dengan alat penghapus ingatan, dia menghapuskan memorinya dan lahir kembali menjadi seorang individu dengan keyakinan diri yang tinggi. Dia juga memanipulasi cinta pertamanya iaitu Kyeong Joo Yeon (Jin Se Yeon).

Kyeong Joo Yeon merupakan pakar psikologi dengan sifat yang sangat dingin. Dia juga sangat kekok mengungkapkan perasaan kerana pernah mengalami kejadian menyakitkan di masa lalu. Akibat manipulasi memori, dia menjadi cinta pertama palsu Lee Goon.

Sementara itu, ada juga watak Lee Shin (Lee Jong Won) yang merupakan pemain tenis nombor satu di dunia yang juga merupakan adik kepada Lee Goon. Serta watak Jeon Sae Yan (Yang Hye Ji) yang menjadi penerjemah bagi Lee Goon.

 

3. Lovely Runner

731cbb68 db89 4c2d b5be 5785e2eb6c3fLovely Runner merupakan drama Korea penjelajahan masa yang mengisahkan tentang perjalanan seorang peminat setia yang ingin menyelamatkan idolanya. Im Sol (Kim Hye Yoon) meminati Ryu Sun Jae (Byeon Woo Seok), vokalis kumpulan Eclipse. Suatu hari, dia mendengar berita idola kesayangannya meninggal dunia.

Im Sol tiba-tiba kembali ke tahun 2008 dan bertemu Ryu Sun Jae yang waktu itu masih bersekolah. Pertemuan itu membawa Im Sol pada banyak kejadian di masa lalu. Tanpa diduga, dia juga mengetahui bahawa dia merupakan cinta pertama idola kesayangannya.

 

4. Queen of Tears

1355acb1 11d1 4ff3 b32a 98dbf7033be1Queen of Tears merupakan drama tvN dengan rating paling tinggi dan mengalahkan rekod Crash Landing on You (2019). Drama ini mengisahkan tentang kehidupan perkahwinan pasangan suami isteri yang berasal dari latar belakang berbeza.

Hong Hae In (Kim Ji Won) berasal dari keluarga chaebol Queens Group. Dia berkahwin dengan Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun), cinta pertamanya yang berasal dari keluarga petani.

Kehidupan rumah tangga Hong Hae In dan Baek Hyun Woo mengalami banyak ujian. Semasa Baek Hyun Woo mahu memohon perceraian, dia mengetahui bahawa Hong Hae In sakit tenat dan mempunyai waktu yang sangat singkat untuk hidup.

 

5. Welcome to Samdal-ri

36dd525f 5767 43d4 bd8f e87b3f255884Welcome to Samdal-ri mengisahkan tentang kehidupan Cho Sam Dal (Shin Hye Sun) yang merupakan seorang juru gambar berjaya di Seoul. Dia selalu berusaha melakukan yang terbaik untuk pekerjaannya supaya dia tidak perlu pulang ke kampung halaman. Namun suatu hari, dia difitnah oleh pembantunya dan terpaksa pulang kampung ke Samdal-ri, Jeju.

Semasa berada di Samdal-ri, Cho Sam Dal bertemu dengan Cho Yong Pil (Ji Chang Wook) yang merupakan jirannya. Bukan hanya jiran tetangga, Cho Yong Pil juga mempunyai tempat khas di hati Cho Sam Dal. Lelaki itu merupakan sahabatnya sejak kecil, cinta pertama, dan juga merupakan bekas kekasihnya. Hubungan mereka yang rumit kembali dimulakan sekali lagi.

Drama-drama Korea di atas tampil dengan kisah cinta pertama. Jalan cerita yang menonjolkan konflik yang manis sekaligus membuatkan penonton jatuh hati. Para peminat drama Korea romantik perlu menonton drama-drama di atas tau!

Baca lagi: 4 Filem dan Drama Korea Sedih tentang Cinta Pertama yang Gagal, Cinta Tidak Semestinya Memiliki
Baca juga: 5 Drama Korea Menarik Tentang Kisah Cinta Zaman Remaja, Nostalgia Percintaan