Bukan hanya mengisahkan cerita romantik semata-mata, drama Korea boleh dijadikan tontonan yang tepat apabila anda melalui fasa krisis dan konflik dalam diri. Masa sukar yang sedang anda alami pasti ada jalan keluarnya, lebih-lebih lagi jika anda nekad mahu berusaha untuk bangkit dari masalah.
Berikut ini adalah beberapa buah drama Korea yang boleh membantu anda keluar dari fasa krisis dalaman tersebut.
1. Soul Mechanic (2020)
Drama yang juga dikenali sebagai Fix You ini boleh dijadikan pengajaran untuk anda. Tambahan pula jika anda ingin mendalami isu tentang kesihatan mental dan fasa krisis dalam diri. Turut diakui oleh oleh para pelakonnya, Soul Mechanic mencari jalan keluar untuk orang-orang yang berperang dengan diri sendiri.
Digarap oleh Yoo Hyun Ki, drama Korea ini sesuai untuk anda yang suka dengan genre melodrama. Cerita bermula dari Han Woo Joo (Jung So Min), seorang pelakon muzikal yang menghiburkan orang lain dengan bakatnya. Namun, dia tidak tahu bagaimanakah cara menghiburkan dirinya sendiri.
Dalam mencari jati diri, dia bertemu dengan pakar psikiatri Lee Shi Joon (Shin Ha Kyun). Interaksi mereka menghapuskan persepsi negatif masyarakat tentang masalah mental. Tambahan pula dalam drama ini, Woo Joo pernah menolak dan tidak menerima (denial) penyakit mental yang dialaminya.
2. Record of Youth (2020)
Pesanan dan pengajaran yang boleh diambil dari drama Korea Record of Youth sangat berkesan untuk anda yang memerlukan refleksi diri. Sa Hye Jun (Park Bo Gum) adalah seorang model yang bercita-cita mahu menjadi seorang pelakon. Namun dalam mengejar impiannya, dia perlu melalui banyak dugaan.
Dari tentangan dan restu keluarga, perspektif orang yang secara tidak langsung mengurangkan rasa percaya pada diri, hingga insecurity yang boleh muncul pada bila-bila masa. Bukan perkara yang mudah untuk Hye Jun memutuskan untuk terus meneruskan impiannya.
Watak ini bertemu dengan An Jeong Ha (Park So Dam), juru solek yang ingin membuka salon sendiri. Perjalanannya juga tidaklah mudah. Ada rasa kehilangan jati diri di tengah-tengah perjuangan, serta pengaruh buruk persekitaran yang berpanjangan.
3. Do You Like Brahms? (2020)
Do You Like Brahms? mengemaskan masa-masa berjuang dalam meraih impian. Park Joon Young (Kim Min Jae) dikenali sebagai seorang pemain piano tersohor dan hebat di kampusnya. Sementara itu, Chae Song A (Park Eun Bin) adalah pelajar akhir tahun yang ingin menjadi pemain biola.
Kedua-dua mereka terlibat dalam kisah romantik, tapi bukan elemen romantik itu satu-satunya yang menarik perhatian para penonton setia. Di dalamnya masih banyak pesanan moral yang berkesan di hati, seperti jatuh bangunnya Song A saat menempuh pendidikan dalam bidang muzik dan cabaran getir yang telah dilaluinya.
Kesukaran membuatnya hilang arah dan berada dalam fasa krisis identiti. Nasib baik Song A tidak menyerah kalah.
4. Summer Strike (2022)
Dalam Summer Strike, kita sebagai penonton turut menyelami kehidupan Lee Yeo Reum (Kim Seol Hyun) yang serba salah dalam segala perkara. Bekerja selama bertahun-tahun, Yeo Reum tidak mendapat layanan yang sepatutnya tatapi ditindas oleh pihak atasan dan rakan sekerjanya.
Muak dengan penindasan yang dialaminya di pejabat, dia memutuskan untuk mengundurkan diri. Yeo Reum berharap luka hatinya boleh sembuh dengan berpindah ke desa. Dengan suasana musim panas yang nyaman, dia bertemu dengan Ahn Dae Beom (Im Siwan) dan banyak mendapat pengalaman baru.
Bagi anda yang ingin melewati hari-hari sukar dalam hidup, Summer Strike sesuai menjadi tontonan anda. Masalah hidup watak utama ditambah dengan drama kehidupan di perkampungan, akan membantu anda menemui lebih banyak inspirasi.
5. Miss Night and Day (2024)
Miss Night and Day adalah salah sebuah drama Korea yang ditayangkan pada bulan Julai 2024 yang berjaya menarik perhatian sejak awal penayangannya. Drama bertemakan soul swap tersebut menceritakan tentang Lee Mi Jin (Jung Eun Ji) yang gagal masuk menjadi penjawat awam sebanyak lapan kali berturut-turut.
Kegagalan itu mengikis rasa percaya dirinya sedikit demi sedikit. Dia juga kehilangan minat pada perkara-perkara lain kerana merasa ketinggalan dari orang lain yang seusia dengannya. Sebuah perkara ajaib terjadi, Mi Jin berubah menjadi wanita tua dan kembali menjadi diri asalnya apabila malam menjelma.
Drama Korea Miss Night and Day akan membawa anda menyelami slice of life dari watak yang bernama Mi Jin dan dirinya yang baru. Perjalanan dalam menemui impian, membebaskan dirinya dari kemahuan orang lain, dan krisis dalam diri akan menjadi pengajaran berharga untuk para penonton.
Krisis dalam diri memang semestinya ditangani dengan segera. Jika tidak, perkara ini mungkin akan menjadi masalah serius yang akan mengganggu aktiviti dan kehidupan seharian. Lebih teruk lagi, krisis dalaman ini boleh turut mempengaruhi keadaan kesihatan mental.
Jadi, jangan lupa menonton drama-drama Korea diatas ya! Pasti akan dapat memberi inspirasi untuk anda!