Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Ini Tampilkan Watak Polis Komited dan Mempesona, Pelbagai Kisah...

5 Drama Korea Ini Tampilkan Watak Polis Komited dan Mempesona, Pelbagai Kisah Menarik

0

Menjaga keselamatan para penduduk sudah menjadi tugas anggota polis yang bertanggung jawab. Tugas berat ini sering kali diangkat dalam dalam dunia drama Korea.

Sehingga banyak drama Korea yang mengambil tema polis untuk dijadikan latar belakang cerita. Hasilnya, kerjaya polis dalam drama Korea kelihatan sangat hebat kerana dibawa dengan baik oleh para pelakon.

Berikut dibawah ini adalah lima buah drama Korea yang mempunyai watak polis yang komited dan juga sangat mempesonakan. Mari sama-sama kita lihat!

 

1. When the Camellia Blooms (2019)

7fdae1d1 d3af 45d1 a179 1536d654330eWhen the Camellia Blooms menceritakan tentang Hwang Yong Sik (Kang Ha Neul), seorang anggota polis yang bertugas di sebuah bandar kecil yang dikenali sebagai Ongsan. Dia mempunyai sikap yang positif dan suka menolong orang lain.

Fokusnya semakin meningkat apabila dia jatuh cinta terhadap Oh Dong Baek (Gong Hyo Jin) yang merupakan penduduk baru di kejiranannya. Sikap positif yang dimiliki oleh Hwang Yong Sik ternyata membuatkan Oh Dong Baek juga jatuh hati.

 

2. Mouse (2021)

b357c255 81d5 47f7 aaa9 89efa63521d5Dalam drama Korea Mouse, seorang anggota polis yang baru bertugas bernama Jeong Ba Reum (Lee Seung Gi) perlu menggalas tugas berat. Dia ditugaskan untuk mencari dan menyiasat kes pembunuhan bersiri yang terjadi.

Kes yang sangat serius, suspek pembunuhnya merupakan seorang psikopat yang sukar untuk dikesan. Polis hebat satu ini berusaha bermati-matian dan memerah otak untuk menyelesaikan kes sukar ini.

 

3. Hometown Cha-Cha-Cha (2021)

1967d5c5 e474 4c28 b570 0ff9e14825bdSalah satu watak polis yang paling disukai oleh para penonton setia drama korea adalah seorang anggota polis dalam drama Korea Hometown Cha-Cha-Cha. Berpindah dan memulakan hidup baru membuatkan Yoon Hye Jin (Shin Min Ah) dan sahabatnya iaitu Pyo Mi Seon (Gong Min Jeung) menghadapi banyak kesusahan. Nasib baik, mereka cepat boleh menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan baru.

Tambahan pula mereka berdua banyak dibantu oleh Choi Eun Chul (Kang Hyung Seok) yang merupakan polis yang baik hati yang suka membantu. Oleh kerana kebaikannya tersebut, Pyo Mi Seon jatuh hati padanya.

 

4. Memorist (2020)

67e4c969 c78d 450e b982 a10c115d41cbMempunyai kebolehan membaca fikiran orang lain cuma melalui sentuhan fizikal membuatkan Dong Baek (Yoo Seung Ho) direkrut oleh pihak polis dalam drama Korea Memorist. Dia ditugaskan dalam pasukan detektif untuk menyelesaikan kes jenayah. Oleh kerana dia adalah seorang detektif, penampilan pakaian Dong Baek adalah bebas sesuka hati.

 

5. Criminal Minds (2017)

Drama koreaMempunyai trauma masa lalu yang menyaksikan rajan sepasukannya dan ayahnya terbunuh membuatkan sikap Kim Hyun Joon (Lee Seung Gi) berubah menjadi dingin. Dia tidak mempunyai perasaan simpati terhadap para penjenayah ketika menjalankan tugasnya.

Perkara tersebut juga membuatnya selalu mempunyai konflik dengan rakannya sendiri kerana emosinya yang sering meluap-luap dengan mudah. Namun, polis ini mempunyai kemampuan hebat dalam melakukan penyiasatan terhadap para penjenayah.

Pasti ramai yang meminati watak polis-polis hebat dalam drama Korea bukan? Anda menyukai drama yang mana?

Baca lagi: Minat Meteor Garden? Tonton 8 Versi Drama Tersebut dari Pelbagai Negara

Baca juga: 7 Drama Korea Menarik dengan Kisah Unik dan Santai pada Tahun 2024 Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here