Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 5 Drama Korea Romantik yang Sangat Indah, Penuh kenangan

5 Drama Korea Romantik yang Sangat Indah, Penuh kenangan

0

Drama romantik memang mempunyai tempat tersendiri di hati para peminat drama Korea. Kisah cinta yang manis akan membuatkan para penonton hanyut dalam perasaan. Tambahan pula dengan kemunculan adegan-adegan mesra, membuatkan penonton tersenyum sendirian!

Berikut ini adalah 6 drama Korea menarik dengan kisah yang sangat indah yang boleh anda tonton.

 

1. My First Love

Drama koreaDrama korea romantik fantasi ini diangkat dari webtoon dengan judul yang sama. Drama ini tentang kisah seorang lelaki yang tidak boleh melupakan cinta pertamanya. Ketika dia diberi peluang untuk kembali ke 10 tahun yang lalu, dia mengambil peluang tersebut untuk kembali mengejar cintanya yang tidak berbalas.

Drama ini menyaksikan pemain bass CNBLUE iaitu Lee Jung-shin membawa watak utama buat kali pertama dalam sebuah Kdrama. Jika Anda menyukai Kdrama berdurasi singkat, drama Korea ini sesuai untuk anda kerana hanya memiliki 10 episod sahaja.

 

2. Moments of 18

88bacf7e a310 4300 83a3 b75c8dcd1065Banyak perkara yang boleh terjadi ketika anda berusia 18 tahun. kehidupan sekolah, ibu bapa yang angkuh, kawan baik yang menyeronokkan serta cinta pertama yang mengasyikkan.

Choi Joon-woo yang dipaksa berpindah ke sekolah baru sebagai hukuman atas sebuah perkara yang tidak pernah dia lakukan. Di sekolah baru, dia menjadi subjek bualan dan syak wasangka rakan-rakan sekelas barunya.

Nasib baik, kehidupannya di sekolah mula pulih dengan baik apabila dia berkawan dengan Yoo Soo-bin (Kim Hyang-gi) yang merupakan pelajar terbaik di kelas. Soo-bin sendiri memiliki masalah dengan hidupnya yang dikawal oleh ibunya. Dari sinilah kisah cinta pertama mereka bermula.

 

3. Love In The Moonlight

ad16d098 cdf4 4014 a639 b40a6bbbf873Mengisahkan tentang Hong Ra On (Kim Yoo Jung) yang merupakan seorang sida bagi Putera Lee Young (Park Bo Gum). Putera Mahkota tersebut pada awalnya tidak menyedari bahawa diantara sida-sidanya, terdapat seorang gadis yang menyamar. Namun semasa dia mula memerhatikan Ra On, dia jatuh hati padanya dan mengambil segala risiko dan pengorbanan supaya dapat bersamanya.

 

4. Flower Boy Next Door

1ad2ddd0 2cd5 4d0e 9d59 f64d869c9c7f

Go Dok Mi (Park Shin Hye) ialah gadis introvert yang lebih suka menghabiskan waktu sendirian. Dia jarang meninggalkan apartmentnya serta menganggap kemesraan dan keramahan orang lain sebagai satu gangguan. Tetapi segalanya berubah apabila Enrique Geum (Yoon Shi Yoon) menangkap Dok Mi yang sedang mengikuti jiran sebelahnya.

Enrique mempunyai perwatakan yang berbeza dengannya. Dia dengan gigih berusaha membawa Dok Mi keluar dari “persembunyiannya” dan membuat Dok Mi menemui cinta sejati. Interaksi di antara dua individu yang sangat berbeza ini sangat menarik untuk diikuti, sesuai bagi anda yang sedang ingin menonton drama Korea ringan yang santai.

 

5. Still 17

0f34c55b c6fe 436f 8ef0 926e5c881187Sikap Gong Woo Jin (Yang Se Jong) berubah sejak mengalami kemalangan tragis. Dia mengalami masalah kesukaran berkomunikasi sebagai orang dewasa seusianya, dan kesukaran untuk memperbaiki diri. Woo Jin kemudian bertemu dengan Woo Seo Ri (Shin Hye Sun), gadis yang pernah mengalami koma selama 13 tahun.

Mereka menemui persamaan nasib iaitu pernah mengalami insiden tragis semasa masih muda. Oleh sebab itulah mereka seolah-olah dapat saling menghiburkan satu sama lain dalam proses penyembuhan trauma.

 

6. Reply 1988

dc6f2c80 6df3 423d a9fc 281f05b8b677Sung Duk Seon (Hyeri) bersahabat dengan Choi Taek (Park Bo Gum) sejak kecil. Mereka menghabiskan masa bersama sepanjang waktu serta merasa selesa bersama. Tidak hairanlah jika Choi Taek jatuh cinta kepada Duk Seon. Sayangnya, perasaan yang sama juga dirasakan oleh sahabat mereka yang lain iaitu Jung Pal (Ryu Jun Yeol) ternyata juga menyukai Duk Seon.

Demikianlah 6 drama korea tentang cinta yang indah dan penuh harapan. Drama Korea mana yang membuatkan anda tertarik?

Baca lagi: Tarot, Filem dan Drama Korea Omnibus Memaparkan 7 Kisah Pendek Seram Misteri
Baca juga: 7 Filem dan Drama Korea Sains Fiksyen Bertemakan Uji Kaji ke Atas Manusia