Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Sedih Pasti Menumpahkan Air Mata

5 Drama Korea Sedih Pasti Menumpahkan Air Mata

0

Terdapat banyak drama Korea untuk dipilih dan boleh diakses dengan mudah secara atas talian. Berbagai-bagai genre dihidangkan seperti genre romanti, komedi, thriller dan juga perubatan. Semua drama ini boleh dijadikan pilihan tontonan yang pasti menghiburkan.

Jika anda meminati melodrama yang mengeksplorasi hubungan manusia dan anda menyukai kisah penuh emosi, drama Korea yang memaparkan cerita sedih dan menyayat hati adalah pilihan yang tepat. Duduk menonton dan biarkan air mata mengalir dengan drama-drama Korea sedih ini.

 

1. Youth of May (2021)

88995865 7611 448d 8da3 c4dd01c6af4dDibintangi : Lee Do Hyun, Ko Min Si, Lee Sang Yi, Keum Sae Rok

Hee-Tae dan Myung-Hee mengalami peristiwa yang tidak dijangka pada Mei 1980, di tengah-tengah semangat yang kuat dan laungan untuk demokrasi yang bergema di seluruh Gwangju. ‘Youth of May’ fokus pada kisah romantik antara jururawat Kim Myung-Hee dan pelajar perubatan Hwang Hee-Tae. Drama ini menceritakan tentang cinta dan persahabatan anak muda yang menjalani kehidupan biasa semasa zaman Pemberontakan Gwangju.

 

2. Thirty Nine (2022)

fecf1960 8adf 4692 a1c3 3e9caece0eaaDibintangi: Son Ye Jin, Jeon Mi Do, Kim Ji Hyun, Yeon Woo Jin, Lee Moo Saeng, Lee Tae Hwan

Cerita tentang tiga orang wanita yang berusia akhir tiga puluhan. Cha Mi Jo (Son Ye Jin) adalah seorang wanita berusia 39 tahun dan merupakan pengarah klinik kulit di Gangnam. Kim Seon Woo (Yeon Woo Jin) adalah seorang doktor kulit. Kawan kepada Cha Mi Jo iaitu Jung Chan Young (Jeon Mi Do) adalah jurulatih lakonan. Thirty-Nine adalah salah sebuah drama korea yang berakhir dengan kisah yang menyedihkan.

 

3. Our Blues (2022)

94db7a70 4008 48bb aba8 f4be32974939Dibintangi : Han Ji Min, Kim Woo Bin, Lee Byung Hun, Shin Min Ah, Cha Seung Won, Lee Jung Eun, Kim Hye Ja

Kisah berkisar di Pulau Jeju yang indah, dan menunjukkan berbagai-bagai masalah kehidupan sebenar yang dialami oleh setiap watak. Drama Korea ini mampu menyentuh hati ramai orang dengan paparan tentang pelbagai isu sosial penting yang memang berlaku bukan hanya di Korea Selatan, tetapi di seluruh dunia. Our Blues juga memiliki jalan cerita tentang banyak keluarga yang berurusan dengan topik seperti kehamilan remaja, kesihatan mental dan kematian orang yang dicintai.

 

4. Missing The Other Side (2020)

560a6b2b b9cf 4423 ad7c 283eb04b744dDibintangi: Go Soo, Seo Eun Soo, Ha Jun, Huh Joon Ho

Sebuah kampung didiami roh orang-orang yang hilang dan meninggal dunia. Missing the Other Side merupakan siri tentang pencarian mayat yang hilang dan menemui kebenaran di sebalik kehilangan mereka. Kim Wook (Go Soo) adalah lelaki yang tinggi sifat empati dan juga tampan. Dia melakukan penipuan untuk mencari duit. Suatu hari, dia kebetulan tiba di Kampung Duon, tempat berkumpulnya orang mati yang hilang dan dia terus mengalami banyak perkara misteri.

 

5. Snowdrop (2021)

Drama koreaDibintangi : Jisoo Blackpink, Jung Hae In

Snowdrop menceritakan kisah cinta Aktivis pelajar iaitu Eun Young-ro (Jisoo Blackpink) dan pengintip Korea Utara iaitu Lim Suho (Jung Hae-in) dengan latar belakang korea pada tahun 1987. Drama Korea ini akan membuat penonton merasa tegang,sedih dan juga terbuai emosi.

Selamat menonton dan jangan lupa sediakan tisu ya!

Baca lagi: 5 Filem Komedi Korea yang Perlu Anda Tonton, Tak Kering Gusi
Baca juga: 10 Drama Korea Komedi Romantik ini Sangat Menarik dan Menyegarkan Minda