Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Tampilkan Kisah Pengawal Peribadi dengan Misi Balas Dendam! Gabungan...

5 Drama Korea Tampilkan Kisah Pengawal Peribadi dengan Misi Balas Dendam! Gabungan Genre Aksi dan Romantik

0

Kisah balas dendam yang diangkat dalam drama Korea biasanya memiliki banyak motif tersembunyi, salah satunya dilakukan oleh pengawal peribadi yang dipercayai.

Namun, kadang kala kisah misi balas dendam yang dilakukan oleh pengawal-pengawal peribadi dalam beberapa buah drama Korea berubah menjadi kisah cinta yang menambah kesukaran dalam alur penceritaan, malah ada juga yang tidak dizahirkan perasaan mereka.

Buat anda yang ingin menonton drama Korea bertemakan pengawal peribadi dengan warna-warna aksi dan nuansa romantik, anda perlu menunggu tayangan Red Swan yang dibintangi oleh Rain pada tahun ini.

Sambil menunggu tayangan Red Swan pada 3 Julai 2024 nanti, berikut dibawah ini adalah pilihan drama Korea yang menbawa tema yang sama:

1. The K2

6cfa1c76 c80d 49d8 8c26 029abd313c7aDibintangi oleh Ji Chang Wook dan Yoona SNSD, drama tvN berjumlah 16 episod tersebut pernah menjadi fenomena pada tahun 2016. Plot cerita The K2 berpusat pada kehidupan seorang bekas tentera upahan yang bernama Kim Je Ha yang melakukan aksi balas dendam sebagai pengawal peribadi keluarga chaebol setelah kekasihnya dibunuh kejam. Balas dendam Je Ha diwarnai dengan perebutan kuasa dan konflik politik yang berakhir dengan kisah cinta dengan seorang anak perempuan rahsia seorang calon presiden.

 

2. The Last Empress

064ef99f 79f8 46b0 9eac 3c8058dd33f0The Last Empress (2018) adalah drama Korea tentang keluarga monarki moden yang menceritakan tentang pelakon muzikal yang bernama Oh Su Ni (Jang Na Ra), yang tiba-tiba berkahwin dengan raja Lee Hyuk (Shin Sung Rok). Selepas berkahwin, Oh Su Ni nekad untuk melawan kuasa istana yang penuh dengan ketidakadilan.

Dalam perjuangannya, Su Ni jatuh cinta pada Na Wang Sik (Choi Jin Hyuk) yang merupakan pengawal peribadi keluarga diraja. Sebenarnya Na Wang Sik datang ke istana untuk membalas dendam pada orang yang bertanggung jawab atas kematian ibunya. Melalui kedua-dua misi berbeza Oh Su Ni dan Na Wang Sik masing-masing menemui cinta sejati.

 

3. A Love to Kill

abe96281 d3ba 4f37 ba91 e3c9b8d3ad2aFokus utama cerita A Love to Kill adalah pada Kang Bok Gu yang menyamar sebagai pengawal keselamatan seorang pelakon terkenal yang bernama Cha Eun Seok. Balas dendam Bok Gu kepada Eun Seok bermula dari salah faham yang menyebabkan saudaranya kemalangan dan cacat. Namun, seiring berjalannya waktu bukannya membawa Cha Eun Seok pada kehancuran, Bok Gu merasa seolah-olah cintanya tumbuh semakin mendalam.

 

4. Blood Free

IMG 1145

Dalam drama Korea Blood Free (2024), sebagai CEO syarikat daging buatan BF, Yun Ja Yu (Han Hyo Joo) berhati-hati dalam meletakkan kepercayaannya kepada orang lain. Beliau berbuat demikian kerana inovasi yang dihasilkan oleh syarikatnya mendapat kritikan daripada pelbagai golongan yang berasa kurang bernasib baik. Wanita itu selalu pergi ditemani oleh pengawal peribadi. Pengawal peribadi Yun Ja Yu juga dipilih dengan teliti.

Sebagai pengawal peribadi, adalah tugas Woo Chae Won (Ju Ji Hoon) untuk menyelamatkan Yun Ja Yu dari sebarang ancaman bahaya. Bagaimanapun, dalam insiden serangan bersenjata yang dialami Yun Ja Yu dalam perjalanan ke pejabat BF, dia mempunyai pengalaman yang menakutkan dan berharga.

Lama kelamaan, Yun Ja Yu dan Woo Chae Woon bukan sahaja membincangkan hal kerja. Mereka berdua semakin selesa menceritakan pengalaman peribadi. Biarpun pada mulanya dia ditugaskan sebagai perisik untuk menyiasat penglibatan Yun Ja Yu dalam perbuatan keganasan yang menyebabkan presiden kehilangan kedua-dua kakinya beberapa tahun lalu, hubungan Yun Ja Yu dan Woo Chae Woon berkembang ke arah yang lebih menarik.

 

5. Red Swan

Drama korea

Rain kembali mengulangi wataknya sebagai pengawal peribadi dalam drama Korea akan datang Red Swan yang kali ini mempunyai plot cerita yang berbeza. Dalam sinopsis drama Red Swan, Rain akan membawa watak sebagai Seo Do Yoon yang merupakan kelulusan akademi polis dan dia sangat handal dalam seni bela diri.

Berniat untuk menjalankan misi rahsia, akhirnya Seo Do Yoon menyertai pasukan keselamatan Kumpulan Hwang dan menjadi pengawal peribadi Wan Soo (Kim Ha Neul), seorang pemain golf profesional yang berkahwin dengan anggota keluarga chaebol.

Walau tidak digambarkan secara jelas akan menampilkan kisah love line antara Rain dan Kim Ha Neul atau tidak, namun dalam trailer drama Red Swan jelas kelihatan keserasian antara Rain dan Kim Ha Neul yang tampak romantis!

Tidak lama lagi, lakonan Rain sebagai pengawal peribadi Kim Ha Neul dalam Red Swan boleh anda tonton pada 3 Julai 2024 akan datang.

Pada umumnya, watak pengawal ditampilkan dalam drama Korea untuk mengemaskan jalan cerita berlatarkan keluarga kaya dan juga mengangkat konflik balas dendam. Pastinya menarik untuk ditonton bukan?

Baca lagi: Terhibur dengan Kdrama Miss Night and Day? Tonton 7 Kdrama Ini
Baca juga: 14 Drama Korea Diraja Genre Sageuk yang Seronok untuk Ditonton

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here