Sageuk merupakan sebutan untuk drama korea yang mengisahkan zaman kerajaan Joseon. Tidak semestinya menampilkan zaman tradisional dahulu kala, ada juga drama sageuk moden yang mempunyai kisah menarik. Kebiasaannya cerita istana zaman moden ini menampilkan watak putera raja moden yang sangat mencuri perhatian!
Selain kisah putera raja dan bangsawan zaman moden, ada juga kisah tentang penjelajahan masa yang boleh anda temui dalam drama Korea sageuk moden. Bukan hanya tentang sejarah masa lalu, tetapi para penonton juga dihidangkan dengan kisah korelasi cerita dengan masa kini.
Berikut dibawah ini adalah 5 buah drama Korea Sageuk moden yang menampilkan kisah tentang putera raja moden dengan jalan cerita menarik dan segar!
1. PRINCESS HOURS (2006)
PRINCESS HOURS adalah antara drama Korea sageuk moden yang popular pada masanya. Drama ini fokus tentang kisah keluarga diraja. Watak Lee Shin (Ju Ji Hoon) merupakan watak putera mahkota yang akan meminang pujaan hatinya. Sayangnya, dia dijodohkan dengan seorang pelajar sekolah menengah tinggi iaitu Shin Chae Kyeong (Yoon Eun Hye) yang berasal dari keluarga biasa. Mereka dijodohkan kerana datuk mereka berdua pernah bersahabat di masa lalu dan berjanji untuk menjodohkan mereka.
2. ROOFTOP PRINCE (2012)
Latar drama korea ini bukan hanya berkisar pada zaman Joseon. Berlaku penjelajahan waktu dari dua zaman dan juga kelahiran semula.
Seorang putera raja dari dinasti Joseon, Lee Kak akhirnya terperangkap dalam dunia moden demi untuk menyiasat misteri kematian isterinya. Dia dibantu oleh beberapa orang bawahannya iaitu Song Man Bo (Lee Tae Ri), Do Chi San (Choi Woo Shik), dan Woo Yong Sung (Jung Suk Won) dalam melakukan penyiasatan di zaman moden.
3. THE KING 2 HEARTS (2012)
Drama ini sesuai ditonton buat anda yang menyukai genre romantik. Drama yang mempunyai latar ketika Korea di bawah pemerintahan monarki ini menampilkan watak utama Putera Lee Jae Ha (Lee Seungi). Sayangnya, dia tidak mempunyai keinginan untuk mewarisi takhta kerajaan.
Dia dijodohkan dengan Kim Hang Ah (Ha Ji Won), kapten wanita yang hebat dari Korea Utara. Walau dikenali sebagai ‘Wanita Besi’, ternyata dia adalah seorang wanita yang pemalu dan berhati lembut.
4. THE LAST EMPRESS (2018)
Drama ini mengisahkan tentang permusuhan politik dan konflik perebutan kuasa di istana Korea. Terdapat juga kisah cinta romantik antara permaisuri dan putera mahkota. Para penonton bukan sahaja disajikan dengan plot yang serius, tetapi juga akan dihiburkan dengan kisah menarik putera mahkota yang mengejar kembali cinta permaisuri hatinya.
5. THE KING: ETERNAL MONARCH (2020)
Melalui drama ini, para penonton akan dibawa untuk mengikuti perjalanan raja tampan yang dibawa ke masa depan. Raja bernama Lee Gon (Lee Min Ho) itu sudah bersedia sejak kecil untuk menggantikan ayahnya yang dibunuh oleh bapa saudaranya.
Lee Gon masuk ke sebuah portal yang menghubungkannya ke dunia paralel yang baru, iaitu Republik Korea. Di sana, dia bertemu dengan Jung Tae Eul (Kim Go Eun). Kisah cinta mereka bermula, tetapi mereka perlu saling memahami situasi aneh yang terjadi.
Demikian sahaja 5 buah drama Korea sageuk moden yang membawa cerita menarik dan plot yang mengujakan khas untuk anda. Jangan lupa menonton ya!