Drama Korea selalunya tampil dengan pelbagai genre yang akan menghiburkan para penonton. Bermacam genre seperti romantik, sageuk, jenayah, aksi, fantasi, komedi, dan sebagainya.
Salah satu genre yang merupakan kegemaran ramai adalah genre thriller. Menyajikan cerita yang penuh keterujaan dan dihiasi adegan menegangkan, drama-drama dengan genre ini mampu menaikkan adrenalin dan membuat para penonton terus menerus ingin tahu apakah yang akan terjadi seterusnya.
Berikut dibawah ini adalah antara 5 buah drama Korea thriller menarik yang penuh misteri dan debaran yang perlu anda tonton.
1. Beyond Evil (2021)
Beyond Evil dibintangi oleh Yeo Jin Goo dan Shin Ha Kyun. Drama Korea ini disebut-sebut sebagai yang terbaik pada masa tayangannya. Cerita tentang detektif bernama Lee Dong Sik yang dulunya cemerlang, tetapi kini kerjayanya makin merosot. Ketika seorang polis bernama Han Joo Won dipindahkan ke balai polis tempat Dong Sik bekerja, sebuah pembunuhan bersiri terjadi. Rupa-rupanya pembunuhan ini masih berhubung kait dengan masa lalu Dong Sik.
2. Tunnel (2017)
Tunnel adalah drama Korea yang menggabungkan genre misteri, penjelajahan waktu dan thriller. Digarap oleh pengarah Shin Yong Hwi dan penulis skrip Lee Eun Mi, Tunnel berjaya mencuri perhatian penonton tempatan dan juga global. Tunnel mengisahkan tentang detektif bernama Park Gwang Ho (Choi Jin Hyuk) di tahun 1986 yang hidupnya berubah semasa melalui sebuah terowong dalam usahanya mengejar seorang penjenayah. Terowong itu membawanya ke tahun 2016 dan menemukannya dengan Kim Seon Jae (Yoon Hyun Min), detektif pada tahun itu. Mereka bekerja sama untuk mengejar pembunuh yang ternyata masih berhubung kait dengan tahun Park Gwang Ho datang.
3. Strangers from Hell (2019)
Drama Korea seterusnya ini, Strangers from Hell atau Hell Is Other People mengisahkan tentang Yoon Jong Woo (Im Si Wan) yang berusia 20an, baru berpindah ke Seoul dan kini menjadi pekerja pelatih di sebuah syarikat. Semasa mencari tempat tinggal, die menjumpai Eden Studio, sebuah asrama murah yang boleh disewa olehnya kerana dia kekurangan wang. Jong Woo berusaha menahan diri untuk tinggal di sana hingga dia betul-betul mempunyai cukup duit untuk berpindah. Walau jiran tetangganya sangat mengganggu dan aneh, dia gagahkan jua. Tiba-tiba terjadi sebuah kejadian misteri yang membuatkan Jong Woo mula ketakutan berada di antara orang-orang di studio itu.
Baca juga: Menarik dan Mengujakan, 13 Drama Korea Keluaran Minggu Ini sehingga 3 Mac 2024
4. Extracurricular (2020)
Drama Korea original Netflix ini mengisahkan tentang Oh Ji Soo (Oji) yang merupakan seorang pelajar contoh di sekolah yang sebenarnya menyimpan sebuah rahsia besar tentang hasil pendapatannya menyara hidup. Oji menjalankan sebuah perniagaan haram yang kemudian diketahui oleh Bae Hyu Ri.
Extracurricular dibintangi oleh Kim Dong Hee (sebagai Oh Ji Soo), Jung Da Bin (sebagai Seo Min Hee), Park Ju Hyun (sebagai Bae Gyu Ri), dan Nam Yoon Soo (sebagai Kwak Ki Tae).
5. Mask Girl (2023)
Mask Girl diangkat dari webtoon bertajuk sama karya Mae Mi, diangkat sebagai mini siri Netflix oleh pengarah Kim Young Hoon. Kim Young Hoon juga turut menjadi penulis skrip untuk drama Mask Girl. Mengisahkan tentang Kim Mo Mi (dibawa oleh 3 pelakon wanita berbeza dalam 3 fasa kehidupan yang berbeza juga), yang menurut standard orang Korea mempunyai wajah yang hodoh, Mask Girl mengikuti perkembangan watak Mo Mi dari wanita yang biasa-biasa sahaja dan kemudian kemudian menjadi wanita paling berbahaya.
Sudahkah anda menonton drama-drama Korea bergenre thriller yang tersenarai di atas? Drama manakah yang menjadi pilihan anda?