Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Thriller Popular Tampilkan Suasana Tegang pada Setiap Episod, Bikin...

5 Drama Korea Thriller Popular Tampilkan Suasana Tegang pada Setiap Episod, Bikin Cemas

0

Jika anda terdengar tentang “drama Korea”, apakah yang terlintas dalam fikiran anda? Adakah tentang siri drama romantik yang akan membuat anda menangis? Atau drama yang ringan untuk ditonton bersama keluarga?

Thriller juga merupakan genre yang biasa kita dengar dalam dunia perfileman dan drama Korea. Korea memberikan berbagai-bagai pilihan genre dan salah satunya adalah genre thriller yang memang mempunyai golongan peminat tersendiri.

Berikut dibawah ini adalah 5 pilihan drama Korea bergenre thriller yang boleh anda tonton dan pasti membuatkan anda merasa tegang, selamat menonton.

 

1. Saling membunuh untuk merampas Kekayaan dalam siri Penthouse

Drama koreaMenceritakan tentang beberapa buah keluarga yang tinggal di bangunan apartment Hera Palace yang bersaing antara satu sama lain untuk menjadi yang terbaik.
Ketegangan mula terjadi apabila ada penghuni apartment yang meninggal dunia kerana terjatuh dari tingkat atas Hera Palace. Siapakah pembunuhnya?

 

2. Mouse, seorang anggota polis yang berdepan dengan seorang pembunuh psikopat

Drama koreaMouse menceritakan tentang Jung Ba Reum, seorang polis baru yang berhadapan dengan seorang psikopat. Debaran dalam cerita ini juga semakin bertambah ketika Jung Ba Reum menyiasat tentang kes misteri pembunuhan yang menggemparkan orang ramai.

Baca juga: 5 Drama Korea Tampilkan Kisah Pengawal Peribadi dengan Misi Balas Dendam! Gabungan Genre Aksi dan Romantik

3. Mengintai konflik dan permainan jahat yang berlaku dalam keluarga Hyowon dalam siri Mine

b68dc8ae e246 4a22 882a b531c5a6132eSeo Hee Soo adalah menantu sebuah keluarga kaya, Hyowon. Dia tinggal di rumah yang sangat besar, mewah dan megah.
Sejak Seo Hee Soo mengambil tutor baru untuk anaknya, perkara aneh mulai terjadi. Seo Hee Soo mula mencurigai gerak gerik tutor tersebut yang aneh dan kadang kala suka melampaui batasan contohnya seperti mengenakan gaun milik Seo Hee Soo dan mula berlagak seperti tuan rumah ketika sendirian.

Siapakah sebenarnya tutor yang diupah oleh Seo Hee Soo dan apakah sebenarnya tujuan asal dia bekerja di rumah tersebut?

 

4. Strangers from Hell, jiran-jiran yang aneh dan menyeramkan

6245c6e3 19d1 491c 8336 b387148cc5dfDiangkat dari Webtoon terlaris di Korea. Drama Korea thrillet misteri Strangers from Hell menceritakan tentang Yoon Jong Woo, seorang pemuda yang tinggal di sebuah hostel murah di Seoul.

Di hostel tersebut, Yoon Jong Woo dikelilingi jiran-jiran yang aneh dan mencurigakan. Apakah yang sebenarnya terjadi dalam hostel yang menyeramkan tersebut?

Baca juga: 5 Drama Korea dari ENA Terbaik dengan Rating Paling Tinggi, Ada yang Berjaya Meraih Anugerah Baeksang

5. Menyiasat tentang seorang pembunuh dalam drama Korea Law School

e6b912cf b76c 4fc2 99d7 c83fd6c1cca2

Kang Sol adalah seorang pelajar sekolah undang-undang di Universiti Hankuk. Dia memiliki kumpulan belajar bersama kawan-kawannya. Suatu hari, dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Hankuk meninggal dunia secara tiba-tiba di pejabatnya.

Polis mengesyaki Yang Jong Hoon, salah seorang profesor yang mengajar di Fakulti Undang-Undang Universiti Hankuk namun Kang Sol dan kawan-kawannya tidak mempercayai dakwaan polis dan ingin menyiasat siapakah pembunuh yang sebenarnya.

Demikian sahaja 5 pilihan drama Korea bergenre thriller yang boleh anda tonton. Adakah anda tertarik untuk menontonnya?

Baca lagi: Nama Eunji Kini Sedang Hangat, Ini 10 Kdrama Lakonannya, Semua Menarik
Baca juga: 7 Filem Jenayah Korea dengan Plot Twist Luar Biasa, Kejahatan yang Menghantui

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here