Drama Korea genre thriller semakin rancak muncul dengan kualiti cerita yang baik, seiring dengan makin luasnya lapisan penonton siri Korea di luar negara tersebut. Banyak drama Korea thriller yang popular di Korea mahupun di luar Korea, contohnya seperti The Glory, Revenant, dan juga Mask Girl yang sangat meletup pada tahun lepas.
Namun ada juga drama Korea yang mempunyai cerita yang bagus tetapi berada di bawah radar dan tidak diketahui penonton, drama-drama ini dianggap underrated.
Berikut dibawah ini adalah 5 buah drama Korea thriller underrated yang boleh anda tonton jika anda adalah peminat genre thriller, boleh ditonton semasa anda mempunyai waktu terluang.
1. Longing for You
Drama Korea Longing for You tamat pada awal September tahun 2023. Dibintangi oleh Na In-woo, Kim Ji-eun, hingga Kwon-yool, siei ini mempunyai cerita yang menarik, sayangnya kurang mendapat populariti yang sepatutnya.
Longing for You menceritakan tentang Oh Jin-sung (Na In-woo), seorang detektif yang menemui rahsia keluarga semasa sedang menyiasat dalang sebuah kes pembunuhan. Konspirasi besar dan teka-teki di dalamnya menjadi tontonan menarik yang boleh disaksikan.
2. Awaken (2020)
Awaken dibintangi oleh Namkoong Min, Seolhyun AOA, dan juga Lee Chung-ah. Membawakan genre misteri thriller, drama Korea ini ditayangkan dengan jumlah 16 episod semuanya.
Awaken mengikuti kisah serangkaian peristiwa pembunuhan misteri yang terjadi di sebuah kampung puluhan tahun lalu. Misteri di sebalik kes ini cuba diungkap oleh dua orang detektif bernama Do Jung-woo (Namkoong Min) dan Gong Hye-won (Seolhyun AOA). Dalam usaha mereka mengungkap misteri di sebalik kes itu, mereka juga turut dibantu Jamie Leighton (Lee Chung-ah).
3. Children of Nobody (2018)
Drama Korea ini fokus pada kaunselor kanak-kanak yang bernama Cha Woo-kyung (Kim Sun-a). Dia hidup bahagia bersama suami dan anak yang comel. Namun, hidupnya berubah apabila dia terlibat dalam kemalangan yang mengerikan yang meragut nyawa.
Menghadapi banyak perubahan dan insiden misteri, Woo-kyung berusaha untuk mencari kebenaran. Selepas itu, dia bertemu dengan Kang Ji-hun (Lee Yi-kyung), seorang detektif yang percayakan prinsip penjenayah perlu dihukum sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Bersama-sama, mereka mula bekerja sama untuk memecahkan banyak kes jenayah, termasuk mengungkap misteri masa lalu Woo-kyung.
4. The Veil (2021)
The Veil juga menampilkan Namkoong Min sebagai pelakon utama. Dia bergandingan dengan Park Ha-sun dan Kim Ji-eun.
Drama aksi thriller ini mengisahkan tentang Han Ji-hyuk (Namkoong Min), seorang ejen National Intelligence Service (NIS) yang dikenali memiliki reputasi yang sangat baik. Namun, pada suatu hari dia menghilang selama beberapa ketika.
Sekitar setahun kemudian, Ji-hyuk kembali muncul. Namun, dia memiliki keadaan seolah-olah tidak mengingati kejadian setahun lalu. Cuba menyelesaikan masalahnya, dia membuat keputusan untuk kembali ke organisasi. Di sini, Ji-hyuk nekad mahu mencari pengkhianat yang menjadi dalang masalahnya.
5. 365: Repeat The Year (2020)
Drama Korea thriller berikutnya adalah 365: Repeat The Year. Drama garapan pengarah Kim Kyung-hee ini mengikuti kisah sekumpulan manusia yang ditawarkan peluang untuk mengulang hidup selama setahun ke belakang.
Pencetus idea ini adalah doktor yang bernama Lee Shin (Kim Jee-soo). Beberapa orang menerima tawaran ini, termasuk detektif Ji Hyung-joo (Lee Joon-hyuk) dan penulis komik Shin Ga-hyun (Nam Ji-hyun). Pada awalnya, proses mengulang kehidupan tersebut berjalan lancar. Namun, perkara ini menjadi mengerikan apabila para peserta mula meninggal dunia.
Oleh sebab hebatnya persaingan, serta tumpuan penonton hanya mengarah pada drama-drama tertentu telah menjadikan siri-siri ini kurang mendapat perhatian. Padahal, dari segi jalan cerita dan pelakon, drama-drama underrated ini juga tidak kurang hebatnya dengan drama-drama Korea popular lain yang berjaya meraih rating tinggi. Jadi, jangan lupa untuk menonton ya!