Drama Jepun sentiasa mempunyai daya tarikan tersendiri, terutamanya dalam genre thriller yang penuh dengan teka-teki, ketegangan, dan kejutan yang tidak dijangka.
Netflix merupakan salah satu platform yang menawarkan pelbagai drama thriller Jepun berkualiti dengan jalan cerita yang mendebarkan dan penuh emosi.
Dari kisah dendam hingga penyiasatan kes pembunuhan, drama thriller Jepun memberikan pengalaman menonton yang mencabar minda. Ada juga yang diadaptasi daripada manga popular atau kisah sebenar, menjadikannya lebih menarik dan mendalam.
Jika anda gemar drama yang menguji logik serta membuat anda tidak senang duduk, berikut adalah 5 drama thriller Jepun terbaik di Netflix yang tidak boleh dilepaskan!
1. BURN THE HOUSE DOWN (2023)
Drama thriller Jepun ini mengisahkan perjalanan Anzu Murata (Mei Nagano) dalam menyiasat kebakaran rumah keluarga Mitarai yang berlaku 13 tahun lalu. Untuk merungkai kebenaran, Anzu menyamar sebagai pembantu rumah dalam keluarga itu, dengan harapan dapat merampas semula rumah yang dahulunya miliknya.
Namun, semakin dia menyelidik, semakin banyak rahsia tersembunyi terbongkar, termasuk penglibatan individu yang tidak disangka-sangka dalam tragedi tersebut. Ketegangan semakin memuncak apabila Anzu berdepan dengan pelbagai halangan yang mengancam misinya.
2. TOKYO SWINDLERS (2024)
TOKYO SWINDLERS mengisahkan kumpulan penipu hartanah yang licik beroperasi di Tokyo. Dipimpin oleh Harison Yamanaka (Etsushi Toyokawa), mereka menggunakan identiti palsu untuk menjual hartanah secara haram.
Situasi menjadi lebih mencabar apabila mereka merekrut ahli baharu, Takumi Tsujimoto (Go Ayano), yang bercita-cita tinggi dan berani mengambil risiko. Bersama, mereka merancang satu penipuan terbesar dengan sasaran bernilai 10 bilion Yen.
3. ERASED (2017)
Diadaptasi daripada manga popular Boku Dake ga Inai Machi karya Kei Sanbe, ERASED mengisahkan Satoru Fujinuma (Yuki Furukawa) yang mempunyai keupayaan untuk kembali ke masa lalu.
Apabila ibunya dibunuh dalam keadaan misteri, Satoru menggunakan kuasanya untuk kembali ke 18 tahun sebelumnya bagi menyiasat kejadian itu. Namun, dia mendapati bahawa kes ini berkaitan dengan satu siri pembunuhan bersiri yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa.
4. MR. HIIRAGI’S HOMEROOM (2019)
Drama thriller Jepun ini membawa ketegangan di dalam bilik darjah apabila seorang guru seni, Ibuki Hiiragi (Masaki Suda), mengisytiharkan bahawa semua pelajar kelas 3A adalah tebusannya.
Dia menuntut mereka untuk mendedahkan kebenaran di sebalik kes bunuh diri seorang pelajar di sekolah mereka. Keadaan menjadi lebih genting apabila satu demi satu rahsia gelap para pelajar mula terbongkar.
5. DEAREST (2021)
DEAREST mengisahkan Rio Sanada (Yuriko Yoshitaka), seorang CEO muda dari Sanada Wellness yang terjerat dalam satu kes pembunuhan. Sebagai saksi utama, dia mula menyelidik misteri di sebalik jenayah itu, yang rupa-rupanya berkait rapat dengan kes orang hilang di kampung halamannya pada tahun 2006.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila detektif yang menyiasat kes itu ialah bekas kekasihnya, Daiki Miyazaki (Kohei Matsushita). Gabungan elemen thriller, misteri, dan drama thriller romantik menjadikan DEAREST satu siri yang penuh kejutan.
Itulah 5 drama thriller Jepun terbaik yang boleh anda tonton di Netflix. Jika anda mencari siri yang mendebarkan dan penuh misteri, drama-drama thriller ini pasti tidak akan mengecewakan!