JTBC telah berkongsi poster setiap watak utama untuk Kdrama terbarunya, Behind Your Touch. Drama yang akan tayang pada bulan Ogos 2023 ini menjadi petanda comeback Han Ji Min, Lee Min Ki, dan Suho EXO dalam drama siri Korea.
Drama yang bakal memaparkan interaksi komedi antara Lee Min Ki dan Han Ji Min ini, Kdrama ini mengangkat genre thriller, misteri, jenayah, dan fantasi. Kes pembunuhan bersiri, cerita komedi sepanjang penyiasatan, dan juga kekuatan luar biasa Han Ji Min akan mewarnai perjalanan setiap watak utama.
Sebelum menonton dramanya nanti, jom kita semak dulu lima fakta Behind Your Touch seperti berikut ini.
1. Han Ji-min tiba-tiba menjadi wanita yang mampu melihat masa lalu
Behind Your Touch merupakan projek ketiga Han Ji Min bersama pengarah Kim Seok Yoon. Sebelum ini, pada tahun 2011 mereka bekerja sama dalam filem Detective K : Secret of the Virtuous Widow. Seterusnya, pada tahun 2019, mereka kembali berkolaborasi untuk drama siri The Light in Your Eyes atau Radiant.
Dalam Behind Your Touch, Han Ji Min membawa watak seorang doktor haiwan yang rajin dan sibuk bernama Bong Ye Boon. Suatu hari, tiba-tiba Bong Ye Boon mendapati bahawa dia memiliki kekuatan psikometrik. Seperti seorang bomoh, Bong Ye Boon mampu melihat masa lalu manusia dan haiwan.
2. Lee Min Ki jadi polis yang bercita-cita tinggi
Behind Your Touch juga menjadi gelanggang reunion Lee Min Ki dengan pengarah Kim Seok Yoon. Dalam comeback kali ini, Lee Min Ki dipilih untuk membawa watak sebagai seorang detektif yang bernama Moon Jang Yeol.
Sebelum ini Moon Jang Yeol adalah anggota pasukan penyiasatan jenayah di Seoul. Dia dipindahkan ke kampung Mujin. Moon Jang Yeol sendiri mempunyai semangat kuat dan memiliki obsesi untuk menyiasat sesuatu kes. Dia juga berharap agar dapat kembali ke Seoul secepatnya. Suatu hari, Moon Jang Yeo bertemu dengan Bong Ye Boon. Pertemuannya dengan Bong Ye Boon itu diwarnai dengan pertengkaran.
3. Comeback Suho dalam Kdrama selepas 3 tahun
Nampaknya sudah 3 tahun Suho EXO menyepikan diri dari dunia lakonan. Artis ini kali terakhir membintangi Kdrama yang bertajuk How Are You Bread pada tahun 2020 dengan watak yang misteri.
Pada tahun 2023 ini, Suho EXO akan kembali ke kancah drama siri dengan membintangi Kdrama Behind Your Touch. Dia akan membawa watak yang bernama Kim Sun Woo yang digambarkan memiliki penampilan dan peribadi baik seperti malaikat.
Suatu hari Sun Woo datang ke kampung Mujin dan bekerja sambilan di sebuah mini market. Pesonanya dengan senyuman ceria juga turut menggoncang hati Bong Ye Boon. Walaupun memiliki senyuman ramah, Kim Sun Woo tetap merupakan seorang lelaki misteri yang sukar dibaca.
4. Sinopsis Kdrama Behind Your Touch
Bong Ye Boon (Han Ji Min) adalah seorang doktor haiwan di kampung Mujin. Entah bagaimana, tiba-tiba Bong Ye Boon mendapat kuasa psikometri. Namun, syarat untuk menggunakan kemampuannya itu sangat aneh, terutama untuk orang yang pertama kali melihatnya, iaitu dengan menyentuh punggung mereka.
Bong Ye Boon dilihat oleh Moon Jang Yeol (Lee Min Ki) ketika menguji kebolehannya. Disebabkan perkara itu juga mereka akhirnya terlibat antara satu sama lain untuk menyelesaikan kes misteri. Terdapat sebuah kes besar yang akan membangkitkan jiwa detektif dalam diri Moon Jang Yeol.
5. Jadual tayang Kdrama Behind Your Touch
Drama garapan penulis naskah Duty After School ini akan tayang di JTBC pada 12 Ogos 2023. Drama ini akan menggantikan slot tayangan King The Land. Behind Your Touch akan ke udara setiap Sabtu dan Ahad dengan jumlah 16 episod. Penonton dari berbagai negara dapat menonton drama siri ini melalui streaming platform Netflix.
Behind Your Touch tampaknya akan menyajikan kisah yang dipenuhi misteri, tapi tetap ada elemen komedi di dalamnya. Drama ini juga akan menjadi penanda comeback para pelakon utamanya pada tahun 2023 ini.