Home Kdrama/Kmovie 5 Fakta Kdrama High School Return of a Gangster, Kisah Samseng Yang...

5 Fakta Kdrama High School Return of a Gangster, Kisah Samseng Yang Terperangkap Dalam Tubuh Seorang Pelajar

0

High School Return of a Gangster merupakan sebuah drama Korea yang cukup ditunggu-tunggu untuk tayangannya.

High School Return of a Gangster ialah drama kemunculan semula Yoon Chan Young selepas duetnya dengan Bang Minah dalam drama Delivery Man. Sebelum itu, lakonannya dalam drama All of Us Are Dead turut menarik perhatian ramai.

Drama ini membawakan genre fantasi, remaja serta melodrama. Dan akan mempunyai tempoh siaran selama 8 episod di Viu, 2 episod pada setiap Rabu bermula 29 Mei 2024.

IMG 7122 scaled

Drama terbaru ini menyoroti kisah misteri seorang samseng berusia 47 tahun yang rohnya secara tidak sengaja terperangkap dalam tubuh seorang pelajar berusia 19 tahun.

Menariknya lagi, Yoon Cha Young Bakal memainkan peranan berganda dalam drama ini, berikut dibawah ini adalah beberapa fakta menarik tentang drama High School Return of a Gangster.

 

1. Hasil Adaptasi Novel Web Popular

IMG 7130 scaled

Drama High School Return of a Gangster, arahan Lee Sung Taek, adalah adaptasi novel web bertajuk Jokokin Naega Godeunghaksaengyi Dweeotseummida karya Ho Rol.

Novel web ini pertama kali diterbitkan pada aplikasi Ridi Books dari 7 November 2021 hingga 15 April 2022. Ekoran kejayaannya, novel tersebut akhirnya dijadikan drama Korea yang amat sayang untuk dilepaskan.

 

2. Sinopsis

IMG 7135 1 scaled

High School Return of a Gangster mengisahkan Kim Deuk Pal, seorang samseng berusia 47 tahun. Dia tidak pernah mempunyai latar belakang pendidikan kerana ibu bapanya miskin. Namun begitu, Kim Deuk Pal mempunyai impian suatu hari nanti dapat memasuki universiti. Walaupun dia telah belajar untuk mencapai impiannya, ternyata ia bukan mudah.

IMG 7134 scaled

Sehinggalah pada suatu hari Kim Deuk Pal secara tidak sengaja bertemu dengan seorang pemuda bernama Song Yi Heon yang hampir mengakhiri hidupnya.

Satu kejadian misteri berlaku, roh Kim Deuk Pal memasuki tubuh Song Yi Heon. Akhirnya, roh Kim Deuk Pal mendapat tahu bahawa Song Yi Heon adalah mangsa buli yang menyebabkan dia ingin membunuh diri.

IMG 7131 scaled

Mengetahui perkara ini, Kim Deuk Pal dengan beraninya berhadapan dengan orang yang mengganggu pemuda itu dengan menggunakan tubuh Song Yi Heon.

Kini, roh Kim Deuk Pal berada dalam tubuh Song Yi Heon dan bertekad untuk menghukum pelaku yang menzaliminya. Kim Deuk Pal juga tidak teragak-agak untuk memberikan hukuman.

IMG 7127 scaled

Dia juga berkawan dengan Choi Se Kyung, seorang pelajar pintar yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga bapanya.

 

3. Menampilkan Pelakon Terkenal

High school return of a gangster

Menerusi drama High School Return of a Gangster, penonton akan menyaksikan Yoon Chan Young memainkan watak luar biasa, banyak babak aksi daripada Yoon Chan Young yang pasti mencetuskan adrenalin!

Manakala pelakon sokongan pula akan dibintangi oleh Seo Tae Hwa, Won Tae Min, Min Se Won, Ko Dong Ok, Joo Yoon Chan, Lee Kyung Young, Shin Min Jae, dan Park Woo Young.

Yoon Chan Young memainkan watak Song Yi Heon, seorang pelajar sekolah menengah yang menjadi mangsa buli yang ingin membunuh diri dengan merempuh dirinya ke kereta.

Lee Seo Jin akan memegang watak utama bernama Kim Deuk Pal, seorang samseng berusia 47 tahun yang memasuki tubuh seorang pelajar berusia 19 tahun.

Jaehyun Golden Child akan memegang watak utama bernama Choi Se Kyung, seorang pelajar yang bijak, kacak dan patut dicontohi tetapi menjadi mangsa keganasan rumah tangga bapanya.

Berikut ialah senarai penuh pelakon dalam drama High School Return of a Gangster, arahan Lee Sung Taek.

  • Yoon Chan Young sebagai Song Yi Heon
  • Bong Jae Hyun sebagai Choi Se Kyung
  • Lee Seo Jin sebagai Kim Deuk Pal
  • Seo Tae Hwa sebagai Choi Myung Hyun
  • Won Tae Min sebagai Kim Dong Soo
  • Kim See Won sebagai Kim Yeon Ji
  • Joo Yoon Chan sebagai Hong Jae Min
  • Ko Dong Ok sebagai Jong Cheol

 

4. Drama Korea ketiga Jae Hyun Golden Child

IMG 7128 scaled

Bong Jae Hyun ialah ahli idola Kpop dari kumpulan Golden Child yang biasa dipanggil Jaehyun Golden Child.

Drama ‘High School Return of a Gangster’ merupakan watak ketiga yang dibintanginya selepas ‘Twinkling Watermelon’ dan ‘Revenge of Others’.

NOTA:

Pasukan produksi pada mulanya mendapati premis web novel itu menarik dan cuba menyesuaikannya menjadi bromance  mengikut versi asal web novel. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya mengubah haluan kerana cabaran berterusan untuk memastikan kejayaan komersial.

Nah, bagaimana? Adakah anda sudah teruja untuk menonton “High School Return of a Gangster” ini? Pastikan anda strim hanya di Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Yang Ditunggu-tunggu, Bitter Sweet Hell, Drama Komedi Thriller Misteri Dah Keluar! Korang Boleh Layan Di Viu
Baca juga: Suka Kisah Bomoh Dan Exorcism Seperti Filem Box Office Exhuma? Tonton Dr. Cheon and The Lost Talisman Ini Di Viu