Drama Korea Selatan terbaru bertajuk Doona! akan mula ditayangkan pada 20 Oktober 2023 yang akan datang.
Doona! yang dibintangi oleh Bae Suzy dan Yang Se Jong ini merupakan salah sebuah drama siri yang paling ditunggu-tunggu pada tahun ini. Drama siri ini dijadualkan akan ditayangkan di saluran streaming Netflix.
Buat anda yang masih tertanya-tanya tentang drama ini, berikut adalah 5 fakta tentang drama siri ini!
1. Membawa genre romantik
Drama siri terbitan Korea Selatan biasanya mengangkat kisah-kisah romantik yang manis-manis, mencuit hati, menyegarkan dan membahagiakan. Sama juga dengan drama siri terbaru ini. Namun, Doona! bakal menyajikan cerita romantik yang berbeza dengan Kdrama yang lain yang pernah disiarkan.
2. Garapan pengarah terbaik iaitu Lee Jung Hyo
Drama siri ini memang sangat ditunggu-tunggu pada tahun ini oleh para peminat setia drama siri Korea Selatan dan juga dari seluruh dunia. Tidak hairanlah kerana Doona! digarap oleh pengarah terkenal dan ternama seperti Lee Jung Hyo. Telah banyak drama siri berjaya dan popular dihasilkan oleh Lee Jung Hyo, salah sebuah drama siri yang meletop adalah Crash Landing On You yang dibintangi oleh Hyun Bin dan Son Ye Jin.
3. Diadaptasi dari webtoon
Kisah drama siri ini diadaptasi dari sebuah webtoon yang bertajuk The Girls Downstairs. Drama siri ini mempunyai 16 episod dan akan ditayangkan setiap hari Rabu dan Khamis.
4. Bae Suzy akan membawa watak sebagai bekas bintang idol KPop
Bae Suzy yang sebelum ini berlakon dalam Start Up dan While You Were Sleeping akan membawa watak sebagai Doona, seorang bekas bintang idol KPop. Tentu sahaja persona Suzy membawa watak sebagai bintang KPop tidak asing dan tidak kekok kerana anak seni ini juga pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan KPop, Miss A.
5. Bergandingan dengan Yang Se Jong
Dalam drama ini Suzy akan bergandingan dengan Yang Se Jong yang pernah membintangi drama siri Dr Romantic. Drama siri ini menceritakan tentang seorang pelajar yang bernama Lee Won Jun dan juga bekas bintang KPop Lee Doona yang bertemu di sebuah asrama pelajar. Won Jun selalu mendampingi Doona melalui pelbagai masalah hidup yang dihadapinya.
Adakah anda sudah bersedia untuk menonton Doona!? Jangan ketinggalan menyaksikan siaran perdana Kdrama ini pada 20 Oktober 2023 akan datang!