JTBC telah mengumumkan beberapa buah Kdrama yang bakal menemani penonton pada tahun 2024 akan datang.
Salah satunya adalah Kdrama sageuk bertajuk Tale of Mrs. Ok. Lim Ji Yeon dan Choo Young Woo telah disahkan akan berlakon sebagai watak utama.
Kdrama Tale of Mrs. Ok merupakan kemunculan terbaru Lim Ji Yeon dalam drama siri sageuk selepas tampil dalam The Royal Gambler pada tahun 2016 yang lalu. Sementara itu, Choo Young Woo berlakon dalam genre sageuk buat pertama kalinya melalui drama siri ini.
Jom sama-sama kita lihat fakta di bawah ini:
1. Sinopsis Tale of Mrs. Ok
Tale of Mrs. Ok menceritakan kisah Ok Tae Young (Lim Ji Yeon), seorang hamba yang berjaya menjadi peguam di era Joseon. Namun, seluruh identitinya adalah palsu. Ok Tae Young bertemu dengan Cheon Seung Hwi (Choo Young Woo) yang berani mempertaruhkan nyawa untuk melindunginya.
Pihak penerbitan berkata, “Ada berbagai-bagai kisah di dunia ini yang tidak boleh dikategorikan sebagai benar atau pun salah. Tale of Mrs. Ok adalah kisah dari orang-orang yang menjalani kehidupan seperti itu.” Dilihat dari latar belakang watak utama yang memalsukan identiti, dia secara automatik juga telah melakukan penipuan. Pasti ada alasan di sebalik pilihan watak tersebut memalsukan identitinya!
2. Karya baru pengarah Sisyphus: The Myth (2021)
Tale of Mrs. Ok merupakan buah tangan terbaru dari pengarah terkenal, Jin Hyuk selepas buat kali terakhir mengarahkan drama siri Sisyphus: The Myth di tahun 2021. Pengarah ini sebelum ini juga pernah mengarahkan beberapa Kdrama yang sangat hits seperti Brilliant Legacy (2009), City Hunter (2011), The Master’s Sun(2013) dan Legend of the Blue Sea (2016).
Dilihat dari senarai karyanya, Tale of Mrs. Ok merupakan drama siri sageuk pertama yang diarahkan oleh Jin Hyuk sebagai pengarah utama. Dia pernah mengarahkan drama sageuk dalam arahan gabungan untuk drama Painter of the Wind (2008). Kali ini, pengarah ini berkolaborasi dengan penulis Park Ji Sook yang menulis kisah yang menghangatkan hati dalam drama siri Uncle(2021) dan Spring Day of My Life (2014).
3. Watak Lim Ji Yeon
Lim Ji Yeon akan membawa watak sebagai Ok Tae Young. Dia adalah seorang peguam yang disukai oleh orang-orang di sekitarnya. Ok Tae Young sering membantu orang lain walau dia sendiri dalam keadaan yang sukar.
Ok Tae Young merupakan seorang wanita yang cerdas dan tangkas dalam bekerja di jabatan undang-undang era Joseon. Namun sebenarnya nama, latar belakang, dan maklumat tentang suami Ok Tae Young semuanya adalah palsu. Dia tidak mempunyai pilihan selain hidup dengan nama orang lain.
4. Watak Choo Young Woo
Choo Young Woo membawa watak sebagai seorang penglipur lara di era Dinasti Joseon yang bernama Cheon Seung Hwi. Dia telah mengelilingi Joseon untuk membacakan novel. Namun, Cheon Seung Hwi menutup wajah tampannya sewaktu dia menghiburkan para pendengarnya dengan novel yang dibacakan.
Ketika bertemu dengan Ok Tae Young secara kebetulan, dia telah jatuh cinta pandang pertama. Bukan cinta sementara, Cheon Seung Hwi bahkan tetap menyokong wanita itu walaupun selepas identiti asal wanita tersebut terbongkar.
5. Jadual tayang Tale of Mrs. Ok
Adakah anda tertarik dengan kisah cinta antara peguam penipu dan penglipur lara ini? Sayangnya anda perlu bersabar dahulu. Pihak JTBC belum mengumumkan tarikh sebenar tayangan Tale of Mrs. Ok. Pada tahun 2024 nanti, drama siri ini pasti akan menemani anda! Tunggu ya!