Drama siri Doctor Cha sekarang sedang menjadi perbualan hangat kerana telah berjaya meraih rating dua digit pada awal episod.
Selain Uhm Jung Hwa (Cha Jeong Suk) dan Kim Byung Chul (Seo In Ho) yang menarik perhatian ramai, pelakon lelaki tampan iaitu Min Woo Hyuk yang berlakon sebagai Dr Roy juga tidak ketinggalan mendapat banyak pujian kerana lakonannya bagus dan pesonanya yang memukau.
Digambarkan sebagai seorang jejaka yang berusia 40an, masih lagi bujang, mempunyai karier yang kukuh, dan sikap yang sungguh menawan hati, membuatkan para peminat drama siri ingin mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan peribadi Min Woo Hyuk.
Jika anda tertanya-tanya, jom sama-sama kita lihat biodata ringkas mengenai Min Woo Hyuk.
1. Biodata
Nama asal: Park Sung Hyuk (nama ini diganti setelah lulus persekolahan, sebelum itu dia bernama Park Seon Ha)
Tempat dan tarikh lahir: Seoul, 18 September 1983 Pendidikan: Gunsan Commercial High School Agensi: Yieum Company
Media sosial: @min_woohyuk
2. Perjalanan karier
Min Woo Hyuk memulakan kariernya dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi. Dia sangat bertuah kerana salah seorang anggota penerbitan drama siri My Fair Lady (2003), tertarik mendengar suaranya dan meminta Min Woo Hyuk untuk menyanyikan OST bagi drama siri tersebut.
Bermula dari situ, Min Woo Hyuk menyertai sebuah kumpulan muzik iaitu IV COS, yang mempunyai 4 orang anggota kumpulan. Pada waktu itu, dia masih menggunakan nama Park Seong Hyuk. Kumpulan muzik ini terdiri daripada 3 orang warga Korea dan seorang warga Jepun.
Pada tahun 2013, Min Woo Hyuk mencuba nasib dalam dunia seni lakon muzikal setelah dicadangkan oleh isterinya sendiri. Akhirnya, March of Youth menjadi drama muzikal pertama buatnya.
Selama menceburkan diri dalam dunia muzikal, dia pernah mendapat anugerah daripada Anugerah Seni dan Budaya Korea pada tahun 2019. Pada waktu itu dia membintangi Jekyll and Hyde sebagai watak utama.
Disamping menjadi pelakon muzikal, dia juga tetap aktif dalam dunia nyanyian dan selalu menang pelbagai pertandingan nyanyian, contohnya kemenangan dalam program Immortal Songs.
3. Drama siri yang pernah dibintangi
Sebelum menjadi pelakon muzikal, pada tahun 2013, dia pernah muncul sebagai cameo dalam beberapa drama siri Korea. Kini dia terpilih menjadi pelakon utama dalam drama siri Dr Cha.
Berikut adalah drama siri yang dibintangi oleh Min Woo Hyuk sejak tahun 2012 hingga kini:
● Holyland (2012)
● The Thousandth Man (2012)
● Vampire Prosecutor 2 (2012)
● The 3rd Charm (2018)
● Love With Flaws (2019)
● If You Wish Upon Me (2022)
● Doctor Cha (2023)
4. Pernah menjadi mangsa penganiayaan pengurus sendiri
Sewaktu melakukan debut sebagai penyanyi, Min Woo Hyuk pernah dianiaya oleh pengurusnya. Perkara tersebut dikongsikan dalam program Video Star (2017), MBC.
Dia mengaku kesukaran bekerjasama dengan pengurusnya.
Contohnya, ketika dia terlewat 30 minit, dia terus dipukul dengan menggunakan botol bir tanpa sebarang usul periksa. Jika dia mengenakan pakaian yang tidak kena dengan majlis atau matchy-matchy yang salah, pengurusnya juga akan terus memukulnya.
Baginya waktu itu dipukul adalah perkara biasa, malahan dia pernah dirawat di hospital sebanyak 7 kali kerana gegaran otak. Sebagai anak sulung dalam keluarganya, dia tidak mahu menceritakan keadaannya yang sebenar ketika itu.
Dia pernah mengurung diri dalam bilik selama 9 bulan sehingga bengkak di tubuhnya hilang (akibat dipukul oleh pengurus). Dia juga pernah bergelut dengan masalah kewangan. Ketika dia mahu menyiapkan album solo pada tahun 2004, dia perlu membayar 80 peratus jumlah pembiayaan penerbitan.
5. Kehidupan peribadi
Masih bujang dalam drama siri Dr Cha, siapa sangka Min Woo Hyuk telah mempunyai dua orang anak! Dia mendirikan rumah tangga dengan Lee Se Mi pada bulan November 2012. Anak pertama adalah seorang anak lelaki yang lahir pada 3 Januari 2015 dan anak keduanya adalah seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 6 Mac 2020.
Sebelum mendirikan rumah tangga, Lee Se Mi pernah menjadi anggota kumpulan muzik LPG. Setelah kumpulan tersebut dibubarkan, wanita jelita ini terus berkahwin dengan pujaan hatinya, Min Woo Hyuk.
Dalam program Human Documentary People Is Good (2014) dia mendedahkan bahawa dia bertemu dengan suaminya setelah 4 tahun bersama dengan kumpulan LPG.
Dia juga berkongsi bahawa selepas mendirikan rumah tangga, suaminya tidak mendapat tawaran lakonan dan tidak mempunyai sebarang projek nyanyian. Lee Se Mi seorang diri mencari rezeki ketika itu.
Ketika ditanya kenapa memilih Min Woo Hyuk sebagai suaminya, dia mengatakan bahawa jejaka tersebut mempunyai personaliti yang bagus, baik terhadap orang lain, dan bertanggung jawab terhadap apa yang dilakukan.
Ketika suaminya belum mendapat sebarang tawaran, dia selalu memberikan cadangan tentang apa yang boleh dibuat. Min Woo Hyuk terjun ke dalam dunia lakonan muzikal karena pengaruh dan pujukan dari isterinya. Lee Se Mi selalu berdoa supaya suatu hari nanti suaminya akan mendapat watak yang bagus.
Terbukti, doa-doa yang selalu dipanjatkan itu membuatkan karier Min Woo Hyuk semakin berkembang. Buktinya kini pelakon lelaki tampan itu berjaya mendapat watak penting dalam drama siri Dr Cha. Semoga murah rezeki selalu Min Woo Hyuk!
Baca Lagi: 12 Watak Wanita Berpendidikan Yang Menjadi Perempuan Perampas Dalam Kdrama
Baca Juga: 9 Watak Pembantu Yang Mencuri Perhatian Dalam “Dr Cha”