Home Entertainment 5 Fakta Roh Jahat Dalam “Revenant”, Sudah Bunuh Ramai Mangsa!

5 Fakta Roh Jahat Dalam “Revenant”, Sudah Bunuh Ramai Mangsa!

0

Drama siri Revenant sudah mencapai rating dua digit untuk tayangan episod keduanya!!

“Revenant” ialah karya baru penulis Kim Eun Hee yang sebelum ini menulis siri Kingdom (2019—2021) ini memang mempunyai jalan cerita yang membuatkan para penonton tertanya-tanya kerana plot “Revenant “ yang penuh misteri dan mencengkam.

Penggunaan cerita rakyat juga menambah keunikan drama “Revenant” tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai. Mengisahkan tentang Gu San Yeong (Kim Tae-ri) yang telah dirasuki roh jahat. Sejak saat itulah terjadinya banyak kes kematian misteri yang terjadi di sekitarnya.

Berikut ini merupakan lima fakta roh jahat yang sudah terungkai pada episod 1 dan 2 drama siri Revenant:

1. Memenuhi keinginan manusia akan membuatnya menjadi semakin besar dan berkuasa

RevenantRoh jahat yang merasuki Gu San Yeong boleh dilihat melalui bayangannya di cermin. Yeom Hae Sang (Oh Jung Se) adalah orang pertama yang melihatnya sewaktu bertemu Gu San Yeong untuk pertama kalinya di rumah ayahnya, Gu Gang Mo (Jin Sun Kyu). Tidak lama selepas Gu San Yeong juga telah menyedari bayangan roh jahat tersebut.

IMG 3085Roh jahat menempel di tubuh Gu San Yeong dan menggunakan tubuhnya saat membunuh orang lain. Roh jahat itu beraksi untuk memenuhi keinginan manusia dan perkara itu juga membuatnya bertambah besar. Rasa benci Gu San Yeong pada orang lain juga menjadi salah satu penyebab berlakunya pembunuhan, seperti pada pelaku kejahatan voice phishing yang membawa lari duit Gu San Yeong.

2. Membunuh mangsanya dengan memaksa mereka gantung diri dan meninggalkan kesan kecederaan di tangan

IMG 3433Yeom Hae Sang merupakan anak kepada mangsa pembunuhan yang dilakukan oleh roh jahat yang merasuki Gu San Yeong. Dia melihat sendiri bagaimana ibunya seperti digerakkan secara paksa untuk bunuh diri. Roh jahat menarik ibunya dan membuatnya gantung diri hingga akhirnya meninggal dunia.

c992cfd2 4011 480d 8bcc 0b8f6bbaf895Perkara yang sama juga terjadi kepada mangsa lain, seperti Gu Gang Mo dan Kim Seok Ran (Ye Soo Jung). Selain itu, roh jahat tersebut juga meninggalkan bekas luka di pergelangan tangan mangsanya. Kebakaran juga dibuat dengan sengaja seakan-akan dia ingin menghilangkan sesuatu. Misalnya pada saat kematian Kim Seok Ran, buku catatan Gu Gang Mo tentang penyelidikan aksesori rambut merah dan roh jahat itu turut terbakar.

Baca juga: Kdrama “Revenant” Untuk Tontonan 15 Tahun Atas

3. Roh itu sudah membunuh ramai orang

IMG 3436Bukan hanya Gu San Yeong dan Yeom Hae Sang yang menyelidiki kes tersebut, ada dua orang detektif yang turut terlibat. Mereka adalah Seo Mun Chun (Kim Won Hae) dan Lee Hong Sae (Hong Kyung). Namun, kedua-duanya memandang dari sudut pandangan yang berlainan kerana mereka tahu, tidak mungkin menangkap dan memenjarakan hantu sebagai pesalah sebenar.

IMG 3435

Saat menangani kes kematian Kim Seok Ran, Seo Mun Chun menemui kesan luka di pergelangan tangannya. Detektif tersebut lalu teringat akan kes pertamanya. Luka ditangan dan keadaan mangsa yang mati kerana gantung diri itu sangat serupa. Dia juga menemui banyak kes serupa yang menandakan bahawa roh jahat itu sudah melakukan kejahatannya sejak lama dulu.

4. Merupakan hantu seorang remaja dengan kisah hidup yang sungguh tragik

IMG 3438 1Gu Gang Mo sudah lama menyiasat tentang roh jahat yang merasuki Gu San Yeong. Dalam catatannya, dia menulis beberapa perkara yang berkaitan, salah satunya adalah tentang aksesori rambut merah yang dia berikan kepada anak perempuannya. Benda-benda lain seperti pengepit rambut dan gelang hitam juga disebutkan dalam catatannya.

Dia juga menulis bahawa roh jahat itu adalah hantu seorang remaja. Bomoh Choi Man Wol (Oh Yeon A) yang lahir pda tahun 1914 juga ditulis oleh Gu Gang Mo. Cerita lalu dibawa ke tahun 1958 di Desa Jangjin. Bomoh itu memerangkap seorang anak remaja yang tubuhnya tertutup kain dengan daging mentah, dilakukan seperti binatang.

Tidak lama kemudian, anak remaja yang memegang aksesori rambut merah itu ditikam oleh Choi Man Wol. Belum diketahui dengan dengan pasti apakah yang terjadi pada masa itu.

5. Merasuki Gu San Yeong melalui aksesori rambut merah miliknya

5cfd9e99 0612 4fa0 af32 699d0d5e3dd1Yeom Hae Sang mengetahui bahawa Gu San Yeong mendapat aksesori rambut merah dari ayahnya, Gu Gang Mo. Yeom Hae Sang mengesyaki bahawa Gu San Yeong pernah memegang benda misteri sebenar. Aksesori rambut merah itu juga adalah benda yang memang dicari oleh Yeom Hae Sang.

IMG 3430Dulu, aksesori itu dibawa oleh ibu Yeom Hae Sang (Park Hyo Joo) pada hari kematiannya. Benda itu kemudian menghilang setelah ibunya meninggal. Oleh kerana itu, Yeom Hae Sang selalu mencari benda itu dan mendapati bahawa Gu Gang Mo pernah menyelidik kaitan aksesori rambut merah tersebut. Sayangnya catatan penyelidikannya sudah hancur kerana kebakaran di rumah Gu Gang Mo.

Ada banyak misteri yang ditampilkan dalam dua episod perdana Revenant. Asal-usul roh jahat dari Desa Jangjin itu juga masih tergantung. Kita tunggu kisah selanjutnya “Revenant” di episod akan datang setiap Jumaat dan Sabtu ya!

Baca lagi: “Revenant”- 9 info terbaru Kim Tae Ri dirasuk Iblis
Baca juga: HEARTBEAT – Ok Taecyeon Manusia Separa Pontianak