Home Kdrama/Kmovie 5 Fakta ‘Romantic Movie’, Kdrama Baru Menampilkan Choi Woo Shik dan Park...

5 Fakta ‘Romantic Movie’, Kdrama Baru Menampilkan Choi Woo Shik dan Park Bo Young

0

Choi Woo Shik dan Park Bo Young dikhabarkan akan membintangi drama siri terbaru bersama, “Romantic Movie”.

Kedua-dua artis ini menerima tawaran untuk berlakon dalam drama siri bertajuk Romantic Movie. Membawa genre romantik, drama siri ini mengisahkan tentang perjuangan anak muda dalam meraih impian dan cinta.

Jom sama-sama kita lihat beberapa fakta tentang Kdrama Romantic Movie berikut ini:

 

1. Kdrama romantik tentang anak muda yang berjuang meraih impian dan cinta

77a7f0d5 e333 490c aeff b96fab094823Romantic Movie akan menggali kisah tentang golongan muda yang kelihatan baik-baik sahaja dan tenang sewaktu menghadapi kesukaran. Kini, mereka berjuang meraih impian dan cinta, mereka malah terpaksa berdepan dengan berbagai-bagai masalah. Walau permulaan cerita ini terasa suram, tetapi Romantic Movie adalah drama siri romantik yang juga menampilkan unsur komedi di dalamnya.

 

2. Mengandingkan Choi Woo Shik dan Park Bo Young sebagai pelakon utama

8aeab956 2d63 4a10 ae77 99d68648bbd6Pada bulan Oktober lalu, Star News melaporkan bahawa Choi Woo Shik tengah mempertimbangkan secara positif untuk tampil dalam Kdrama Romantic Movie. Namun, Fable Company selaku agensinya belum memberikan kenyataan rasmi berkaitan berita ini. Jika menerima tawaran, Romantic Movie akan menjadi projek Choi Woo Shik seterusnya selepas mengesahkan penampilannya dalam drama siri Netflix, Murderer o Nangam (2024).

Menyusul berita pada 17 November 2023, Park Bo Young dilaporkan telah mendapat tawaran sebagai pelakon utama wanita untuk drama siri Romantic Movie. BH Entertainment menyatakan bahawa pelakon mereka sedang meninjau tawaran secara positif. Jika menerima tawaran, maka drama siri ini adalah merupakan projek baru bagi Park Bo Young selepas tampil dalam drama siri Netflix Daily Dose of Sunshine (2023).

 

3. Park Bo Young ditawarkan watak sebagai Kim Moo Bi

3851a99a a33d 4a30 9c08 3be9dd3e6400Park Bo Young sedang mempertimbangkan untuk membawa watak sebagai Kim Moo Bi dalam drama siri Romantic Movie. Dalam bahasa Korea, nama Moo Bi ini merupakan sebutan untuk “filem”. Ingin mengikuti langkah ayahnya yang bekerja sebagai kru filem, Kim Moo Bi mempunyai impian untuk menjadi pengarah. Kim Moo Bi akhirnya berjuang meraih impian dengan memulakan karier sebagai pembantu pengarah hingga akhirnya berjaya menjadi pengarah filem.

 

4. Choi Woo Shik ditawarkan watak sebagai Go Gyeom, bekas pelakon pembantu

bff6bd60 8eb8 4b99 89b9 b6a1b454a96cChoi Woo Shik telah ditawarkan untuk membawa watak sebagai Go Gyeom, seorang bekas pelakon pembantu yang ingin menjadi pengkritik filem. Go Gyeom juga mempunyai impian untuk menonton filem dari seluruh dunia. Bermula dari impiannya tersebut, dia akhirnya bertemu dengan Kim Moo Bi di lokasi penggambaran. Pertemuan tersebut mengarah kepada takdir yang membawa mereka pada sebuah kisah cinta.

 

5. Projek baru dari penulis skrip Our Beloved Summer

Romantic movieRomantic Movie adalah drama siri terbaru dari Lee Na Eun, penulis skrip Our Beloved Summer (2021-2022). Sewaktu penayangannya dulu, Our Beloved Summer telah memikat para penonton dengan kisah yang disajikan serta gandingan hebat yang terjalin antara Choi Woo Shik dan Kim Da Mi. Oleh sebab itu, ramai peminat yang menantikan karya terbaru dari penulis Lee Na Eun ini.

Romantic Movie juga mendapat perhatian ramai peminat kerana bakal menampilkan Choi Woo Shik dan Park Bo Young yang akan bergandingan bersama. Semoga kedua-dua pelakon ini cepat-cepat mengesahkan penglibatan mereka dalam drama siri ini!

Baca lagi: Dibintangi Han Ji Min dan Lee Joon Hyuk, Jom Lihat 5 Fakta Kdrama ‘Acquaintances’
Baca juga: Death’s Game, Adaptasi Webtoon Menampilkan Park So Dam Sebagai “Death” Yang Akan Menghukum Seo In Guk